Sambal Ikan Bilis Yang Sedap Dari Dr Nana
Seperti dijanjikan dalam entri sebelum ini, saya ingin kongsikan resepi Sambal Ikan Bilis yang digandingkan dengan Lontong dan Kuah Lodeh Nana di SINI. Bahan bahan dan cara penyediaannya tidak sama dengan cara saya sebelum ini. Jadi saya fikir ada baiknya, jika saya kongsikan di sini untuk rujukan sendiri di masa masa hadapan. Sambal Ikan Bilis adalah antara lauk yang versatile, boleh dimakan dengan nasi putih, nasi impit, roti dan apa apa sahaja. Bayangkan semasa menikmati sarapan di pagi raya, anak anak menambah nambah sambalnya sehingga hampir habis. Terpaksalah Nana menyediakannya lagi.
Selain bahan yang digunakan, yang menjadikan sambal lebih sedap apabila cili kisar betul betul masak dan garing. Jadi masa menumis agak lama menggunakan api perlahan bagi memastikan ianya betul betul garing. Lebihkan minyak semasa menumis kerana ianya boleh disudukan keluar selepas sambal siap dimasak. Selain itu, sambal tumis yang sedap mesti cukup rasa gulanya. Dengan kata lain, mesti ada rasa manis lebih dari rasa masin dan masam. Kalau makan nasi lemak di kedai atau Kopitiam, cuba perhatikan rasa sambalnya. Sambal Ikan Bilis juga yang menentukan keenakan nasi lemak. Bayangkan jika kita makan nasi lemak tanpa sambal yang sedap, pasti nasi lemak akan rasa tidak sedap juga. Saya suka menyediakan sambal ikan bilis banyak banyak dan dimasukkan dalam bekas dan disimpan dalam freezer. Ini adalah antara lauk penyelamat, bila tak sempat memasak atau kebuntuan idea dalam memasak.
Jom kita tengok resepi yang Nana gunakan untuk menyediakan Sambal Tumis Ikan Bilis yang wallaa sedap nyer..... Selamat mencuba....
Sambal Ikan Bilis Dr Nana
Bahan bahan:
4 genggam ikan bilis - digoreng separuh masak
Cili kisar secukupnya
1 biji bawang besar - mayang
1 keping asam keping - boleh juga guna air asam jawa
Garam
Gula
Bahan kisar:
1 bawang besar
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis mentah
Belacan
Cara cara:
Goreng ikan bilis separuh masak, angkat dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, tumis bawang besar yang dihiris sehingga layu. Kemudian masukkan bahan kisar dan dikacau rata sehingga wangi, diikuti dengan cili kisar. Tumis sehingga cili betul betul garing dzn terbit minyak.
Masukkan sedikit air, asam keping, garam dan gula. Akhir sekali, masukkan ikan bilis yang digoreng separuh masak.
Kacau rata sehingga ianya terbit minyak. Sesuaikan kepekatan dan rasa sebelum boleh diangkat.
salam kak. heheh baru nampak new entry. gigih pagi2 buta carik resepi rendang. sy nk tanya pasal resepi rendang akk, kita xperlu la pakai perencah rendang da kan kak? cukup ikut yg step akk je kan :)
BalasPadamWslm. Bahan bahan utk membuat rendang ada sekali dalam entri rendang. Tak perlu guna perenxah rendang segera
Padamalhamdulillah. saya dah buat. plus saya gabung kan rendang minang tu skit dgn rendang biasa. 1st time buat. terimakasih kak. ayah saya cerewet bab makan.. tp kali ni yehaaaa rendang sy licin n ibu tanya pakai perencah ape sy ckp xde pakai pun hehehe.. tq akk :)
BalasPadamSedapnya sambal kak azie ni.. sy dah cuba
BalasPadamMemang sedappp....
BalasPadamSy buat, anak bawak bekal p sekolah..
Lincinn.....
Terima kasih k.zie kongsi resepi..
Mmg sedap. Terima kasih puan Azie kerana berkongsi resepi
BalasPadamMlm nie Sy nak cuba resipi sis azie nie..tq..
BalasPadamSalam..azie kitchen mmg terbaik..reswpinya klu buat mesti menjadi tq azie kitchen..murah rezeki insha allah..
BalasPadamassalam sisi, saya nak tanya, untuk resepi lontong sayur lodeh dengan samba ikan bilis buat berapa orang boleh makan eh untuk resepi ni?
BalasPadamassalam sisi, saya nak tanya, untuk resepi lontong sayur lodeh dengan samba ikan bilis buat berapa orang boleh makan eh untuk resepi ni?
BalasPadam