Pengat Pisang Kebatu
Setiap kali dalam perjalanan balik dari pejabat pada petang Jumaat, saya akan mendengar rancangan agama Nur Di Klasik di radio. Antara yang dibincangkan ialah berkenaan jenis manusia di dunia. Ada 4 kategori iaitu ada yang senang di dunia dan senang di akhirat. Inilah golongan yang paling beruntung. Manakala yang kedua ialah golongan yang senang di dunia tetapi susah di akhirat seperti Firaun, Abu Jahal dsb. Golongan ketiga ialah golongan yang susah di dunia tetapi senang di akhirat. Ramai sahabat Rasulullah yang berada dalam kategori ini. Mereka meninggalkan kehidupan mewah semata mata untuk menegakkan agama. Manakala golongan terakhir adalah golongan yang susah di dunia dan susah di akhirat. Ustaz memberi contoh orang yang hidup susah, kais pagi makan pagi, hanya bermotosikal buruk ke sana ke mari tapi solat tidak dikerjakan, masjid surau tidak dikunjungi. Hmm sama samalah buat muhasabah diri dalam golongan manakah diri kita ini. Sejak di bangkus sekolah lagi, saya memang minat dan sangat mengkagumi golongan Rich and Famous yang hidup senang lenang, golongan diraja yang memakai perhiasan intan berlian berkilauan. Namun saya tidak mungkin akan dapat merasai semua ini di dunia. Jadi saya berusaha untuk memilikinya di akhirat nanti. Aamiin. Inilah ayat memujuk hati kerana setiap manusia menpunyai nafsu yang tertarik dengan kemewahan hidup di dunia. Termasuklah saya sendiri.
Saya menyediakan pengat pisang kebatu untuk dihantar ke surau. Pada mulanya saya bercadang untuk membuat goreng pisang tetapi memikirkan goreng pisang kurang sedap jika dimakan sejuk. Saya cuba meminta restoran di hadapan surau menggorengkannya untuk saya, tapi mereka pula tidak sanggup dengan alasan tidak mempunyai cukup pekerja. Jadi mahu tidak mahu, terpaksalah saya sendiri yang memasaknya. Hubby mencadangkan supaya saya menyediakan cekodok sahaja tetapi kerana pisang nya belum terlebih masak, lebih sedap jika dibuat pengat.
Kali ini saya meletakkan sedikit susu cair untuk menambah lemak. Ianya adalah tips yang dikongsi oleh Mamak Haji bahawa untuk menambah lemak, perlu diletakkan sedikit susu cair. Sama juga dengan memasak nasi lemak, selain santan perlu juga dimasukkan sedikit santan cair kerana santan sahaja akan menghasilkan minyak. Aduhaai pengat saya hari ini, dah terlebih pekat kuahnya. Jadi saya batalkan hasrat untuk meletak biji sagu ke dalamnya. Bukan apa, takutlah ianya menjadi bertambah pekatnya. Aduh memasak memang memerlukan praktis dan praktis sebab adakalanya masakan yang biasa dibuat pun tak berapa menjadi dengan cantik walaupun rasanya tidak berubah. Kata Juita, sedaplah Mama walaupun pekat. Apalagi kalau pertama kali mencuba masakan baru, pastilah ada yang kena adjust mengikut selera masing masing. Tak ada orang yang boleh menulis resepi seperti letak 1 sudu besar gula kerana rasa 1 sudu besar gula adalah berbeza antara seorang dengan yang lain.
Jom layan cara saya menyediakan pengat pisang, makanan Malaysia yang sangat mudah disediakan dan sesuai sebagai hidangan petang....

15 biji pisang Kebatu - hiris serong
1 kg santan
3 keping gula Melaka
2-3 senduk gula pasir
Garam
3 helai daun pandan - koyak dan simpul
1/2 cawan sagu - hari ni tak letak
Sedikit susu cair
Cara cara:
Cara cara:
Masak santan cair dengan pisang dan daun pandan sehingga pisang nampak dah lembut. Selalu dikacau bagi mengelakkan santan pecah minyak.
Masak gula Melaka dan gula pasir untuk dijadikan air gula. Bila pisang dah lembut, masukkan air gula tadi. Masukkan sedikit sedikit dan rasakan kemanisannya dulu. Boleh ditambah kemudian jika terasa masih kurang manis. Kacau rata.
Lepas itu masukkan pula santan pekat dan garam. Masukkan juga sedikit susu cair, jika suka. Kacau seketika. Sesuaikan rasa dan bolehlah tutup api.
Basuh sagu dan tos. Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan sagu dan kacau sehingga tiada kelihatan bahagian putih. Angkat dan tos. Lalukan dibawah air paip sambil dikacau untuk membuang sedikit sagunya.
Akhir sekali masukkan sagu tadi ke dalam periuk pengat yang telah ditutup api. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan.

kalau letak sagu tuh lagi sedap. hihi
BalasPadamsedapny... FAV NI....
BalasPadamalhamdulillah ...semoga dimurahkan rezeki .....
BalasPadamPengat pisang memang kegemaran saya Kak Azie.. pantang nampak pisang mesti nak buat pengat. hsbnd pulak suka cekodok.. macam2 kan.. hehe
BalasPadam