Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Masak Lemak Cili Padi Ketam Yang Sedap


Masak Lemak Cili Padi Ketam Yang Sedap


Hari ini saya nak kongsikan sedikit mengenai Maal Hijrah yang disampaikan oleh Ustaz Meor Abdullah Meor Omar Baki. Sekarang kita berada di bulan Muharram di mana kita baru sahaja menyambut peristiwa Maal Hijrah. Ustaz mengambil salah satu perkara yang berkait dengan Hijrah tapi jarang dikisah dengan terperinci. 

Perihal makhluk yang ditugas untuk menyembunyikan Nabi Muhammad SAW iaitu Bukit Thur yang terletak 5 km dari Masjidil Haram. Dahulu dengan berpadang pasir, bukan mudah untuk berjalan sejauh 5 km, bukan seperti sekarang. Bukit yang terdiri dari batu bata semata mata. Ketinggian 200 meter lebih, bayangkan 2 padang bola dan ditegakkan. Tinggi tak? Ianya adalah antara bukit tertinggi di Mekah. 

Kenapa kena tengok atau melawat Jabal Thur? Jawapannya ialah kerana ianya tempat kekasih kita Nabi Muhammad pernah sampai ke situ. Bila sayang dan cinta, patut kita pergi lah tengok kerana Nabi pernah sampai ke sana dengan keadaan susah payah demi menyampaikan Islam yang kita ada pada hari ini. 



Masak Lemak Cili Padi Ketam Yang Sedap

Ambik pengajaran bagaimana besarnya bukit ini yang Nabi panjat. Untuk sampai ke sana memerlukan masa 45 minit hingga 1 jam setengah bergantung kepada tenaga dan usia. Bayangkan ketika Nabi memanjat bukit tersebut, baginda berusia 53 tahun. Mendaki Jabal Thur yang berzig zag bukanlah sesuatu yang mudah untuk baginda ketika itu.  Di gua Thur lah tempat baginda bersembunyi sebelum berhijrah ke Madinah. Untuk masuk ke dalam gua, kena duduk mencangkung, baru boleh masuk. Sempit dan tak selesa. 

Jadi Ustaz mencadangkan supaya setiap kali ke Mekah, ambillah peluang untuk berziarah ke Gua Thur yang juga merupakan satu ibadah. Ianya seperti mana kita mengunjungi tempat kenang kenangan yang dikunjungi oleh kekasih kita atau orang yang kita puja seperti Avenue of Stars. Hari ini segalanya mudah. Untuk ke masjid, tak perlu panjat bangunan bagai. Hanya satu level antara masjid dengan parking. Pun begitu masih ramai yang tidak mahu mengunjungi masjid untuk bersolat dan menghadiri majlis ilmu. Itulah point yang perlu kita renungkan. Sekarang kita tukar topik pula.

Dulu masa baru baru kawin, saya merasa pelik bila setiap pagi arwah Bonda Mertua akan mengajak anak lelaki untuk ke pasar. Saya pelik kerana di rumah ada peti sejuk kenapa tak dibeli lebih sikit. Hanya kini baru saya faham menyediakan masakan dengan lauk pauk yang segar sangat menyedapkan. Kita yang bekerja pulak memang tak berpeluang untuk berbuat begitu. Terpaksa lah membeli banyak dan simpan dalam freezer. 

Entah kenapa teringin sangat nak makan sotong bertelur dan masak lemak ketam. Jadi terpaksalah mengajak Boy ke pasar Taman Tun. Bila di sana, memang mata menjadi rambang. Semua ikan, udang, ketam semuanya segar bugar. Duit RM200 bertukar tangan dengan cepat. Satu yang kurang dengan Kota Damansara adalah ketiadaan pasar basah. Terpaksa membeli makanan basah di kedai runcit kepunyaan orang Acheh. Orang Acheh you. Jadi tauke di tanahair kita.

Hari ini saya nak kongsikan resepi Masak Lemak Ketam. Yang pertama perlu ada pastilah ketam. Ketam pulak kena cari yang betina baru banyak isi. Di samping itu, kalau nak beli ketam kena beli masa seminggu selepas bulan purnama. Kalau memasak makanan laut, saya suka masakan yang simple supaya kemanisan rasa semulajadi makanan laut tidak hilang dek rasa rempah ratus bahan. Jadi untuk masak lemak hari ini, saya menggunakan Masak Lemak Cili Padi Nogori. Hanya menggunakan santan, cili padi dan kunyit sahaja. Ringkas bahan bahan nya tapi tetap sedap meletop.

Jom layan resepi di bawah ini...


Masak Lemak Cili Padi Ketam Yang Sedap

Masak Lemak Cili Padi Ketam

Bahan bahan;
3 ekor ketam betina
1-2 biji kelapa - santan pekat
Segenggam cili api
1 inci kunyit hidup
Garam
1/2 keping asam keping

Cara cara:
Potong ketam dan bersihkan. Kisar cili padi dan kunyit dengan santan sehingga lumat.



Satukan bahan kisar dengan santan dan kacau rata. Jerang atas dapur dan sentiasa di kacau supaya santan tidak berketul.

Bila hampir mendidih, masukkan ketam, daun kunyit dan garam secukupnya.

Bila ketam masak, bolehlah angkat dan sedia untuk dihidangkan.


Masak Lemak Cili Padi Ketam Yang Sedap

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

26 ulasan for "Masak Lemak Cili Padi Ketam Yang Sedap"

  1. sedap tu kak..takyah lauk lain...hehehe

    BalasPadam
  2. assalamualaikum.

    wahh fave sy ni ketam masak lemak! :D

    BalasPadam
  3. yummy...terima ksih rsipinye...

    BalasPadam
  4. owh resipi ni tanpa bawang... Semalam pun dah dapat rezeki gulai ketam diberikan oleh jiran. InsyaAllah one day mesti cuba resipi puan azie. Thank you.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak lomak cili api Negeri Sembilan yabg asli memang tidak menggunakan bawang. Rindu masak lemak ayam kampung Mak.

      Saya kira Kak Azie berasal dari Negeri Sembilan juga?

      Padam
  5. Salam akak..mcm mana ye nak tau ketam jantan dgn ketam betina?

    BalasPadam
  6. Terbaik resepi ini. Cuba sudah

    BalasPadam
  7. Suka sangat resepi ne. terima kasih saya dah cuba. sedapp

    BalasPadam
  8. I selalu cari you bila nak buat roti kirai. Kari ayam. Lemak ketam. U r my fav

    BalasPadam
  9. Nak try resepi kak azie..
    Cam pelik sebab xyah pakai bawang...senang kerja😁

    BalasPadam
  10. Mcm arwah mak saya.. Cukup marah kalau masak lemak cili api ayam..ketam ..pakai bawang 😀😊

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masak lemak Nogori memang tak letak bawang tapi ada masanya saya letak bawang dan halia untuk memasak lemak cili padi versi sendiri. Ia memberi kelainan rasa.

      Padam
  11. Bila nak masuk asam keping?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh masuk bila bila masa jer selepas santan mendidih. Ada orang tak letak asam keping utk masak lemak menggunakan makanan laut. Kerana sukakan rasa manis semulajadi

      Padam
  12. Yg hijau tu daun apa? Tak ckp pon dlm resepi..hmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang itu daun kunyit. Saya mmg suka haruman dsun kunyit. Tak guna pun tak apa sebab dah guna kunyit hidup. Tapi saya mmg suka daun kunyit

      Padam
  13. Bila nak masak mesti tak sah kalau xsearch resipi dr blog akak.... Hihi... Hr ni nak masak ketam msk lemak version akak....

    BalasPadam
  14. baru terbaca dan baru nak cuba...terima kasih pemilik resepi

    BalasPadam
  15. terbaik,sy suka masak dh cuba..sedap,cepat ringkas,mkn dgn nasi panas2

    BalasPadam
  16. Klu nk msak apa2 pun saya akn cari sis azie......dolu2 kay....resepi of good lucky...

    BalasPadam
  17. aziekitchen ni sumber rujukan utk org yg xpandai msk cm sy ni. alhamdulillah, semua resepi yg dicuba dpt pujian dr keluarga..mak siap ckp..ok dh bole kawen sbb dh pndai masak

    BalasPadam