Kari Ayam Kelantan
Entah kenapa sejak kebelakangan ini mood saya untuk update blog memang tak ada walaupun banyak resepi yang telah dicuba. Selepas download gambar gambar dan resepi, ianya terbiar begitu sahaja. Fokus dan keutamaan saya sekarang mungkin berbeza. Saya menemui perkara baru yang sentiasa dirindui untuk melakukannya. Saya menulis ini pun di dalam keadaan dipaksa paksa dan berat sekali. Aduhaaai memang mood ke laut lah.
Sebelum melihat cerita resepi, nak selit sedikit ilmu yang saya dapat dari ceramah Dato Haron Din di youtube berkenaan 12 jenis manusia dengan pelbagai rupa dan keadaan di Padang Masyhar. Di antaranya ialah orang yang memakan harta anak yatim. Jadi dipesan supaya isteri yang kematian suami terus membahagikan harta pusaka kepunyaan anak anak. Jangan sesekali si ibu makan duit anak anak kerana ianya menjadi harta anak yatim. Sangat besar dosanya.
OK sekarang kita sambung semula bab resepi iaitu resepi kari ayam yang semua orang tahu membuat nya. Pendek kata, kalau pejam mata pun boleh buat. Apa yang nak dikongsi di sini ialah cerita disebaliknya. Saya akan bersarapan dengan hubby setiap hari. Kami memang menghadapi masalah untuk mencari tempat sarapan dan menu untuk sarapan. Memang jemu sangat sangat dengan menu yang tak pernah bertukar sejak bertahun tahun. Satu pagi, kami bersarapan di medan makan di pejabat sahaja. Saya membeli sebungkus nasi berlauk dengan kari ayam. Tapi saya memang kecewa sangat kerana kuah karinya terlalu cair dan tak sedap langsung. Jadi sambil makan, saya berfikir yang saya pun dah lama tak memasak kari ayam yang sangat mudah. Sekali sekala makan nasi berlauk kari ayam yang digandingkan pula dengan telur masin, ikan goreng garam kunyit dan sambal belacan mesti meletup. Jadi dalam perjalanan balik rumah, saya singgah di kedai runcit membeli bahan yang diperlukan. Separuh dari ayam diperap untuk dibuat ayam bakar yang sedap. Resepi yang saya belajar dari Puan Suria yang berniaga makanan Kelantan di Kelana Jaya. Nak tahu resepinya, kenalah tunggu di entri akan akan datang ya.

Jom bagi adik adik dan anak anak yang baru nak belajar memasak, mari kita tengok resepi mudah ini. Siapa tak pandai masak kari, tak boleh kahwin dulu...
Kari Ayam Kelantan
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1/2 ekor ayam
1 pek santan
3 sudu besar rempah kari Kelantan
1 biji bawang besar saiz kecil - kisar
1 inci halia - kisar
3 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
Bunga lawang, kayu manis, buah pelaga
1 helai daun pandan
1/2 asam keping
Garam
Gula
1 biji ubi kentang
Cara cara:
Satukan rempah kari dengan bahan kisar. Panaskan minyak dan tumis bahan hiris serta rempah penumis sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah kari yang disatukan dengan bahan kisar tadi. Terus tumis sehingga naik minyak.
Masukkan ayam dan ubi kentang dan kacau rata. Lepas tu tuangkan sedikit santan dan masak sehingga ayam kecut. Masukkan pula santan selebihnya.
Masukkan daun pandan, garam, gula dan asam keping. Biarkan menggelegak sehingga pecah minyak dan ayam masak.
Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
As salam. Nak tanya rempah kari kelantan tu serupa tak macam rempah adabi/ babas
BalasPadamTak sama. Rasanya tak sama dengan kari sini.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamkak azie, kalu balik kb saya selalu beli rempah cap tukang masak...
BalasPadamaslmkm kak Azie,
BalasPadamrempah kari tu, rempah cap bunga ros ke ? Saya orang Johor, nak tau jugak rempah kari kelantan tu mcm mana. Rempah cap bunga ros tu mmg tiada di pasaran JB. Kalau nak, terpaksa kirim dgn rakan2 pantai timor.
Biasanya rempah dijual secara timbangan.
PadamRempah cap bunga ros sllunya blh dpt di tganu..kl di kelantan rempah byk dijual scara timbangan ataupun jenama popular turun temurun serbuk kari cap org terbang
PadamCap orang terbang tu Cina punya..
PadamSaya beli cap jam .sedap juga..ni semua rempah kelantan le
BalasPadamRempah cap jam memang sedap dari perupok bachok.
Padamooo rupa ye guna rempah kari kelantan..
BalasPadamhujung bulan ke kb,boleh la beli..hehe
mmg fav gulai ayam kelantan ni..rasa pun manis2 je.
thanks kak
salam perkenalan :)
Kakah gula cap orang terbang pn sedap..hehe
BalasPadamKari cap org terbang.. ada lg x loni..
BalasPadamAda..di krai masih ada
PadamKalau pergi ke Rantau Panjang blh beli Kari Cap Wau...sedap jgk rempah ni
BalasPadam