Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jom kunjungi Bake & Munch Di Dream Palette Seksyen 9 Shah Alam

Bake & Munch Di Dream Palette Seksyen 9 Shah Alam

Saya mengenali Lyana dan Mia yang mana Mia kini adalah menantu saya sejak mereka bayi lagi. Lyana sejak dari dulu seorang yang sangat kreatif. 

Saya kagum kebolehan beliau. Sejak menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana di United Kingdom, beliau mula mengambil projek secara kecil kecilan kerana masih bekerja sepenuh masa. 

Bake & Munch Di Dream Palette Seksyen 9 Shah Alam

Kerana cintanya pada bidang ini, Lyana akan bergiat secara sepenuh masa mulai Oktober ini. Dengan itu, tertubuhnya Dream Palette yang berganding dengan Mia yang menerajui Bake & Munch yang menfokuskan kepada premium cookies dan kek terpilih di lokasi kedai mereka di Seksyen 9 Shah Alam. 

Bake & Munch Di Dream Palette Seksyen 9 Shah Alam

Mudah untuk mencari kedai mereka kerana terletak sebaris dengan Al Rajhi Bank dan bersebelahan dengan Wisma Salehuddin, firma guaman kepunyaan bapa mereka Dato' Salehuddin Saidin. 

Bake & Munch Di Dream Palette Seksyen 9 Shah Alam

Kepada anda yang ingin mengadakan majlis seperti hari jadi anak anak, bridal shower, deko untuk dinner, paket duit raya atau goodies dsb, saya syorkan anda mencuba khidmat Dream Palette. Kunjungi kedai mereka sambil menikmati secawan kopi dan cookies dari Bake & Munch. 

Bake & Munch Di Dream Palette Seksyen 9 Shah Alam

Bagi mereka yang menpunyai Instagram, boleh follow IG mereka @dream.palette dan @bake.n.munch. Di bawah ini adalah antara gambar hasil kerja Lyana yang kebetulan saya menghadirinya. 

Hafez dan Mia Pemilik Bake & Munch


Catat Ulasan for "Jom kunjungi Bake & Munch Di Dream Palette Seksyen 9 Shah Alam"