Kek Oren Yang Gebu Dan Lembab
Orang mukminin akan datang sebelum azan kerana azan adalah untuk memanggil orang yang lalai. Orang mukmin hatinya sentiasa mengingati Allah dan lebih memerlukan Allah. Jadi mereka akan sentiasa menunggu waktu solat. Orang muslimin suka solat bersendirian dan sebelum solat akan bermalas malas. Akan masuk masjid tapi tidak meluru ke syaf pertama.
Orang mukminin suka solat berjemaah dan akan meluru ke syaf pertama. Sekiranya tahu kelebihan berada pada syaf pertama, nescaya mereka berebut rebut. Hingga sanggup dicabut undi. Barang siapa sangat cinta untuk bertemu Allah, Allah akan suka untuk bertemu dengan kita.
Orang mukminin akan ke masjid awal dan mulakan dengan ibadah sunat seperti solat tahiyatul masjid atau membaca Al Quran. Rasulullah bersabda, Hendak lah datang dalam keadaan tenang dan beradab. Rasulullah tak suka orang yang datang solat tergesa gesa dan hati masih tertinggal di luar. Orang muslimin solat sekadar bacaan dan fizikal. Orang mukminin akan menghayati solat dari segi bacaan dan makna serta hati dengan yang kusyuk. Syarat untuk kusyuk ialah dengan menghadirkan rasa dalam hati dan memahami makna setiap bacaan dalam solat. Apa yang sebenar kita perlukan dalam hidup.
Orang mukmin akan memanjangkan bacaan dalam solat dan pendekkan waktu berdoa. Manakala muslim pendek solat dan panjang doa. Menangis ketika dalam solat lebih afdhal dari luar solat. Solat orang mukmin panjang dan waktu doa lebih pendek. Allah menjawab setiap bacaan dalam surah Al Fatihah. Tapi kalau Rasulullah melihat ada Jemaah yang uzur atau ada kanak kanak, Rasulullah akan memendekkan bacaan dalam solat. Rasulullah berdoa selepas doa dajjal dan sebelum memberi salam. Orang mukminin akan berehat dalam solat tapi orang muslimin pula berehat selepas solat kerana terasa solat seperti beban dan memenatkan. Kerana dalam solat, orang mukminin bercakap cakap dengan Allah. Bagi orang muslim solat adalah satu kewajipan semata sedang orang mukmin solat adalah tanda kesyukuran. Orang muslim akan beristighfar selepas solat untuk memohon ampun pada dosa dosa yang lalu tapi orang mukmin akan memohon ampun atas kekurangan dalam solat yang baru dikerjakan. Semoga bermanfaat untuk kita melihat di mana diri kita sendiri berada sekarang.

Sebelum masuk bab kek, saja lah nak kongsikan sedikit luahan perasaan konon. Hihihi. Alangkah baiknya kalau setiap hari adalah bulan Ramadhan. Hidup tenang dan bahagia di bulan yang penuh keberkatan ini. Maklumlah syaitan dan iblis telah kena rantai. Tak ada lah unsur luar yang nak mengganggu kita. Saya lebih berlapang dada dan walaupun ada ketika hati disakiti dengan kesombongan mereka yang merasakan diri seorang perfectionist. Inilah yang diajar oleh arwah Ustaz Zaid supaya memohon doa agar diberi hidup tenang di dunia dan syurga di akhirat. Cukuplah setakat ini kot nanti terlebih pulak.
Saya memang suka makan kek kek yang plain ala ala kek kampung. Bila Faaizah, jemaah Ad Dhuha memberikan satu bekas kek selepas solat terawih, saya membawa balik dan makan. Sambil makan, hati berbisik sedap nyer kek ni, apalagi bila sekali sekala tergigit parutan kulit oren yang diparut kasar. Bila apa apa makanan yang sedap, saya Alangkah cuba makan banyak kali.

Jadi walaupun saya boleh menghabiskan 5 ketul kek, saya menyimpan lagi 2 untuk dimakan keesokannya. Namun sewaktu bersahur, saya tak nampak bekas kek tersebut. Bila ditanya barulah tahu yang Hubby dan Juita yang memakannya. Biasanya mereka tak suka makan kek.
Sejak itu, saya selalu teringatkan kek oren yang gebu gebas tu. Saya minta Faaizah kongsikan resepinya. Alhamdulillah gembira tidak terkira bila resepi dah ada di tangan. Banyak jer resepi kek oren di internet tapi saya suka resepi yang saya telah rasa sendiri keenakannya. Lagi pulak, bahan bahan yang diperlukan sangat mudah dan penyediaannya juga sangat ringkas. Sangat cepat kerana saya mula menyediakannya sebaik sampai di rumah dan siap dibakar sebelum saya keluar berbuka puasa di surau.

Untuk kek hari ini, saya menggunakan dua adunan dan dibakar dengan loyang 8x8". Sebenarnya saya menyediakan kek ini 2 kali, iaitu 2 hari berturut turut kerana belum puas menikmati kek yang sedap ini. Layan video di bawah ini.
Jom layan resepi yang sangat mudah dan sedap ini. Balik dari terawih walaupun perut masih kekenyangan, saya makan juga lepas seketul seketul. Bila bangun sahur juga sambung makan lagi seketul seketul.
Memang sangat sangat puashati dengan kejadiannya. Kek gebu dan lembab lembab memang kek yang menjadi pujaan hati kini dan selamanya. Juga suka, bolehlah dibuat icing berperisa oren. Seperti biasa, jika frosting saya lebih suka buttercream dari butter cheese. Resepi buttercream itu hanyalah cadangan sahaja.
Kek Oren Gebu dan Lembab
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Bahan bahan:
150 gram mentega
120 gram gula kaster - guna 115 grm shj
160 gram tepung gandum - ayak
1 sudu kecil baking powder - ayak
3 biji telur
2 sudu besar jus Sunquick - guna jus oren
Sedikit parutan kulit oren - opsyenal
Cara cara:
Cara cara:
Putar mentega dan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu persatu. Masukkan tepung yang diayak dengan baking powder sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren. Akhir sekali masukkan parutan kulit oren. Kacau sebati.
Tuang ke dalam acuan loyang 7"x7" yang telah dilenser mentega/lapik dengan baking paper atau acuan cawan kertas ¾ penuh. Saya bakar 2 adunan menggunakan loyang 8"x8" kerana suka kek yang lebih tebal.
Bakar dalam acuan yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 170C selama 25 hingga 30 minit atau sehingga masak. Hiaskan dengan krim aising oren atau yang disukai. Untuk saya kali ini, saya membakar selama 1 jam.
Buttercream Oren

6 sudu besar butter - lembutkan
1 ¾ cawan gula icing- ayak
1-2 sudu besar jus oren
½ sudu kecil extract vanilla
½ sudu kecil extract oren
2 sudu kecil Parutan kulit oren
Putar butter sehingga kembang. Perlahan lahan masukkan gula dan putat hingga ringan dan kembang. Masukkan 1-2 sudu besar jus oren, vanilla, oren extract dan parutan kulit lemon.
Jika ianya terlebih lembut, sejukkan seketika sehingga mencapai tahap yang kita perlukan dan sedia untuk digunakan.

sedapnye...yummy....
BalasPadamK.zie, kek oren gebu n buttercream oren mana yg sedap
BalasPadamKek hanya satu sahaja. Buttercream tu icing
Padamterima kasih utk resepi kek oren... Alhamdulillah menjadi kek nya😊😊😊
Padamsy juga penggemar kek oren..
BalasPadamkak,nak tanya, klu x sukat per gram mcm mana eh?
pakai cawan ker..
Salam kak azie, sebaik sy nmpk post kak azie di dalam ig, sy pun terus mencuba kek ni. Memang sangat simple & mudah tp tersangatlah sedapnyer kek ni kak azie. Terima kasih sbb share resepi ni, memnag berbaloi-baloi..
BalasPadamNieta.
wah tgk pon dah terliur... sedap ni...
BalasPadamsemakin hari saya follow blog puan azie ni.. meruntun jiwa betul..
BalasPadamselitan tarbiah buat saya rasa mcm sdg mendengar seorang ibu bercerita, aduhai.. moga blog puan sentiasa update sbb sy suka baca sharing tazkirah ni semua.. bila x update rase macam.. alah..knp kak azie x update ni? hihihi
sedapnya kak azie...saya suka baca blog kak azie ni. dan kalau nak resepi pun saya akan cari azie kitchen
BalasPadamSaya pun..😀
PadamAssalam Dan Selamat Hari Raya Puan Azie. Saya buat kek Oren untuk Raya baru2 Ni. Memang sedap Dan buat 3 kali sebab kek cepat habis. Terima kasih atas perkongsian. Simple Dan sedap. Semoga Allah memberkati Puan sekeluarga
BalasPadamBaru cuba resepi kek oren ni semalam. Mertua suka sangat. Alhamdulillah 😁 Siap request lagi kena buat bila dah habis. Terima kasih atas perkongsian kak.
BalasPadamAssalam kak Azie, Salam Ukhwah.
BalasPadamNak tanya, panaskan 'acuan', sebenarnya panaskan oven ker?
Kot memang kena panaskan acuan.. terima kasih.
Wslm. Terima kasih atas pembetulan
PadamAkak kenapa kek saya bantat?
PadamAssalamualaikum.... nak tanya kalau bahan2 tu tukar dalam sukatan cawan guna banyak mana ye?
BalasPadamBalas
PadamSalam..nak tnya..kalau kita pkai cupcakes bole ke?😊
BalasPadamWslm. Boleh. Kurangkan masa membakar dalam 20-25 minit. Ikut saiz cup
PadamSalam sis.. boley ker nk bakar guna kaedah 'water bath' tu.. kot2 boley.. sajer x mor rasa kerak nyer tu..
BalasPadamSepatutnya ok tp saya tak pernah cuba. Cubalah dulu dan share bagaimana hasilnya
PadamHehe.. sy pon x try lg tp ikot resepi sis pon da sedap banget mkn panas2.. cumer sy tambah choc chip dlm adunan.. mmg sedap kegiler.. 1st trial, menjadi & sedap.. timer kasey sis..
Padamassalammualaikum kak zie..kak kalau pakai tepung naik sendiri boleh tak..
BalasPadamBoleh..tp jgn isi penuh loyang, nnti melimpah keluar..sbb sy pernah kena..huhu..
PadamSalam kak zie..boleh tak saya tukar butter ke margerin pelangi
BalasPadamAsslm...pn azie guna telur saiz apa ya utk kek ni...
BalasPadamDah buat kek ni...berjaya...yeayyy...sedap sangat kak.thank you
BalasPadamalhamdulillah menjadi kek sy ikot resepi kak azie.smua yg mkn puji sedap..tqsm kak☺
BalasPadamAssalam kak azie, kalau resepi ni blh buat kukus tk?
BalasPadamKalu kite bubuh parutan kulit oren tu smp 1 biji, kek masih gebu @ jd keras?
BalasPadamParutan kalu ltk trlalu byk,akan kd pahit
PadamSgt sdp dan mudah..bnyk kli dh buat..puas hati..mmg selalu follow kak azie punya resepi..semua menjadi
BalasPadamAssalam kak Azie..
BalasPadamSaya nk tanya cake orange sesuai tak dengan cream cheese untuk topping? 😊
Wslm. Takut tenggelam rasa orangenya. Kena cari frosting yg berasaskan orange juga.
Padamassalamualaikum kak azie..
BalasPadam1. kalau menggunakan sukatan sudu besar utk gula kaster, tepung gandum...brapa sudu ya?
2. jika oren digantikan dengan lemon dan jus lemon agaknya boleh tak?ataupun lemon + jus sunquick...
Salam..kalau saya nak buat pkai kukus.. Sme ke sukatan nya?! Sbb rumah x de oven.. Hehehe.. Pkai kkus jek..
BalasPadamakak kalau sy guna buttercup boleh ke ?
BalasPadamSalam kak sy sllu ikut blog kak azie. Sy nk tnya telur yang digunakan tu gred apa ya. Klu gred c pulak kena brapa bijik. Kt rumah ni ad yg c je pulak. Teringin nk cuba buat kek ni
BalasPadamJus sunquick tu kene bancuh ke air tu atau perah oren je? Dalam video saya nampak macam perah oren sahaje.confuse 😁
BalasPadamdah cuba buat..sedap
BalasPadamAssalamualaikum kak AZIE. .Alhamdulillah da cuba semalam utk mak.. Memg lembut sgt.. Mkn panas2.. Berebut2 anak buah mkn..
BalasPadamAlhamdulillah kak zie,dah try kek oren. Sedap, moist, gebus..Terima kasih. Moga Allah rahmati akk sekeluarga.
BalasPadamAssalamualaikum kak azie..
BalasPadammohon izin share kata2 Dr Muhamad Nasib tu ye
Kak Zie,pakai oven dan mixer brand apa yea? In Shaa Allah,nnti nk try buat..
BalasPadamResepi ni kalau saya kukus boleh?
BalasPadamAssalammualaikum,nak tanya telur yang digunakan tu Gred B atau A ye ?
BalasPadamBoleh tambah ovalatte x sis resepi ni?
BalasPadamTerima kasih. Tried your recipe, amazing taste.
BalasPadamkek yang saya buat tak sedap langsung tak boleh pakai punya resipi
BalasPadamMemang tak pandai, mana nak sedapnya. Lepas tu salahkan resepi.
PadamKak resepi sukatan cawan ada tak? Timbang rosak.. 😂 kelmarin dah buat sekali.. sedap.. cuma time tu terkurang sukatan oren... Ni nak repeat ni
BalasPadamKulit limau berapa byk ye? 1 biji ke?
BalasPadamSy dh cuba buat kek ikut resepi. Bakar selama 25 min kek tk masak lagi. Bakar 1 jam lebih kek baru masak. Tpi tu lah, tekstur kulit kek jadi garing n rangup bila dimakan. Kek tk jd moist. Tpi rasa masih sedap 🤭🤭
BalasPadamTerima kasih
BalasPadamwelcome
Padam