Chalet Di Sudara Beach Resort And Spa
Ini adalah kali pertama saya menginap di chalet yang memang banyak di sepanjang jalan di tepi pantai dari Pantai Perkasa sehingga Tok Bali. Walapun kerap kali mendengar mengenainya tapi saya belum pernah sekali menjejak kaki ke chalet chalet ini. Saya mengajak hubby singgah bila terlihat signage yang tertulis Resort dan Spa kerana saya memang dah lama ingin membuat lulur dan urut. Tapi sebaik masuk ke resort ini, hati mula tertarik dan kami minta untuk melihat keadaan bilik chalet. Sebaik masuk ke bilik, anak anak terus meminta supaya kami menginap di sini sahaja supaya boleh berehat dengan lebih selesa kerana adanya air cond.
Oleh kerana resort ini ada menawarkan harga istimewa setiap hari Ahad sehingga Rabu, saya bersetuju dengan cadangan mereka. Kami mengambil 2 unit chalet yang dihubungkan dengan connecting door. Kalau dikirakan dari segi jarak kedudukannya adalah berdekatan sahaja dengan rumah kakak. Rasanya lebih kurang 2-3 kilometer sahaja.
Dengan kemudahan swimming pool yang ada, membolehkan Aween yang dah lama tak swim untuk melepaskan hajatnya untuk berenang. Masalahnya kami semua tak membawa seluar atau baju mandi. Jadi sebelah malamnya selepas makan malam di Restoran Ayam Percik Yatie, kami membeli seluar untuk Aween di Pantai Timur Supermarket. Maaflah tidak berniat untuk memburukkan negeri sendiri tetapi keadaan di sekitar bandar sangat kotor dan berbau busuk yang meloyakan. Sikap masyarakat di sini yang membuang sampah di merata rata tempat juga, tambah mencemarkan alam sekitar. Bukan sahaja di luar tetapi keadaan dalam supermarket juga sangat kotor dengan lantai yang kotor dan bersampah. Alahaai negeri ku, negeri Serambi Mekah.
Berbalik kepada chalet, yang lagi saya suka ialah apabila saya boleh menikmati pemandangan laut yang terbentang dari dalam bilik. Semasa kecil dulu, saya suka duduk ditepian laut dan menghayati kehebatan alam ciptaan Allah. Antara yang saya fikirkan ketika itu ialah samada bumi bulat atau terhampar. Melihat bot bot di tengah lautan yang berombak dan membadai juga amat mengasyikkan.
Dalam perjalanan balik dari Pekan Jelawat sehari sebelum rayaa, saya mengajak hubby singgah di Pantai Melawi tempat saya melepak semasa kecil. Saya berbasikal di sebelah petang, singgah di rumah sahabat saya Zamilah dan menunggu nelayan balik dengan membawa ikan yang ditangkap. Oleh kerana ianya sehari sebelum raya, hanya satu bot sahaja yang ke laut dan tangkapan yang dibawa naik juga sedikit sahaja. Semua pun sudah diborong orang. Hmm memang sudah berpuluh tahun saya tidak mengunjungi tempat ini.
Sempat bersembang dengan seorang Pak Cik yang sedang membuat pukat. Dari sini juga, saya dapat melihat Pantai Baharu yang dipisahkan dengan Pantai Melawi oleh anak sungai. Kebiasaannya saya berjalan kaki dari Pantai Melawi ke Pantai Baharu sambil menyusuri tepian pantai....
ikan dan jala...best
BalasPadamBacktracking memories....wishing I could do the same. Insyaallah... Take care.
BalasPadamKak Azie, berapa semalam chalet nie? Tq
BalasPadamHarga biasa RM160++ tapi Ahad hingga Rabu dapat RM100++ untuk 1 unit chalet. Bilik biasa sahaja tapi cukuplah sebab saya suka boleh tengok laut dari dalam bilik
Padamtempat yang menarik..boleh release tension
BalasPadam