Majlis Perkahwinan di Hotel Permai Kuala Terengganu
Majlis pernikahan dan persandingan diadakan pada hari Sabtu. Jadi pagi itu, kami tidak turun bersarapan di hotel kerana ingin terus makan brunch di majlis akad nikah yang diadakan pada pukul 10.00 pagi.
Kebetulan majlis ini adalah untuk meraikan dua pasangan pengantin anak Dato Wan Nazari. Antara hidangan enak majlis akad nikah ialah nasi dagang dan puding raja. Kami tak sabar nak menikmati nasi dagang yang ditempah khas dari Kak Jah Bukit Besar, antara nasi dagang tersohor di Terengganu.

Selepas bergambar secara beramai ramai dengan pengantin, kami naik ke bilik untuk menukar pakaian. Kebetulan kami dijemput rakan sekolej kami Tuan Abdul Malek Ngah dan isterinya Dr Zarinah untuk ke resort mereka. Kami bergerak secara konvoi ke Resort D Lavender Marang. Mudah mudahan persahabatan kami yang bermula lebih dari 35 tahun yang lalu akan berkekalan. Kami sudah seperti adik beradik yang saling menyokong antara satu sama lain.
wahhh.. nanti share gambar di resort plak ya
BalasPadam