Puding Raja Yang Sedap
Sebelum masuk bab masakan, saya ingin kongsikan sedikit perkongsian dari kuliah Ustaz Azmi di Surau Ad Dhuha berkenaan perumpamaan antara dunia dan akhirat. Manusia banyak mengutamakan dunia dari akhirat. Bila sibuk dengan urusan dunia, urusan akhirat di ketepikan. Sedangkan kita patut jaga hak Allah, kerana sudah pastinya Allah akan menjaga hak kita. Perumpamaannya ialah seorang yang menjunjung barangan di atas kepala dan dua tangan pula membimbit barangan. Apabila barangan dijunjung senget dan tidak seimbang, letakkan barangan yang dipegang di kedua tangan dan perbetulkan semula barang yang dijunjung di kepala. Setelah seimbang, barulah pegang semula barang ditangan dan terus melangkah. Itulah yang sepatutnya. Barang yang dijunjung adalah umpama akhirat dan barang di kedua tangan adalah dunia. Ianya bererti akhirat diutamakan. Lepaskan dunia untuk memperbetulkan akhirat. Bukan dunia di kepala dan akhirat di tangan. Bila sibuk sahaja dengan urusan dunia seperti menghadiri mesyuarat, kita akan melambat lambatkan solat atau mungkin terlepas langsung waktu solat. Ini antara contoh yang saya nampak bagaimana kita mengutamakan dunia dan melepaskan akhirat dalam kehidupan harian terutama bagi mereka yang bekerja.
Ini adalah kali kedua saya membuat Puding Raja. Kali pertama Puding disediakan Nana dan Juita di SINI. Sekali lagi saya menggunakan resepi yang diambil dari buku Air Tangan Tengku Puan Pahang yang dihadiahkan oleh Dato' Daing Khatijah. Kali ini saya menggunakan baki Pisang Lemak Manis yang dibuat Trifle Pisang Lemak Manis di SINI. Memang patutlah ianya dipanggil Puding Raja kerana bahan bahan yang diguna untuk membuatnya semua sedap sedap belaka seperti pisang Lemak Manis dan juga Jala Emas.
Ini adalah kali kedua saya membuat Puding Raja. Kali pertama Puding disediakan Nana dan Juita di SINI. Sekali lagi saya menggunakan resepi yang diambil dari buku Air Tangan Tengku Puan Pahang yang dihadiahkan oleh Dato' Daing Khatijah. Kali ini saya menggunakan baki Pisang Lemak Manis yang dibuat Trifle Pisang Lemak Manis di SINI. Memang patutlah ianya dipanggil Puding Raja kerana bahan bahan yang diguna untuk membuatnya semua sedap sedap belaka seperti pisang Lemak Manis dan juga Jala Emas.
Saya membeli jala emas yang telah siap dari Kelantan. Maklum untuk menyediakannya amatlah remeh dan memerlukan sedikit kesabaran untuk menghasilkan jala emas yang halus dan cantik. Hari ini saya tak letak prune atau biji gajus kerana ketiadaan stock. Kalau tak suka manis, bolehlah guna gula dalam 1- 1 1/2 cawan gula sahaja kerana jala emas pun memang telah menpunyai rasa yang manis. Atau boleh dirasa tahap kemanisan terlebih dahulu.
Jom kita tengok resepi yang saya kongsikan sekali lagi di bawah ini....
Puding Raja
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
4 sikat pisang lemak manis - buang kulit
1 cawan biji gajus - digoreng
2-3 genggam jala emas
200 gram buah prun - potong 4
Buah ceri merah/hijau
2 sudu besar minyak sapi
Minyak untuk menggoreng
Untuk Kuah Puding:
1 tin susu cair
3 biji telur - ambil kuning sahaja
1/2 tin air
1-2 cawan gula (ikut citarasa)
Daun pandan - simpul
Esen vanilla
Cara memasak:
Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh. Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
Kemudian goreng biji gajus. Angkat dan ketepikan.
Kuah Puding:
Pukul kuning telur bersama susu cair dan air. Tapis untuk membuang pusat telur putih. Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut.
Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu untuk supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.
Cara Menghidang:
Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan jala emas. Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.
Selamat mencuba....
teringin sungguh nak rasa...menanti kawan buatkan nie...
BalasPadamnampak cantik kejadiannya...
BalasPadam