Umrah Ramadhan Sehingga Bertemu Lagi
Kali ini saya mahu sambung lagi catatan perjalanan umrah saya pada hari hari seterusnya. Hari pertama di Mekah, selepas bersiap siap, saya dan roommate berbuka puasa di dewan makan hotel. Selepas itu, barulah kami menuju ke Masjidil Haram. Saya dan Mar tak dapat masuk ke salam masjid. Hanya dapat menunaikan solat fardhu Isyak di pintu masuk masjid sahaja.
Tapi seperti yang dijangka, pintu ditutup di sana sini. Berpusing pusing kami berjalan untuk mencari jalan untuk menunaikan Tawaf di dataran Kaabah. Orang terlalu ramai ketika itu. Kami selesai mengerjakan umrah dalam pukul 12 lebih kerana ketika itu solat qiam 10 rakaat dan witir baru dimulakan. Saya balik berehat dan tidur sahaja. Dengan itu selesai lah umrah saya.
Kali ini juga saya melakukan 3 kali umrah lagi. Kalau dulu, saya hanya melakukannya hanya sekali sahaja umrah tapi kali ini saya menyertai semuanya. Bak kata ustaz, ianya dapat menampung ketidaksempurnaan umrah yang sebelumnya, jika ada. Lagi pun kita datang dari jauh. Elok lah perbanyakkan amalan di sini.
Kali ini, dugaan yang saya hadapi jauh berbeza dengan umrah sebelum ini. Rutin juga berbeza. Kalau dulu, saya beriktikaf dari pagi hingga ke Subuh keesokannya. Tapi kali ini, saya mahukan sesuatu yang lebih berkualiti. Saya balik ke bilik untuk berehat selepas Zohor. Pergi semula sebelum Asar dan tunggu sehingga selepas Terawih. Balik dari solat terawih dan tiba di bilik sudah pukul 12.00 tengah malam.
Sebelum masuk bilik, saya singgah di dewan makan. Bancuh teh susu dan makan apa apa baki makanan yang masih ada. Saya tidak pergi menunaikan solat malam. Saya tidur sehingga pukul 2.00 pagi. Bangun terus singgah di dewan makan, makan sedikit sahur dan terus ke Masjid untuk melakukan solat malam secara sendiri sebelum solat Subuh.
Gambar saya di bawah adalah diambil pada malam 27 Ramadhan. Ianya banyak memberi pengajaran kepada saya. Saya tidak bersedia untuk menceritakannya di sini. Biarlah saya sendiri yang tahu apa yang telah berlaku. Itulah sebabnya muka saya memang keletihan bersama Ida Zahra, jemaah dari Indonesia yang saya kenali ketika mencari tempat solat yang lebih baik. Teringat kata Ida, semua nya gara gara mahu mencari tempat solat yang lebih baik...
Saya memang berazam untuk melakukan setiap waktu solat di dalam masjid. Cuma yang paling tidak dapat dilupakan ialah bila saya tidak dapat masuk masjid hari Jumaat kerana pergi lewat ke masjid. Mengelilingi hampir separuh dari masjid, belum berjumpa jalan masuk kerana semua pintu ditutup. Aduhaai dalam cuaca yang sangat panas berbahang, saya menempuh ribuan manusia dalam perjalanan balik ke hotel pula. Saya balik dan tidur. Selepas selesai solat Jumaat barulah saya ke masjid untuk melakukan solat Zohor di dalam Masjidil Haram.
Bila banyak balik ke bilik, di kebanyakan masa, saya bersolat di tempat yang berhampiran dengan pintu keluar. Tempat ini memang tiada air cond. Sambil solat, sambil mengelap peluh yang mengalir dari kepala sehingga ke kaki menggunakan telekung. Lagi pulak tempat beraircond memang sangat sesak. Pernah sekali saya solat di tempat aircond yang dulu saya beriktikaf. Orang ramai sehingga duduk bersusun susun serapatnya.
Bila banyak balik ke bilik, di kebanyakan masa, saya bersolat di tempat yang berhampiran dengan pintu keluar. Tempat ini memang tiada air cond. Sambil solat, sambil mengelap peluh yang mengalir dari kepala sehingga ke kaki menggunakan telekung. Lagi pulak tempat beraircond memang sangat sesak. Pernah sekali saya solat di tempat aircond yang dulu saya beriktikaf. Orang ramai sehingga duduk bersusun susun serapatnya.
Hari Jumaat memang orang ramai kerana local pun akan datang ke masjidil haram. Hari terakhir kami juga kami perlu melakukan tawaf wada selepas solat Jumaat. Kami telah ke masjid seawal pukul 9 pagi dan melakukan 6 pusingan tawaf dan menunggu sehingga selepas solat Jumaat, baru diselesaikan 1 lagi pusingan tawaf Wada.
Waktu perjalanan balik kami telah dipercepatkan kerana dijangkakan jalan raya sesak pada hari Jumaat dan bas tidak dapat masuk. Jadi kami terpaksa berjalan kaki agak jauh. Pihak Rayhar telah bermurah hati memberikan kami penginapan di hotel di Mina sebagai hotel transit. Di situ kami mandi menukar pakaian, berbuka puasa dan bersolat terawih di surau.
Dalam pukul 11.30 malam barulah kami bertolak ke airport Madinah. Singgah bersahur dengan makan nasi mandy sebelum melakukan solat Subuh berjemaah di masjid sebelum sampai ke airport. Kami berbuka puasa dalam kapal terbang.
Tiba di KLIA dalam pukul 2.00 pagi. Saya solat jamak Maghrib dan Isyak di KLIA. Tiba di rumah dalam pukul 5 pagi. Terus mandi dan solat Subuh. Kemudian bersiap siap untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Kota Damansara.
Saya gembira kerana akhirnya kembali ke pangkuan keluarga namun saya kesedihan dan kerinduan kerana meninggalkan tanah suci terutamanya Masjidil Haram. Saya juga sangat sedih kerana akhirnya Ramadhan telah meninggalkan kita. Rindu saat berbuka puasa dengan 1 atau 3 biji buah kurma sukari dengan air zam zam yang rasanya sangat sedap dan lazat di tekak saya. Rasa kenyang.
Insya Allah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki saya ingin ke sana lagi pada 10 Akhir Ramadhan tahun hadapan. Akan memilih Rayhar lagi jika pakej yang disediakan seperti tahun ini. Mereka sangat mengambil berat akan jemaah dan mengadakan banyak majlis seperti majlis ilmu, majlis tadarus.
Ustaz juga membantu jemaah yang ingin bersedekah atau memberi makan orang berbuka puasa. Agak sukar untuk kita melakukannya di dalam masjid. Tapi ada caranya. Saya baru tahu. Insya Allah saya akan lakukannya di masa akan datang.
rezeki kak azie.....moga dimakbulkan segala doa kak azie.cemburu jugak dengan kak azie ni tapi tumpang gembira.kalau x bukak blog kak azie x sah....
BalasPadamAameen. Terharu saya kerana ada yang sudi mendoakan saya. Saya juga doakan agar Puan Norma jua diberi rezeki dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Insya Allah. Luv you so much.
PadamYa Allah, seronoknya baca catatan perjalanan umrah Ramadhan puan Azie. Terasa seolah olah turut berada di sana. Tempat yang sentiasa diingati dan dirindui setiap saat. Teringat perjalanan Haji saya bersama ibu. Semoga Allah sentiasa menjemput kita ke rumahNya lagi dan lagi.
BalasPadam