Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Projek Asyura Mengeratkan Jemaah Surau Ad Dhuha


Asyura Kelantan Azie Kitchen


Entah macam mana tiba tiba teringin nak makan asyura. Terus menghantar mesej pada Kak Son, kakak ipar saya untuk hantar rempah asyura. Saya menanya nanya anak anak buah kalau ada yang boleh datang untuk sama sama mengacau asyura. Maklumlah proses membuat asyura memakan masa yang lama. Dari pagi hingga ke petang juga. Tapi bila tiada sambutan, saya menanyakan pula dengan Dato Seri Dr Mohammad Isa, dan Haji Shukri, rakan jemaah surau Ad Dhuha. Haji Shukri bersetuju untuk sponsor dan membawa sekali orang yang pakar untuk memasak tetapi beliau meminta saya mengetuai jemaah dalam menyediakan asyura. Oleh kerana ada jemaah yang tidak menyukai asyura Kelantan, maka keputusan dibuat untuk memasak 2 kawah iaitu asyura Kelantan dan asyura utara. Dato Seri pula mengetuai asyura Utara.

Oleh kerana tukang masak yang dicadangkan oleh Haji Shukri tidak dapat datang atas sebab sebab tertentu, maka saya terpaksa mencari orang yang berpengalaman untuk membantu saya. Alhamdulillah kerana Kak Yah dan Shikin sudi menolong. Saya mengambil cuti separuh hari sehari sebelumnya untuk membeli bahan bahan yang diperlukan dan bagi menyiapkan persiapan bahan bahan. Saya memesan daging segar dari pasar basah Subang Jaya dan ubi dipesan dari Pasar Borong Selayang.




Petang Jumaat saya bersama Shikin dan beberapa orang kawan yang diatur oleh Hajah Saadiah telah membuat persiapan awal seperti memotong ubi, mengupas bawang dan merebus serta menyiat halus daging. Bila semuanya disediakan awal, kerja kerja pada hari Sabtu menjadi lebih mudah dan cepat.




Pagi Sabtu kami menggoreng bahan yang diguna, mengisar dan menumis bahan kisar bersama rempah asyura. Manakala jemaah lelaki pula mengacau beras yang dimasak di dalam kawah. Mereka bergilir gilir mengacau kedua dua kawah.








Asyura utara memakan masa lebih kurang 2 jam sahaja. Ianya adalah asyura versi sunnah dengan banyak penggunaan bahan bahan makanan sunnah seperti habatussauda, buah tin, kismis, kurma, kacang badam dan macam macam lagi. Saya akan membuat entri untuk resepi dan cara menyediakannya kedua dua asyura tersebut di dalam entri akan datang sebagai rujukan anak anak dan generasi akan datang. Memang sedap asyura utara ini, rasanya manis seperti kuah koleh, lebih lebih lagi dimakan di kala masih panas dengan ditabur bawang goreng ranggup.






Asyura Kelantan pula masak sebelum solat Asar. Ramai yang menceduk sewaktu masih lembik kerana menyukai asyura yang berupa seperti bubur lambuk. Selepas asyura benar benar masak dan pekat, diangkat untuk dimasukkan ke dalam bekas kecik berlapik daun pisang untuk diagih agihkan. Jemaah lelaki yang tidak biasa makan asyura Kelantan secara melawak mengatakan asyuranya berasa seperti maajum.






Alhamdulillah selesai juga projek yang dirancang beberapa minggu lalu. Bukanlah asyura yang penting tapi yang lebih utama adalah ukhwah sesama jemaah surau Ad Dhuha. Semoga ianya kekal berpanjangan selamanya. 








Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

2 ulasan for "Projek Asyura Mengeratkan Jemaah Surau Ad Dhuha "

  1. seronoknya dapat berkumpul ramai ramai macam nie...besar pahala semua yang terlibat...insyaallah..

    BalasPadam
  2. Sedapnya Azie... saya teringin sangat nak makan tapi tak tahu nak buat... ada resipi bagilah... saya suka asyura Kelantan... sedap!

    BalasPadam