Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Mee Goreng Azie Kitchen

Mee Goreng Azie Kitchen

Mee Goreng adalah makanan kegemaran saya sejak kecil. Saya memang suka makan mee goreng yang diperah dengan air perahan limau nipis. Rasa mee yang masam masam air limau, memang sangat menbangkitkan selera.

Hari ini saya buat sedikit penambahbaikan di mana saya memasukkan sedikit sos tiram. Oleh kerana sos tiram telah ada rasa masin, saya tidak lagi memasukkan garam. Selain itu, saya juga masukkan sebiji telur sebelum mee ditutup api. Saya jarang masukkan telur dalam mee goreng. Kalau mee hoon, telur adalah seolah bahan wajib. 

Mee Goreng Azie Kitchen

Yang paling penting dalam menggoreng mee ialah mengagak air yang digunakan. Jika terlebih, mee akan menjadi terlebih kembang. Jika terkurang, mee keras dan kurang sedap. Saya juga suka masukkan banyak sos tomato. Sebelum diangkat, saya akan tuang sekali lagi sos tomato supaya ianya kelihatan bersalut pada mee.

Jom layan resepi saya kali ini dan jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...


Mee Goreng Azie Kitchen

Mee Goreng Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 pek mee kuning
1 mangkuk udang
4-5 ulas bawang putih - lagi banyak lagi sedap
1-2 sudu besar cili kering kisar
3-4 sudu besar sos tomato
3 sudu besar kicap 
1 sudu besar sos tiram
ikat sayur Bok Choy
1 biji buah tomato
1-2 biji telur

Bahan lain:
1 tangkai cili merah
 Daun bawang/daun sup

1 biji buah limau nipis

Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis bawang putih sehingga wangi dan kekuningan. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili benar benar masak. 

Mee Goreng Azie Kitchen

Masukkan udang dan kacau rata. Masukkan sos tomato, sos tiram dan kicap. Kacau rata. 

Masukkan batang Bok Choy dan air secukupnya. Masukkan mee kuning dan kacau rata. 

Masukkan daun Bok Choy. Kacau rata dan sesuaikan lembut mee. Tambah sedikit air, jika masih belum cukup lembut. 

Mee Goreng Azie Kitchen

Akhir sekali, pecahkan telur dan kacau rata. Agak agak telur masak, bolehlah tutup api.

Tabur cili merah dan semasa dihidangkan, tabur daun bawang dan diperah limau nipis.

Nota:
Boleh tambah sos tomato dan kicap ikut kesesuaian rasa masing masing. 


Catat Ulasan for "Mee Goreng Azie Kitchen"