Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Lontong Nur Qaseh Buat Hidangan Raya


Lontong Nur Qaseh Buat Hidangan Raya


Saya menyediakan Kuah Lodeh hari ini selepas melihat dalam peti ais ada santan dan banyak sayuran yang masih berbaki. Nana menyediakan Kuah Lodeh dan Nasi Impit untuk hidangan di pagi raya. Saya memang tak suka melihat ianya membazir dan terbuang begitu sahaja, jadi saya pun mulalah menyediakan bahan bahan yang diperlukan. Lagi pulak, masih ada banyak nasi impit yang telah direbus di dalam peti ais. Klik di SINI untuk melihat entri Kuah Lodeh yang saya sediakan sebelum ini. Saya masih setia dengan resepi ini yang telah berbelas tahun digunakan.

Kali ini saya hidangkan Kuah Lodeh dengan Kuah Kacang sahaja kerana memang kebetulan hari ini, saya ada memyediakan Kuah Kacang untuk dimakan dengan sate ayam goreng. Boleh klik di SINI untuk resepi Kuah Kacang. Kebiasaannya saya akan gandingkan dengan Kuah Kacang goreng yang ringkas. 

Jom kita tengok resepi yang saya gunakan sejak dahulu lagi bila menyediakan kuah lodeh. Jom layan.... 


Lontong Nur Qaseh Buat Hidangan Raya

Lontong dan Kuah Lodeh Nur Qaseh

Bahan bahan:
1/4 biji kubis
1/4 biji sengkuang - potong panjang
1 batang karot - potong panjang
6 batang kacang panjang
2 biji terung panjang
1 biji kentang - potong 8
2 keping fucuk - rendam dan potong kecil
1 ikat soo hoon - rendam dan potong kecil
1 keping tempe - potong dadu besar dan goreng
2 keping tauhu - potong kecil dan goreng
1 genggam petai
2 batang cili merah - hiris
2 batang serai - ketuk
1 cawan udang hidup - buang kulit
2 santan kotak
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
8 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
2 sudu besar udang kering - rendam dan tos

Cara cara:
Masak bahan kisar bersama santan cair dan serai sehingga hampir mendidih, masukkan udang diikuti dengan sayur yang jenis keras sehingga sayur yang lembut.

Masukkan santan pekat dan tauhu kering, cili merah serta garam. Sesuaikan rasa dan kepekatan.


Lontong Nur Qaseh Buat Hidangan Raya

Lontong Nur Qaseh Buat Hidangan Raya

Tutup api dan sedia untuk dihidangkan bersama dengan nasi impit, telur rebus dan kuah kacang atau sambal tumis.


Lontong Nur Qaseh Buat Hidangan Raya



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

8 ulasan for "Lontong Nur Qaseh Buat Hidangan Raya"

  1. SHRMZB wat kakazie sekeluarga! sejak musim raya nih..lom merasa lagi makan lontong..daapnyer!

    BalasPadam
  2. sedapnya...nanti nak buat lg..dah pernah try buat :D

    BalasPadam
  3. Kalau pakai santan kotak.. Camne nk dpt santan cair n pekat tu?

    BalasPadam
  4. Kalo santan kotak tu nk guna yg kecik ke bsar?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya guna kotak kecik. Tapi tengok lah kuahnya. Jika mahu banyak dan lemak, boleh guna lebih

      Padam
  5. Yg ni utk brapa org makan azie... Tqtq for reply... Sedap angat nih! Share ye

    BalasPadam
  6. suka makan, belum pernah cuba masak sendiri, tiap kali raya, kakak ipar yg masakkan.. x-)

    BalasPadam