Kuah Durian Musang King Untuk Hidangan Berbuka
Ini adalah entri tertunggak di bulan Ramadhan lalu yang tidak sempat di post. Saya post juga kerana kuah durian pada hari ini sangat sedap dan meletop. Banyak sebab yang menyebabkan ianya lebih sedap.
Pertama nya, saya guna durian Musang King yang memang ada stock dalam peti ais. Sebetulnya bila guna durian sedap, kuah durian juga akan sedap.
Pertama nya, saya guna durian Musang King yang memang ada stock dalam peti ais. Sebetulnya bila guna durian sedap, kuah durian juga akan sedap.
Keduanya, ia lebih sedap, kerana saya menggunakan santan segar yang tidak dicampur air. Dibeli dengan harga RM12 sekilo. Memang sangat ketara bezanya menggunakan santan kotak dengan santan asli. Ketika dikacau di atas dapur, kita boleh melihat ianya sangat lemak dan kelihatan berkilat cantik.
Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Sekali sekala berbuka dengan kuah durian ni, memang sangat berselera di buatnya. Sementara kita masih berpuasa 6 di bulan Syawal, bolehlah kita menyediakan Kuah Durian untuk hidangan berbuka puasa. Saya makan kuah durian dengan roti sahaja.
Kuah Durian
Oleh: Azie Kitchen
Bahan-bahan:
8 ulas isi durian Musang King
1/2 kg santan segar pekat - campur dengan air secukupnya
Secubit garam
4 sudu besar gula - ikut selera masing masing
2 helai daun pandan - potong pendek
Cara cara:
Masukkan kesemua bahan ke dalam periuk dan masak atas api sederhana. Sentiasa dikacau kacau sehingga mengelegak agar santan tidak berkepala.
Tutup api bila nampak kuah kelihatan berkilat tapi jangan sampai pecah minyak.
Sedia untuk dihidangkan dengan roti jala atau roti gardenia atau roti hailam.
Catat Ulasan for "Kuah Durian Musang King Untuk Hidangan Berbuka"
Add your comment