Churros Yang Menggoda Hati
Sebelum kita melihat resepi Churros yang disediakan oleh Juita, saya ingin kongsikan petikan kuliah 40 Hadis Penawar Hati berkenaan 2 nikmat yang selalu disia siakan oleh manusia. Nikmat adalah satu alat yang boleh menyampai diri pada Allah. Satu jambatan untuk mendekat diri pada Allah. Kelak nikmat akan berubah menjadi menjadi azab yang pedih jika tidak dipergunakan dengan sebaiknya.
Dikisahkan berkenaan seorang hamba yang diiringi Malaikat ke syurga. Hamba ini memikirkan yang ianya masuk syurga kerana amalannya yang siang hari berjihad dan malam beribadat selama hidup 300 tahun. Bila diberitahu yang rupanya dia masuk syurga dengan rahmat dan nikmat Allah bukan dengan amalannya selama 300 tahun. Ternyata amalan 300 tahun tak setanding dengan 1 nikmat yang Allah kurniakan. Contoh nikmat sebiji mata kita tak mampu menandingi amalan 300 tahun. Kita dapat melihat dengan mata yang Allah kurniakan. Jika kamu dapat melihat nikmat ini, necaya kamu tak mampu menghitung. Nikmat Allah adalah infiniti. Tak ada nombor untuk mengira dan tak terhitung. Itulah gambaran nikmat Allah kepada kita semua yang tak terhitung.
2 nikmat itu ialah pertamanya nikmat sihat. Sihat adalah syurga bagi orang kafir. Bagi orang Islam, sihat adalah alat iaitu untuk membolehkan kita beribadat kepada Allah. Sihat bukan asas. Jangan sia siakan nikmat sihat. Kita ada lah milik Allah, bila bila masa boleh diambil. Boleh jadi bila kita bangun dari tidur, kita dalam keadaan sedang mengadap Allah. Itu sebab semasa duduk antara 2 sujud, kita berdoa minta supaya diberi kesihatan. Begitu juga dalam bacaan doa Qunut.
Bermakna sangat penting untuk kita berada dalam keadaan sihat, sebagai modal untuk kita beragama. Jangan orang sakit yang bangun untuk beribadat malam hari. Di mana perginya orang muda yang sihat, kenapa tidak bangun untuk beribadat? Nikmat beribadah dalam keadaan sihat lebih banyak berbanding dengan beribadah waktu sakit. Waktu tengah gagah lah, kena tumpu sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah. Muda sebelum tua. Allah lebih mencintai orang muda yang beribadat. Namun begitu, sakit pun ada hikmahnya. Sakit penderitaan hatta tercucuk duri sekali pun, Allah akan ampunkan dosanya. Sakit adalah juga nikmat dan janji Allah. Pada pandangan makhluk jer nampak sakit.
Nikmat ke2 adalah nikmat kelapangan masa. Kita kena menyusun masa supaya ada ruang untuk beribadah kepada Allah. Itu wajib. Sebagai contoh, antara zohor ruangkan masa 1 jam. Di tempat saya bekerja, begitu ramai umat Islam yang bekerja di situ, namun sangat sedikit bilangannya yang meluangkan masa untuk menghadiri majlis ilmu yang merupakan taman syurga.
Hmm saya bersyukur kerana diberikan hidayah dan kesedaran ini. Nikmat masa semasa umur kita muda. Bagaimana kita menghabiskan masa. Zaman sekarang kelapangan masa banyak tapi kita sia siakan. Kita hendak bergerak dari satu tempat ke satu tempat tidak lagi perlu berjalan kaki, untuk menghantar mesej pun cepat, hanya melalui sms.
Hari Sabtu dan Ahad sepatutnya diperuntukkan untuk berada di masjid. Masa akan tetap berjalan dan ia tak akan berpihak kepada sesiapa. Bila sampai masa ajal untuk mati, kita akan mati tanpa mengira samada kita bersedia atau tidak. Umat Nabi Muhamad SAW hanya berumur antara 60-70 tahun sahaja yang dikira sebagai umur subsidi. Jadi jangan sia siakan masa dan jangan tunggu hingga datangnya kesibukan iaitu sibuk dengan sakit. Semoga kita mendapat sedikit pengajaran dari olahan saya dari kuliah Zohor yang saya hadiri untuk kita perbaiki kelemahan diri. Kesibukan dengan urusan dunia tidak akan habis sampai bila bila, jadi fikir fikirkan lah....
Berbalik kepada Churros yang sangat mengancam baunya ini, sehingga saya dengan selambanya makan walaupun saya tak boleh makan makanan yang mengandungi tepung gandum. Sangat sedap terutama rasa dan bau serbuk kayu manis yang bersalut. Nak tahu bagaimana sedap nya, kenalah cuba menyediakannya sendiri di rumah. Sesuai sebagai hidangan petang dihidangkan bersama teh O. Hmmm walllaaa....
Jom tengok resepinya yang telah saya terjemahkan dari resepi asal oleh Laura Vitale. Gambar ambil malam hari, ada kurang cantik lah sikit ya....
Churros
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 cawan air
1 cawan All Purpose Flour
2 sb unsalted butter
1 sb minyak sayuran
4 biji telur
1 sb gula kaster
1/2 sk garam
1 sk vanilla extract
Minyak untuk menggoreng
1/2 cawan gula kaster - tabur
1 sk serbuk kayu manis

Cara cara:
Panaskan minyak di dalam bekas.
Satukan air, mentega, minyak sayuran, 1 sb gula, vanilla, garam di dalam bekas dan masak sehingga mendidih.
Perlahankan api dan masukkan tepung gandum sambil terus dikacau sehingga adunan kental seperti bebola. Terus masak lagi selama 1 minit sambil terus dikacau.
Masukkan doh ke dalam mangkuk dan pecahkan telur satu demi sambil terus dikacau sebati.
Sudukan doh ke dalam piping bag yang dimasukkan star tip yang besar.
Paipkan doh sepanjang 5 inci terus ke dalam minyak panas. Jangan terlalu banyak dikuatiri suhu minyak akan berkurangan. Balik balikkan sehingga berwarna perang keemasan.

Toskan menggunakan tissue paper dan celup/golekkan ke dalam gula bercampur dengan serbuk kayu manis.
Recipe By : Laura Vitale
Looks good Kak Azie! I nak cuba resepi nih...tapi takder piping bag. Maklumlah, I am not an elaborated baker so I don't really have much baking tools at home. Nampaknyer dah kena beli piping bag lah nih! :)
BalasPadamThanks again Kak Azie for your kind heart and for linking to my humble blog. I am so touched. May Allah bless and reward you. Ameen...
BalasPadam