Alumni Di Majlis Perkahwinan Anak Datuk Jalaludin
Setelah lama tak bertemu dalam satu majlis, akhirnya Alumni Kolej Ketiga bertemu di majlis perkahwinan anak Datuk Jalaludin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Datuk Lud iaitu Dr Nabil dan Dr Hani. Secara kebetulan pula, Dr Hani adalah rakan anakanda kami Dr Nana yang sama sama bertugas di Hospital Selayang. Bila dah bertemu memang ada ada sahaja yang diperbualkan sehingga untuk mengambil gambar mereka pun agak sukar. Begitulah gelagat bila sahabat lama sejak zaman kolej bertemu. Antara soalan soalan lazim, haaa macam soalan peperiksaan ialah berkenaan dah dapat menantu atau dah ada berapa orang cucu. Di usia kami seperti ini adalah masa untuk mula menerima menantu. Malahan seorang demi seorang telah mengadakan majlis perkahwinan anak anak. Buat kami, nampaknya setakat ini belum ada rezeki lagi untuk menerima ahli keluarga baru.
Berbalik kepada majlis perkahwinan anak Datuk Lud di Dewan Perdana Felda pada 1 Februari, kami telah berjaya memenuhkan 3 meja untuk geng alumni. Itu pun jemputan dibuat dalam keadaan kesuntukan masa kerana hubby yang dipertanggungjawab untuk memanjangkan jemputan telah kehilangan banyak nombor telefon kawan kawan apabila telefonnya telah mengalami kerosakan sebelum ini. Hubby terpaksa membuat jemputan melalui telefon kerana memerlukan pengesahan kehadiran. Alhamdulillah kerana berjaya juga menjalankan tugas yang diamanahkan oleh tuan rumah.
Selain itu, kami juga bertemu dengan sahabat baik kami, Ismati yang datang bersama keluarga. Gembira dapat bersua muka kerana selama ini hanya sempat berhubung melalui whatsApp sahaja. Beliau adalah rakan rapat dengan keluarga Bonda Dr Nabil. Terasa yang masa beredar pantas, bila melihat Ilham yang kini telah menjadi seorang remaja yang sangat ayu dan bersopan santun. Sementara menunggu para suami bersembang sesama mereka, kami pula berposing sesama sendiri.
Selepas beredar dari Dewan Perdana Felda, kami singgah minum di Hotel Seri Pacific bersama Dato Wan Nazari yang menginap di situ bersama anak anak.
Selepas beredar dari Dewan Perdana Felda, kami singgah minum di Hotel Seri Pacific bersama Dato Wan Nazari yang menginap di situ bersama anak anak.
Akhir sekali tahniah kepada Datuk Lud dan isteri kerana telah menerima ahli keluarga baru. Juga tahniah kepada Dr Nabil dan Dr Hani. Semoga sentiasa dalam berbahagia dan dalam lindungan Allah.
Selamat Pengatin Baru
BalasPadamsalam kak azie, dr nana di bahagian mana ya kat hospital selayang?
BalasPadamIzzah pun bertugas di sana juga ya. Blh personal email ya
Padam