Mengapa Dirindu
Hari ini saya ingin kongsikan satu kisah yang benar benar membuatkan hati saya tersentuh dari dulu sehingga kini. Mungkin kerana tidak tertanggung lagi memendam kesedihan cerita ini, jadi saya cuba menulis kembali walaupun ianya tidak seindah bahasa dari artikel yang asal. Artikel kisah benar yang saya baca berpuluh tahun dahulu di dalam sebuah majalah yang saya sendiri sudah lupa. Mungkin majalah Wanita atau Jelita. Ianya adalah kisah benar yang diceritakan sendiri oleh adik wanita yang dikisahkan kepada penulis majalah berkenaan. Kisah ini benar benar menyentuh hati saya hingga ke saat ini. Walaupun majalah yang disimpan bertahun tahun itu, tidak lagi ditemui. Namun ianya seolah baru semalam saya membacanya.
Kisahnya berkenaan seorang wanita cantik yang mempunyai segala galanya. Mempunyai kelulusan tinggi dari universiti luar negara serta berpangkat dan berkedudukan. Berbanding dengan suaminya yang hanyalah pegawai biasa. Segala urusan rumahtangga wanita ini diuruskan oleh pembantu rumah sedang dia menfokus seluruh masa kepada kerjayanya. Suaminya diabaikan walaupun segala keperluan rumah disediakan. Memikirkan segalanya cukup, wanita itu tidak merasakan apa yang kurang dalam rumahtangga beliau selama ini.
Suatu hari, wanita tersebut seperti dipanah halillintar apabila suaminya memberitahu keinginan beliau untuk berkahwin lagi. Selepas memberitahu, suaminya meletakkan borang keizinan di atas meja. Wanita tersebut yang tersentak kerana memikirkan selama ini suaminya cukup sabar dan amat menyayanginya, terus meminta masa untuk berfikir selama beberapa hari. Selepas beberapa hari, beliau membuat keputusan untuk menandatangani borang kebenaran berpoligami dan memberikan kepada suaminya. Suaminya menerima dengan tidak menunjukkan sebarang reaksi apa apa.
Suatu hari, wanita tersebut seperti dipanah halillintar apabila suaminya memberitahu keinginan beliau untuk berkahwin lagi. Selepas memberitahu, suaminya meletakkan borang keizinan di atas meja. Wanita tersebut yang tersentak kerana memikirkan selama ini suaminya cukup sabar dan amat menyayanginya, terus meminta masa untuk berfikir selama beberapa hari. Selepas beberapa hari, beliau membuat keputusan untuk menandatangani borang kebenaran berpoligami dan memberikan kepada suaminya. Suaminya menerima dengan tidak menunjukkan sebarang reaksi apa apa.
Sejak dari itu, kehidupan wanita itu menjadi berubah sekelip mata. Beliau menjadi seorang yang sangat pendiam dan mendambakan kasih sayang suami yang selama ini tidak dipedulikan. Beliau menjadi seorang yang sakit, sakit kerinduan pada suami sendiri. Sehingga setiap hari beliau mencium baju baju suaminya yang tergantung di dalam wardrobe dek kerinduan yang teramat sangat. Beliau menjadi rindu yang teramat rindu pada suami sendiri yang berada di depan mata. Tapi beliau tidak mahu menunjukkan perubahan sikap itu pada suaminya.
Sehingga artikel ditulis pada ketika itu, wanita berkenaan tidak tahu sekiranya suaminya telah berkahwin selepas borang ditandatangani. Dari pemerhatiannya, suaminya tidak pernah mengambil cuti beberapa hari, atau bertugas di luar kawasan sambil berbulan madu dan yang lebih menimbulkan tanda tanya ialah apabila setiap malam suaminya akan balik ke rumah seperti biasa. Sedang wanita berkenaan dilanda kerinduan yang tidak terhingga pada suami sendiri yang berada di depan mata.
Mungkin cara saya menyampaikan kisah ini tidak begitu menarik, namun ianya benar benar membuatkan airmata saya jatuh berderai setiap kali membacanya. Mungkin memikirkan ada sedikit persamaan dengan diri saya. Hmmm agaknya lah...
Salam Ziarah Puan Azie,
BalasPadamSaya pun ada baca kisah ni, mungkin dari majalah Jelita sebab dulu2 tiap-tiap bulan saya langgan majalah ini. Tak tau bakpo kisah ni ada dalam ingatan saya jugak especially bab dia cium baju suami dia.
Have a nice day :)
Aduh sayang Nani. Gembira sgt kerana Nani pun terkesan dg cerita itu. Rasanya late 80s atau awal 90an. Setiap kali mengulang baca, saya pasti mengesap air mata. Saya ada menyimpannya tapi apabila berpindah ke sini, mungkin dah terbuang. Saya benar benar merasai kalau wanita itu adalah diri saya
PadamAzie, that is a very interesting story. Maybe the hubby was just trying to shock her into realising that he is very much neglected. That letter of consent was probably just a red herring seeing that he comes home every day like usual. Too bad this lady has too much pride to change her attitude towards her husband. Don't just rindu-rindu. Must do something, right? Eh, sibuk pulak I ni :)
BalasPadamPH, your theory could be valid. The best part is that, I do not know the ending of this episode. Still wondering til now.
PadamAs salam azie,
BalasPadamOrang selalu kata kebaikan seseorang tidak nampak hanya setelah dia hilang atau tiada lagi kelihatan, namun lebih lagi terkesan jika rasa cinta itu telah pergi.
Betul tu, Su. Kehilangan orang yang disayangi adalah amat pahit dan menyakitkan terutama jika kita tidak menggunakan peluang yg diberi sebaiknya. Kita akan terkilan dan hidup dalam masa silam
Padamsangat sedih the way u narrated it.
BalasPadamtapi nak tahu ending!! :(
kak Azie, penulis kisah itu tak cerita apa kesudahannya. saya agak suami
BalasPadamperempuan tu entah-entah kahwin dgn pembantu rumah dia sendiri.....
Kesedihan yang tak dapat di rungkai dgn kata-kata .....
'kalau rindu pesan saja di awan petang.. dendam tetap mengoda, merayu dalam jiwa, kasih tak
ke mana kita bersua jua..... (hari tu kak azie layan lagu -siapa pernah jatuh cinta - ) kali ni layan la pulak lagu rafeah buang
Cerita selanjutnya fikir fikirlah sendiri. Yang penting ia jadi pengajaran buat kita semua. Bagi yg masih muda muda ini hargailah apa yg dah ade di depan mata. Perjalanan hidup mu masih panjang. Semoga kita bahagia ke akhirnya. Mk Chik jumpa resepi mee goring azie.... Dah try nak bg breakfast utk cucu.. Sedap..........
BalasPadam