Persiapan Majlis Perkahwinan Adalah Stress Yang Menyeronokkan?
Mungkin sebab pengalaman pertama untuk mengadakan majlis perkahwinan anakanda kami, menjadikan saya agak stress. Tapi bak kata sahabat kami, Dato Salehuddin yang ianya adalah stress yang menyeronokkan. Mana tidak stressnya, kami hanya menpunyai masa 3 bulan untuk membuat persiapan majlis. Tapi tidak dinafikan perasaan bercampur baur. Seronok sedih dan stress bercampur baur. Tapi Alhamdulillah kerana persediaan awal banyak membantu saya dalam membuat banyak keputusan. Setiap kali menghadiri majlis perkahwinan, saya akan memerhatikan sesuatu kelebihan dan kelemahan majlis dan membuatkan keputusan dibuat lebih mudah. Perkara yang paling sukar adalah membuat keputusan kerana saya mahukan keputusan yang dibuat adalah yang terbaik.
Selepas tarikh dan tempat di mana majlis akan diadakan, keputusan pertama yang perlu dibuat adalah berkaitan pakaian pengantin dan pakaian keluarga. Bab ini la yang memang memeningkan kepala. Dari ingin memilih rekaan pakaian, memilih fabrik, warna serta memilih designer. Yang lebih stress adalah menyediakan bajet untuk tujuan ini. Jika tiada masalah bajet, memang boleh jer pilih yang mana mana disukai. Banyak jer koleksi fabrik yang cantik cantik. Yang cantik itu mahal dan yang mahal itu cantik. Memang tiada pilihan di antara keduanya. Saya mahu hari istimewa anak anak menjadi suatu detik yang tidak ada pada hari hari biasa. Kadang kadang saya tersenyum sendiri melihat mereka yang bershopping sakan walaupun kain berharga sehingga RM3800 semeter, masih ada yang membelinya. Aduhaai siapakah mereka ini membeli kain RM3800 semeter seolah RM380 semeter sahaja. Sungguh ramai orang kaya rupanya di luar sana. Berbalik kepada majlis kami, saya memilih French Lace untuk majlis pernikahan dan untuk majlis resepsi pula adalah songket tenunan tangan dari Terengganu yang ditempah lebih setahun yang lalu. Ianya siap tiga bulan sebelum majlis. Untuk pakaian keluarga juga, tidak kurang memeningkan kepala. Bukan sahaja perlu memikirkan warna pakaian tetapi juga fabrik serta rekaan pakaian untuk anak anak yang memang semuanya tiada di rumah.
Selain pakaian, salah satu dari perkara yang mesti ditanya dalam persiapan majlis adalah door gift. Saya telah memutuskan pilihan door gift ini lebih 20 tahun yang lalu selepas menerima door gift yang sangat cantik di satu majlis perkahwinan yang dihadiri. Saya percaya door gift adalah mestilah sesuatu yang istimewa dan harus menpunyai value pada penerima. Kebetulan saya memang suka menyimpan door gift istimewa yang diterima dari majlis perkahwinan. Jadi door gift yang saya pilih juga adalah door gift yang sangat saya hargai. Pilihan saya adalah handmade antique box yang dibuat dari ceramic yang diimport dengan calitan pure gold. Saya mahukan door gift ini menjadi kenangan istimewa pada tetamu saya dan disimpan sebagai hiasan. Atas sebab itu, saya memilih untuk meletak nama pengantin di dalam penutup dan bukan di bekas itu sendiri.

Selain itu, keputusan bab urusan menempah kad jemputan juga agak memeningkan kepala. Saya mahukan kad yang cantik dan elegan. Merata rata saya bertanya dan juga google termasuk membuat panggilan ke Indonesia. Memang harga di sana lebih murah tapi selepas menimbangkan dari segi kos dan risiko kesilapan, saya memilih untuk menempah di KL sahaja. Saya tidak punya banyak masa untuk ke Indonesia untuk membeli kain kain untuk dibuat pakaian. Biasanya mereka menempah kad di sana sambil bershopping pakaian untuk majlis. Jadi saya terpaksa menerima apa yang ada seadanya. Untuk kad, saya memilih hard cover kerana itu yang memang saya cita citakan sejak dulu. Saya menyediakan sendiri tulisan di kad dan memberi soft copy kepada syarikat yang membuatnya.
Begitu juga dengan keputusan persiapan pelamin di rumah dan di dewan. Pelamin di rumah, saya hanya mendengar cadangan anak anak sahaja. Saya tak banyak melibatkan diri dalam perbincangan dan pemilihan. Namun pelamin di dewan adalah sesuatu yang perlukan perhatian saya. Saya mahukan pelamin yang sederhana tetapi elegan. Ingin mendapatkan pelamin yang cantik dengan harga yang sederhana adalah sesuatu yang sangat mencabar kesabaran saya. Namun saya bukanlah seorang yang mudah mengalah. Saya akan mencuba dan berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan apa yang diingini. Akhirnya Allah mempermudahkan urusan pemilihan pelamin.
Sebelum saya mengundur diri dari coretan kali ini, saya ingin memberikan penghargaan pada mereka yang ada di sekeliling saya. Selain ahli keluarga, saya sangat beruntung kerana dikurniakan sahabat sahabat yang sentiasa menyokong dan memahami saya. Sesungguhnya persahabatan tidak boleh dinilai dengan wang ringgit. Ingatan mereka pada kami sangat sangat dihargai. Walaupun ramai kalangan sahabat dan jiran jiran kami tidak dapat menghadiri majlis kerana sedang bercuti di luar negara, namun mereka tidak lupa menghantar buah tangan buat kami. Alhamdulillah. Allah memudahkan banyak urusan kami. Sesungguhnya beristighfar, akan memudahkan banyak urusan, akan diberikan jalan keluar dan diberi rezeki yang tidak disangka sangka. Aamin. Memang betul apa yang dikatakan Dato Salehuddin, mengadakan majlis perkahwinan adalah stress yang menyeronokkan. Stress kerana mahukan yang terbaik dalam masa yang singkat dan dengan kewangan yang terhad.
Semoga segala perancangan berjalan dengan lancar.
BalasPadaminsyaallah semoga dipermudahkan, dan majlis berjln lancar nanti. betul la tgk parents yg handle majlis kawen pertama ni mcm tu perasaannya kan. sb xda pengalaman. apapun tahniah kak nk dpt menantu.
BalasPadamsmoga dipermudahkan Kak Azie ;)
BalasPadamInsya Allah, semuga dipermudahkan semua urusan pernikahan anakanda... dan tahniah buat pengantin, azie dan keluarga juga.
BalasPadamSelalunya menyedia dan menyambut sesuatu majlis adalah menyeronokan terutama jika budget bukan satu masaalah.
BalasPadamKak Azie, I hope all goes well for the wedding!
BalasPadamassalamualaikum. semoga urusan persiapan perkahwinan anak berjalan dgn lancar. ibu & bapa memang antara yg byk berkorban masa dan tenaga utk persiapan perkahwinan anak. sama juga macam sy dulu. semasa persiapan, kebetulan sy berkursus 6 bulan dan tak banyak masa untuk sediakan semuanya. parents sy yang banyak merancang dan bantu. memang besar jasa ibu bapa kita semua.
BalasPadamMoga dipermudahkan segala urusan ye kak azie. Insyaallah!
BalasPadamTahniah. Apa-apapun check NIAT kita 'kenapa' sesuatu itu dibuat begitu/cara itu. Jangan salah niat.Juga yang sederhana itu lebih baik, sebab masih ramai yang perlukan sedekah kita. Dan Jangan kita termasuk orang2 yang lagha.
BalasPadamKalau kita bersedekah, tak perlu kita war war kan. Hatta tangan kiri pun t perlu tahu. Terima kasih atas peringatan
PadamAssalamualaikum..sy SETUJU dengan pendapat awak.. Bile kita membuat amal sbgai cth sedekah..wakaf.. @ ape2 kebaikan2 lain tak perlu diwar2kan.. Tetapi persoalan sy disini adalah mengapa KEBANYAKKAN PEMIMPIN kite berkelakuan begitu.. Maksud sy adalah diwarwarkan diTV..Yang KONON2nya BANTU RAKYAT.. Tetapi jika DITELITI dgn MATAHATI.. Ianya adalah PROPAGANDA semata2.. Bukankah didlm AL-QURAN AL'LAH telah menceritakan tentang mereka pada kita..Mengapa kita (PEMIMPIN) tidak melakukan tanggungjawab sebagai HAMBA AL'LAH.. 1MDB adalah duit Rakyat.. NAJIB tanpa rakyat adakah mereka boleh berjaya..
PadamRakyat TANPA Najib tak mengapa.. Kerana kami ada KERAJAAN AL'LAH.. Bila2 masa sahaja TUHAN
semoga semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Kak Azie
BalasPadamkak azie kalau nak buat tempahan cendol kami ada menyediakan catering cendol dgn harga berpatutan dan jaminan rasa. cendol homemade.fb supercendolabgleyham
BalasPadamkak azie kami ada menyediakan catering cendol homemade dgn harga dan rasa yg dijamin. fb supercendolabgleyham
BalasPadamSelamat menerima menantu puan. Mudah-mudahan majlis puan berjalan engan lancar dan meninggalkan kenangan manis untuk dikenang pada masa hadapan.
BalasPadamMemang betul stress. Saya masa kahwin semua persiapan dibuat dengan bakal suami tanpa campur tangan sesiapa. Ibu bapa masing2 dah tua. Adik beradik ramai pun sibuk dengan hal keluarga. Tapi saya gembira semuanya dalam kawalan kami. Dari segi belanjanya juga.
BalasPadamSama seperti saya.Semua persiapan dan kos ditanggung oleh saya.Ayah telah meninggal dunia ibu pula strok.Kenangan setahun lalu tidak akan dilupakan.Bertuah lah anak-anak yang masih ada ibu bapa menguruskan perkahwinan mereka.
Padam