Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Selamat Jalan






Sedih sebenarnya. Sangat sedih dan tiada kata kata untuk menggambarkan kesedihan apabila saya melihat pemandangan laman belakang rumah semasa keluar untuk menjemur kain hari ini. Hati menjadi sangat sayu. Ia telah tiada lagi, telah pergi meninggalkan saya. Saya lah anak kampung yang dibesarkan dalam suasana kampung di mana ayam dan itik berkeliaran di sekeliling rumah. Ada sahaja makanan lebih atau hampas kelapa yang dibuang ke tanah melalui jendela, berlarian ayam ayam datang untuk memakannya. Bila terasa untuk memakan nasi berlaukkan ayam, saya akan membantu arwah ayah untuk mengejar dan menangkap ayam yang biasanya akan dikurung di dalam sangkar sehingga tiba waktu ianya disembelih.

Awal awal pagi telah kedengaran kokokan ayam yang mengejutkan kedua dua ibu bapa saya untuk bangun mengaji dan bertahajjud. Begitulah dekatnya diri dan kehidupan saya dengan ayam kampung. Ada masa ayam akan naik ke bawah tangga untuk bertelur. Saya boleh meniarap menonggeng lagi menunggu sehingga ayam mengeluarkan telur. Telur yang masih panas panas akan digenggam genggam bagi merasai kehangatannya. Petua zaman dulu supaya telur yang masih hangat digosok gosokkan ke muka. Untuk apa? Hmm saya pun dah lupa. 

Apa kaitannya dengan semua ini bagi saya sehingga cerita ayam dan kesedihan pulak yang diutarakan. Sebenarnya saya ada membela sepasang ayam hutan sejak dari rumah USJ lagi dan dibawa sama berpindah ke sini. Setiap pagi, ia akan berkokok dan kedengaran sangat jelas dari bilik tidur saya. Hanya saya sahaja yang mengetahui betapa semua ini sangat bermakna dalam hidup saya kerana ianya mampu menyingkatkan kenangan semasa kecil saya. Malahan hati akan menjerit keriangan setiap kali ternampak kelibat ayam hutan di bawah rumpunan pokok pokok dan lereng bukit sewaktu dalam perjalanan untuk bersarapan di restoran Tugu View.





Suatu hari, sewaktu saya keluar meninjau ke bahagian laman belakang rumah, saya menjadi sangat terkejut apabila melihat hanya seekor sahaja ayam yang masih tinggal. Terkilan kerana saya tidak dimaklumkan mengenainya. Tambah terkilan apabila saya hampir tidak sempat mengambil gambar terakhir ayam hutan jantan yang diberi pada orang lain kerana hubby tidak mahu melihat ianya bersendirian tanpa pasangan. Ketika keluar untuk mengambil daun limau purut, kelihatan 2 orang lelaki sudah bersedia untuk membawa ia pergi tanpa saya diberitahu. Cepat cepat saya mengambil beberapa keping gambar dengan hati yang pasrah.

Demi untuk kebaikan, saya merelakan dan tidak sanggup melihat ianya pergi meninggalkan rumah kami. Selamat jalan dan semoga sentiasa di dalam lindungan. Maafkan lah apa apa kelemahan saya selama ini kerana Allah jua yang Maha Mengetahui betapa saya sangat menyayangi dan akan sentiasa merindui..... Air mata ini akan menjadi saksi...






Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

7 ulasan for "Selamat Jalan"

  1. Assalamualaikum kak, saya membaca blog akak hampir setiap hari...sangat menenangkan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm,
      Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog saya. Saya sgt menghargainya

      Padam
  2. Kak Azie,

    tak pa lah, itu yang terbaik. bila baca kisah ayam hutan teringat dulu masa di ipoh, kami ada memelihara sepasang ayam hutan yang dinamakan shah rukh khan & kajol oleh adik bongsu. bayangkan bila adik bongsu balik sekolah, ayam-2 nih akan berlari dari laman belakang rumah terus ke laman depan menyambut adik bongsu pulang.... saya menyaksikan kejadian nih setiap hari selama berpantang di rumah parents. Apabila parents berpindah, ayam-ayam ini dihadiahkan kepada saudara kerana lebih sesuai di tempat lama. sedih kan...

    jadi, i boleh faham rasa hati kak zie.

    take care kak

    BalasPadam
  3. saya pun sama seperti kak azie, duduk di sini dengan di kampung memang berbeza. tak keterlaluan jika saya katakan, nampak saja signboard gua musang, terus perasaan rasa lain. bila nampak signboard pasir puteh terus perasaan berbunga...jiwa anak kampung...begitulah kita..

    BalasPadam
  4. Kak,jgn sedih2...jaga kesihatan baik2 ye...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum Azie... Jgn la sedih2. Memang byk kenangan yg sukar di lupakan. Asam garam kehidupan:-)

    BalasPadam
  6. As salam kak azie... Mama sy kata ambil telur ayam kg yang baru bertelur tu dia gosok ke muka untuk licinkan kulit muka... Huhuhu mama sy juga org kg. Byk bela ayam. Siap dia warnakan ayam tu dengan pewarna tikar mengkuang arwah nenek saya....

    BalasPadam