Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hari Terakhir di Kuala Terengganu

Percutian di Kuala Terengganu

Hari terakhir di Bandar Kuala Terengganu, kami turun bersarapan agak awal kerana bercadang untuk bertolak balik pukul 9.00 pagi bagi mengelak kesesakan di lebuhraya Karak. Saya memilih bersarapan dengan nasi dagang dengan lauk gulai ikan tongkol dengan banyak meratah ikan. Nana dan Alain bertolak lebih dahulu kerana mereka ingin singgah di rumah keluarga Alain di Kuantan.

Percutian di Kuala Terengganu

Percutian di Kuala Terengganu

Sebelum balik, saya mengajak Hubby singgah membeli nasi dagang Kak Jah Bukit Besar untuk dibawa balik. Sesampai di sana, kelihatan ramai orang beratur panjang untuk membelinya. Maafkan saya bukan berniat untuk mengata tetapi kesian melihat orang beratur panjang kerana tiada sistem yang lebih efisyen yang mesra pelanggan. Mereka kelihatan tak kisah jika pelanggan terpaksa beratur lama. Mungkin bila hari hari melihat senario seperti itu, sehingga tiada lagi merasa apa apa.

Nasi Dagang Terengganu Bukit Besar

Ianya pasti dapat dielakkan jika terdapat pembantu yang menolong membungkus. Ini tidak, hanya Makcik sorang tu lah yang menceduk nasi, membungkus nasi, menceduk lauk samada yang dimakan atau dibungkus. Dia lah juga yang mengira, dialah juga yang menerima duit bayaran, dia juga memberi balik baki dsb. 

Hmm saya tidak nampak kalau kerja tersebut tidak boleh dilakukan oleh seorang pembantu. Malahan saya tidak melihat senario seperti ini bila makan nasi dagang di Gerai Kak Pah di Pantai Batu Buruk. Walaupun ramai yang beratur tapi sangat cepat.

Hampir sejam juga kami habiskan masa dengan beratur. Memang betul betul menggugat kesabaran. Bayangkan 1 jam bukan masa yang singkat. Siapa yang memesan untuk makan di situ telah siap makan. Kami belum lagi sampai giliran. Dato Saleh dan Hubby memesan  nasi dagang untuk dimakan setelah lebih setengah jam kami beratur. Mereka siap makan, giliran kami belum juga tiba. Mereka memberi keutamaan pada siapa yang makan di situ. 

Kuala Terengganu

Kuala Terengganu

Selepas akhirnya dapat nasi dagang, kami bergerak menuju pula ke kedai keropok lekor di jalan ke lapangan terbang kerana Datin Nursinah ingin membeli keropok untuk dibawa balik. Saya membeli beberapa pek karipap ikan frozen. Memang sedap karipap ikan yang saya tidak pernah menemuinya di tempat lain. 

Kuala Terengganu

Kami singgah untuk makan dan solat di RnR Temerloh. Aduhaai memang ramai sekali orang di situ. Terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan meja. Kalau lah tidak kerana majlis perkahwinan pasti saya tidak akan keluar dari Lembah Klang. Tak sanggup bersesak sesak di sana sini. Namun Alhamdulillah kerana jalan raya tidak begitu sesak ketika kami sampai di Lebuhraya Karak. 


Catat Ulasan for "Hari Terakhir di Kuala Terengganu"