Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Sambal Tumis Udang Dengan Petai


Sambal Tumis Udang Dengan Petai


Memang banyak perubahan pemakanan keluarga kami dalam bulan Ramadhan kali ini. Tidak seperti sebelumnya, semua anak anak akan berbuka dengan memakan sebiji buah kurma terlebih dahulu. Saya pula akan makan kurma diikuti sedikit air zam zam. Alhamdulillah, Allah permudahkan puasa saya dengan tiada masalah gastrik seperti sebelum bulan Ramadhan. Tahun ini anak anak tidak lagi makan nasi kecuali Aween. Yang lain, hanya makan kuih muih, sup atau meratah lauk pauk sahaja. 

Ini juga antara faktor mengapa saya kurang memasak dalam Ramadhan tahun ini selain dari memang saya sendiri mengurangkan aktiviti di dapur bila setiap kali menjelang Ramadhan. Lauk dan kuih muih dibeli di bazar Ramadhan. Ianya adalah seperti aktiviti wajib bagi anak anak. Setakat ini, saya belum mengunjungi mana mana bazar Ramadhan. Insya Allah, saya tidak mahu mengunjunginya sehingga akhir Ramadhan. Bila di bazar Ramadhan, kena banyak menjaga pancaindera supaya pahala puasa tidak berkurang. Jika berkesempatan, sebaik balik dari pejabat saya akan memasak satu atau dua jenis lauk yang simple sahaja. Seperti hari ini, saya menyediakan Sambal Tumis Udang Petai menggunakan udang yang dibawa balik dari Kota Kinabalu. Udang kuning ini lebih sedap dan lembut berbanding dengan udang harimau.



Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Selepas memasak, saya naik ke bilik dan sambil menunggu waktu berbuka, saya menelefon Bonda. Banyak kali saya menelefon sebelum ini tetapi panggilan telefon menggunakan handphone kakak tidak berjawab. Saya merasa sangat sedih mendengarkan Bonda memohon maaf kepada saya walaupun saya tahu beliau tidak pernah menpunyai apa apa kesalahan terhadap saya. Sebaliknya saya lah yang banyak berbuat kesalahan dengan dia. Terasa sangat sebak sehingga terbawa ke malam. 

Saya sentiasa menitip doa buat bonda dan arwah ayah di dalam setiap doa saya. Walaupun telah lebih 20 tahun arwah ayah meninggalkan kami, segalanya terasa seperti baru. Setiap kali mengaji, pasti teringat kerana arwah lah guru Al Quran saya. Semoga didikan dan ajarannya memberikan pahala mengalir pada roh arwah ayah di sana. Sesungguhnya anak anak lah yang dapat memberi kebahagiaan pada roh ibubapa yang telah tiada. Ameen.

Sekarang kita tengok resepi pula. Masak sambal tumis adalah masakan yang paling feveret di rumah ini. Kalau memasak, kira main campak campak jer sebab dah memang expert habis lah. Yang penting di dalam memasak adalah praktis dan praktis dan praktis, itu jua nasihat saya pada Lala, kawan baik Nana yang mahu belajar memasak sebagai persediaan menjadi isteri yang terbaik. Tahniah saya bangga dengan keazaman Lala untuk memberi yang terbaik...


Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Bahan bahan:
10 ekor udang kuning
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 sudu besar gula
Garam
Air asam jawa

Cara cara:
Panaskan minyak dan goreng udang seketika. Angkat dan ketepikan.


Sambal Tumis Udang Dengan Petai

Tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.

Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.

Akhir sekali masukkan udang yang telah digoreng dan kacau rata. Sesuaikan rasa dan tutup api. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu sebelum ditutup api. Sedia untuk dihidangkan.




Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

12 ulasan for "Sambal Tumis Udang Dengan Petai"

  1. Tq azie.saya pun nak biasakan diri makan masakan umah..

    BalasPadam
  2. Terima kasih...dah siapkn untuk isteri mengikut tunjuk ajar.... alhamdulillah....tak mengecewakan.

    BalasPadam
  3. dpt lh nanti utk msak buat berbuka..dpt juga msak special buat husband

    BalasPadam
  4. Resepi yg best skali....favorite

    BalasPadam
  5. Terima kasih puan Azie.
    Sangat sedap. .
    Favorite

    BalasPadam
  6. Cili kisar tu cili ape cik???...cili merah ke cili kering???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cili kering. Gunting dan rebus. Lepas tu blend. Kalau guna cili merah hidup lagi sedap. Tapi mahal lah

      Padam
  7. Salam. Saya nak ucap terima kasih sangat2. Resipi awak banyak membantu. U have no idea how greatly u helped my family. May allah bless u always

    BalasPadam
  8. Okayy, nak cuba sekarang untuk suami dan ayah mertuaku.. Harap menjadi laa air tgn ku.. #beljarmemasak #ibumuda #najwa

    BalasPadam
  9. Gua yg laki2 ni pun boleh handal memasak berpandukan resepi chef azie kita ni haaa....jangan tak tahu aaaa hehehe

    BalasPadam