Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Pasta Makanan Laut Berkrim Hidangan Berkhasiat Kegemaran Anak Anak

Pasta Makanan Laut Berkrim Hidangan Berkhasiat Kegemaran Anak Anak

Makanan segar yang disediakan dari rumah adalah yang terbaik untuk anak anak. Jadi bila menpunyai masa, saya akan ke dapur untuk menyediakan hidangan buat anak anak. Kebahagiaan bagi seorang ibu adalah bila dapat menyediakan hidangan kegemaran anak anak. 

Selain itu, anak anak saya juga sangat gemarkan pasta. Pasta kering sentiasa tersedia di store dapur di rumah kami. Pasta yang kaya dengan kabohidrat yang diperlukan oleh badan sangat sesuai dijadikan hidangan anak anak. Sesuai juga dijadikan hidangan bekalan ke sekolah. Di dalam hidangan pasta di rumah saya, wajib dimasukkan sekali keju parut. Seperti yang kita tahu, keju sangat berkhasiat dan kaya dengan sumber kalsium. 

Dalam menyediakan apa apa masakan sekali pun, saya memilih resepi yang ringkas dan cepat disediakan tanpa berkompromi dengan khasiat. 

Saya suka kerana dengan memasak pasta kita boleh menggunakan kreativiti supaya sentiasa ada kelainan setiap kali memasak. Penggunaan udang sebagai sumber protein boleh menarik selera anak anak kepada pasta yang terhidang. Campakkan pula hirisan ayam dan hirisan cendawan, akan memberikan kelainan rasa pada pasta yang terhidang. Maksudnya dengan resepi yang sama boleh menghasilkan pasta yang berbeza rasa dan penampilannya. 

Hidangan nutrisi sebenarnya amaat mudah untuk disediakan. Sebagai seorang ibu, saya mahu yang terbaik untuk anak-anak saya, tapi yang terbaik bukanlah semestinya sukar. Yang paling penting kita perlu berjaga jaga semasa memilih bahan makanan bagi anak anak kita. Selain daripada itu, saya juga memastikan anak anak minum segelas susu setiap hari sebagai nutrisi tambahan selain daripada makanan harian mereka.  

Apa kata anda cuba resepi ini dan kongsikan dengan saya jika ia disukai anak anak anda semua juga? 

Creamy Seafood Garlic Butter Pasta
Oleh: Azie Kitchen 

Bahan bahan: 
5 oz pasta elbow macaroni - atau pasta yang disukai
2 sudu besar mentega 
3 ulas bawang putih saiz besar - cincang  
1 sudu besar tepung gandum 
160 ml susu Dugro 
Garam
Serbuk lada hitam  
Daun parsley - cincang
Udang secukupnya - atau scallop

Cara cara: 
Udang dibuang kulit dan goreng seketika. Angkat dan ketepikan. Boleh juga direbus dengan sedikit garam dan minyak. 

Pasta direbus mengikut arahan di pek pembungkusan. Sementara pasta masak, boleh sediakan bahan sos.  

Cairkan mentega di dalam kuali menggunakan api sederhana. Masukkan bawang putih dan dikacau dalam 1-2 minit. 

Masukkan tepung. Kacau dengan menggunakan whisk supaya tepung dan mentega sebati dalam 1 minit.  

Tuangkan susu sambil terus dikacau sehingga mendidih dan kuah menjadi pekat mengikut yang disukai.  Boleh tambah susu sedikit lagi jika suka kuah yang sedikit cair. 

Pasta Makanan Laut Berkrim Hidangan Berkhasiat Kegemaran Anak Anak

Masukkan pasta yang telah direbus ke dalam kuali, udang yang telah digoreng dan kacau rata. Masukkan garam dan serbuk lada hitam secukupnya. Akhir sekali, taburkan daun parsley.

Nota:
Sesuai untuk hidangan bagi 2 orang. 


Akhir sekali jangan lupa untuk menyertai Peraduan Resipi Nutrisi Mama yang diadakan oleh Dumex Dugro. Caranya sangat mudah. Hanya perlu kongsikan gambar
 hidangan berkhasiat untuk anak anak anda dan hadiah hadiah menarik sedang menanti anda. Untuk maklumat lanjut layari  https://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara/mamacontest



3 ulasan for "Pasta Makanan Laut Berkrim Hidangan Berkhasiat Kegemaran Anak Anak"