Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cucur Udang Yang Sangat Sedap

Cucur Udang Yang Sangat Sedap

Saya ingin kongsikan sedikit petikan dari video Ustaz Mat Esa Deraman, Tokku Pasir Gudang bab jangan lupakan kematian. Ingatlah sedikit masa lagi kamu akan mati. Tangisi diri kamu dari sekarang sebelum kamu ditangisi. Ingat dosa kamu yang banyak itu. Sebelum kamu ke tempatkan di tempat yang kamu tidak tahu itu. 

Jangan tamakkan dunia. Penawarnya adalah zuhud dan keselamatan agama adalah agama kamu. Tinggalkan apa yang menjadikan kamu jahat. Cukup lah dengan apa yang kamu ada sahaja. Jangan kamu sibukkan dengan perkara halal yang akan diperhitungkan. Dan perkara haram yang kamu akan menanggung siksa.
 
Antara perkata yang boleh melembutkan hati ialah mengingati mati. Pandangan dunia jadi terang bila kita tidak ingat mati. Hati jadi keras dan pandangan ke akhirat jadi kabur.  Bila mengingati mati, persiapan dan persediaan menjadi keutamaan. Dia akan jadi seorang manusia yang berbakti dan yang memberi manafaat. 

Sentiasa mesti ingat diri kita pada kematian. Itu sebab bila nak tidur, kita kena baca doa. Bila kamu tidur jadikan bantal sebagai kematian. Bila bangun, doa bangun tidur juga ingatkan kematian dan jadikan kematian di hadapan kamu. Jadikan keperluan akhirat kamu lebih dari keperluan dunia kamu. 

Ulamak dahulu sentiasa bersemangat menambah amalan. Sentiasa takut dengan kematian dan sentiasa memaksimum untuk tambahkan bekalan. Kita pula berada pada puncak kelalaian dan amat sedikit amalan. Jangan rasa kita lambat lagi mati walaupun sudah tua. Pandang pada orang tua dan berkata, Wahai orang tua, apa pandangan kamu bila tanaman sudah cukup masak. Jawabnya ialah, masa untuk dituai. Pandang pada orang muda dan berkata jangan kamu terpedaya dengan muda kamu. Banyak tanaman rosak dan gugur sebelum masak.

Umur tua ialah umur mati. Apakah yang kita harapkan lagi dengan dunia. Atau kesungguhan pada dunia yang belum habis lagi. Muhasabah dengan usia kita. Yang muda buah rosak binasa sebelum masak. Jangan terpedaya dengan usia. Usia hanya ujian. Bukan lah suatu keselesaan. Jangan pernah selesa dengan usia. Jangan bercita bertambah usia. Kena ianya suatu yang tidak pasti. Baik kita menangis sekarang. Kalau kita tak menangis di dunia apa kah akan berhenti tangisan kita di alam barzah. Siapa takut di dunia. Allah amankan dia di akhirat. Allah tak kan kumpulkan 2 ketakutan dan 2 keamanan. Sifat berlawanan. Takut di dunia, akan aman di akhirat. 

Hisab diri kita dengan dosa yang banyak. Kita tak tahu dosa yang Allah murka. Kita tak tahu mana dosa yang Allah amat muka. Yang tak akan diampun sehingga kita diazab terlebih dahulu. Dosa bersendirian atau berkait dengan manusia. Dosa berterusan atau sekali sekala. Setiap kali kita lupa dosa mengingati dosa adalah analogi seperti bahan bakar kenderaan yang kita akan ke depan. Jika bahan bakar tak ada kita akan tersadai tepi jalan. Kita akan rasa berdosa dan bertaubat. 

Jangan lupa sejarah silam kita yang berdosa. Kena ambil endah. Hati hati bila dalam hati hilang rasa ada dosa. Untuk buat kebaikan kena ada yang pemberi semangat. Bila rasa duit sikit kita akan cari lagi duit. Tapi kalau selesa duit dah banyak, kita tak akan berusaha. 

Di dunia kita tak perlu duit yang banyak. Makan pun tak banyak. Paling pun makan sepinggan jer. Beli rumah banyak tapi kita mampu duduk 1 atau 2 rumah sahaja. Tapi di akhirat, kalau ada banyak semua kita akan guna. Tanpa ada sedikit pun bersisa. 

Sedang di dunia akan tersimpan dan jadi harta pusaka. Atau jadi fitnah berleluasa. Untuk akhirat akan dapat semua tanpa diwariskan. Harta kamu bukan milik kamu, tapi harta yang kamu sedekahkan akan jadi milik kamu. Harta kamu yang kamu makan kamu pakai dan yang kamu sedekah. Itulah harta kamu. 

Kalau orang yang cerdik akan fikir tempat kita nak duduk lama lagi indah atau yang tempat persinggahan. Rumah kampung dengan kawasan luas dengan bilik cantik yang kita nak tinggal lama. Kita nak tinggal lama di dunia atau akhirat. Tak pernah dapat untuk hidup lama di dunia. Kat dunia tak ada orang hidup lama. Paling lama pun 120 tahun. Kalau hidup lama pun, dah nampak macam jenazah. Dah tua dan tak larat bergerak. 

Orang paling lama berada dalam kubur. Beribu tahun orang mati dalam kubur sejak Nabi Adam. Itu baru dalam kubur bukan di akhirat lagi. Tempat seharus indah dan mewah ialah selepas kematian. Jadi apa persiapan kita? Cukup setakat ini dahulu. Semoga bermanafaat.

Cucur Udang Yang Sangat Sedap


Best Ever Cucur Udang kali ini masih menggunakan resepi sama yang saya kongsikan di entri sebelum ini di SINI. Ianya disediakan oleh Juita. Saya hanya membantu sahaja dan lebih pada merekod langkah langkah untuk menyediakan video. 

Hari ini saya tidak letak jagung kerana tiada stock dan tiada pula di kedai runcit berdekatan. Kalau ada stock jagung, lebih sedap. 

Jom layan resepi yang saya salinkan semula di bawah ini. Ianya memang secukup rasa dan sangat sedap. Cuma perlu di adjust sedikit tepung gandum bagi disesuaikan dengan kepekatan adunan yang disukai.   

Cucur Udang Yang Sangat Sedap

Best Ever Cucur Udang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
¼ sudu kecil baking soda
1 cawan udang kecil putih
¾ cawan bawang besar Holland - potong dadu
1 tangkai cili merah - cincang
1 cawan daun kucai - hiris halus
¾ cawan isi jagung - fresh atau frozen
2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula
1 sudu kecil kunyit 
½ cawan air panas thermos
½ cawan air biasa 
½ cawan gandum extra - tambah sedikit sedikit, tak perlu habiskan

Cara cara:
Satukan semua bahan di dalam satu bekas dan kemudian tuang air panas dan air biasa yang disatukan sedikit demi sedikit sehingga sesuai kepekatannya. Jika terlebih cair, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum extra.

Cucur Udang Yang Sangat Sedap

Cucur Udang Yang Sangat Sedap

Boleh dibiarkan seketika bagi membolehkan adunan naik dan menjadi lebih lembut sebelum digoreng.

Cucur Udang Yang Sangat Sedap

Goreng di dalam minyak yang panas sehingga keperangan, angkat dan toskan. Bolehlah dihidangkan bersama sos air lada yang biasanya diguna untuk mencicah keropok.

Nota:
½ cawan tepung gandum extra untuk ditambah sedikit demi sedikit ikut kepekatan disukai. 

Jika tak mahu tambah tambah gandum, boleh jer kurangkan air. Guna 
½ cawan air panas dan 1 ¼
 cawan air biasa.

Boleh juga jika tidak mahu menggunakan soda bikarbanat. Akan jadi macam cucur udang biasa. Pun sangat sedap.



Catat Ulasan for "Cucur Udang Yang Sangat Sedap"