Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Edinburgh Castle Yang Mengagumkan

Edinburgh Castle

Hari ini, saya ingin menyambung catatan perjalanan kami ke Edinburgh. Ramai follower saya yang meminta saya cepat cepat habiskan diari perjalanan ini. Terima kasih banyak banyak atas sokongan. 

Selepas entri Kelpis boleh rujuk di SINI, kami kemudiannya ke Edinburgh Castle, tempat tarikan utama di Scotland yang mesti dilawati. Kami hanya menpunyai satu hari untuk melawat lawat tempat menarik dan kami tidak mahu terlewat kerana bila hari gelap, pasti tidak dapat melihat apa apa dan gambar yang diambil pun tidak menarik lagi. Jadi persinggahan di setiap tempat adalah sekejap sekejap sahaja. 

Untuk ke Edinburgh Castle, terpaksa mendaki jalan yang tinggi dan menaiki anak anak tangga kerana terletak di atas bukit. Hanya teksi dan bas sahaja yang dibenarkan naik di kawasan atas bukit.


Edinburgh Castle

Edinburgh Castle adalah istana purba yang berdiri di atas batu istana, yang merupakan gunung berapi pupus masa yang lama. Melihat kedudukan castle dari bawah, memang membuat hati sangat terpegun. Betul betul terletak di atas bukit yang gah dan tersergam. 

Saya tidak sempat mengambil gambar dari tempat kami meletak kereta kerana cuaca yang sejuk hingga kita tergesa gesa bergerak. Dari tempat kami parking kereta, kedudukan istana kelihatan dengan lebih cantik dan jelas.

Edinburgh Castle

Edinburgh Castle

Saya gagahkan diri untuk mendaki jalan yang agak tinggi dan kemudian perlu pula mendaki anak anak tangga sebelum sampai di hadapan pintu masuk castle. Seriously tercungap cungap juga bila sampai di atas.

Tapi sebaik sahaja tiba di atas, hati sangat gembira melihat pemandangan bandar Edinburgh di bawah yang cantik. Orang pula sangat ramai. Memang agak sukar untuk mendapat gambar yang cantik yang tiada pemandangan orang ramai di belakang. 

Edinburgh Castle

Seperti di Kelpies, di sini juga agak sejuk. Lebih lebih lagi kerana kedudukannya yang tinggi. Dari sini, kelihatan pemandangan sekitar yang sangat cantik. Tapi saya tidak mengambil gambar kerana backlit. Hahaha kamera tak canggih atau saya yang tak reti menggunakannya. 

Selepas bergambar, kami turun ke kawasan kedai kedai yang mana reka bentuk bangunannya sangat klasik dan cantik. Tapi seperti biasa lah, dek tak tahan kesejukan, kami tidak lama pun di sini. Cukup sekadar merasai pengalaman dan suasana di Edinburgh Castle.

Kami berjalan kaki turun untuk ke tempat parking kereta. Salah ambil jalan menyebabkan kami mengambil jalan yang jauh iaitu kiranya kami telah pusing satu bukit. Sepatutnya kami turun mengikut jalan yang kami naik yang tidak begitu jauh dari tempat kami park kereta. 

Edinburgh Castle

Dari situ, kami ke Botanical Garden tapi tak turun pun kerana hujan mulai rintik turun. Cukup sekadar melihat lokasi dan rupanya dari pintu masuk. Lagi pulak, kami perlu ke satu lagi destinasi menarik di bandar ini. Tunggukan di entri akan datang...

1 ulasan for "Edinburgh Castle Yang Mengagumkan"

  1. sukanya baca entry kak azie ni, rasa macam turut serta ke sana pula

    BalasPadam