Red Velvet Cake: Selamat Hari Jadi, Nani
Saya menyediakan Kek Red Velvet untuk sesi makan makan hari ini di pejabat sempena meraikan hari jadi sahabat saya, Nani. Oleh kerana saya mendapat tahu hanya di saat terakhir, jadi kami hanya sempat membuat hiasan yang simple sahaja. Siap decorate dah tengah malam, jadi gambar pun tak berapa cantik. Apa apa pun, Selamat Hari Jadi, Nani. Semoga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa berbahagia di samping keluarga tersayang.
Untuk kek Red Velvet kali ini, saya mengambil kesempatan mencuba resepi baru iaitu Southern Red Velvet yang sama dengan resepi Kek Red Velvet oleh Joy of Baking. Semua sukatannya sama kecuali penggunaan serbuk koko dan minyak sayuran. Resepi Joy of Baking menggunakan 1/2 cawan butter. Saya memang ingin mencuba resepi yang menggunakan minyak sayuran yang biasanya lebih moist.
Berdasarkan hampir 500 feedback, ramai yang menulis resepi ini menghasilkan perfect Red Velvet Cake, the best ever Red Velvet Cake, the best Red Velvet tasted dsb. Namun ada juga yang memberi feedback bahawa serbuk koko yang diguna terlalu sedikit, manakala minyak pula terlalu banyak sehingga menjadikan kek too oily. Namun secara keseluruhan ramai yang memuji keenakan kek dari resepi ini yang sangat moist dan sedap serta sangat popular.
Berdasarkan hampir 500 feedback, ramai yang menulis resepi ini menghasilkan perfect Red Velvet Cake, the best ever Red Velvet Cake, the best Red Velvet tasted dsb. Namun ada juga yang memberi feedback bahawa serbuk koko yang diguna terlalu sedikit, manakala minyak pula terlalu banyak sehingga menjadikan kek too oily. Namun secara keseluruhan ramai yang memuji keenakan kek dari resepi ini yang sangat moist dan sedap serta sangat popular.
Berdasarkan feedback tersebut, saya telah mengubahsuai sukatan bahan dari resepi asal. Kalau tak dicuba sendiri, pasti kita tak tahu samada ianya sesuai dengan selera kita atau tidak, kan? Setelah mencubanya, saya berpendapat kek ini sangat sedap, sesuai sahaja kemanisan dan kelembapannya. Kita dengar pula, apa maklumbalas dari rakan rakan sepejabat saya.
Haaa nak tahu apa feedbacknya? Mereka rata rata memuji dan memberi feedback bahawa kek ini sangat sedap. Bila di makan secara beramai ramai, lagi bertambah sedap dan sekejap sahaja telah habis. Cuma frosting ada yang tidak suka manis walaupun pada saya, ianya sesuai kemanisannya dan saya sangat menyukai rasa frosting ini, yang sedikit tangy. Saya pun ada bawa juga separuh dari Cotton Soft Japanese Cheesecake dan semua memuji dan menyukai kek itu. Rasa seolah mencair dalam mulut dengan tak perlu dikunyah pulak.
Sebelum kita tengok resepi, saya ingin berkongsi sedikit ilmu yang saya pelajari semasa kuliah tengahari tadi di mana disebutkan yang kita boleh membuat penilaian sendiri kalau kita sebenarnya hamba dunia atau hamba akhirat.
Antaranya ialah samada kita sukakan sesuatu yang mudah atau sukakan sesuatu yang payah dan sempit. Selain itu, samada kita seorang yang suka membocor atau suka menyimpan rahsia kebaikan. Jom sama sama kita nilai diri sendiri dan berazam untuk membuat perubahan diri. Seperti dijanji, jom layan resepinya dulu...
Red Velvet Cake
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ½ cawan all-purpose flour
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cocoa powder - (resepi asal 1 sudu kecil)
1 ⅓ cawan vegetable oil - (resepi asal 1 ½ cawan)
1 cawan buttermilk - suhu bilik (atau 1 sudu besar jus lemon + 1 cawan susu)
2 sudu besar red food colouring
1 sudu kecil vanilla extract
2 biji telur gred A - suhu bilik
1 ¼ cawan gula kaster - (resepi asal 1 ½ cawan)
1 sudu kecil white distilled vinegar
1 sudu kecil baking soda
Cara-cara:
Pukul minyak dan gula sehingga sebati dan masukkan telur, pukul lagi sehingga kembang dan ringan selama 2-3 minit.
Satukan dan ayak tepung gandum, serbuk koko dan garam.
Dalam mangkuk lain, satukan buttermilk, pewarna merah dan esen vanila.
Menggunakan kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang-seli dengan larutan buttermilk dimulai dan diakhiri dengan tepung (masukkan 1/2 tepung dulu, kemudian semua buttermilk dan seterusnya semua tepung yang masih berbaki).
Dalam satu mangkuk kecil, campurkan cuka dengan baking soda. Campuran akan berbuih atau berbusa. Dengan segera tuang ke dalam adunan dan terus kaup balik.
Masukkan adunan ke dalam loyang bulat saiz 9 inci dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 1 jam atau sehingga kek masak. Sekiranya ingin membakar menggunakan 2 loyang yang sama besar, bahagi adunan kepada 2 bahagian yang sama banyak dan bakar pada suhu 170C selama 20-30 minit. Kami hanya membakar selama 25 minit untuk 2 loyang.
Setelah masak, biarkan kek sejuk di dalam loyang selama 10 minit. Kemudian keluarkan kek dan sejukkan sepenuhnya di atas redai.
Akhir sekali, balut kek dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 1 jam atau sehingga semalaman untuk memudahkan proses menghias kek. (Kalau tak ikut langkah ni pun tak apa. Boleh saja terus menghias kek. Cuma langkah ni memang membantu).
Nota:
Cupcake dibakar selama 15 minit pada suhu 170'C.
Best Ever Cream Cheese FrostingSangat sedap dan saya sangat menyukai rasanya sehinggakan saya menjilat lebihan frosting di sudu sebelum membasuhnya. Resepinya saya ambil di SINI.
Bahan bahan:
8 oz cream cheese - sejuk
5 sudu besar butter - lembut (70.8 gm/2.5 oz)
2 sudu kecil vanilla extract
2 cawan gula ising - ayak
Putar cream cheese dengan butter dan vanilla extract sehingga sebati.
Sedikit demi sedikit, masukkan gula ising sehingga mencapai konsistensi dan kemanisan yang disukai.
Simpan di dalam peti sejuk sehingga agak stiff sebelum menggunakannya. Boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 3 hari.
mmm...mesti sedap..bertuahnya Kak Nani dapat kawan macam Kak Azie ni... ^_^
BalasPadamKniedaz, sekali sekala menjamu kawan kawan. Seronok bila dimakan beramai ramai sambil meraikan harijadi Nani
PadamWAH MAKIN BAGUS KAK ZIE...BAGUSLAH BISNES KEK MAKIN HOT..
BalasPadamNIKEE HANYA MENGAMBIL TEMPAHAN SESEKALI SAHAJA KAK KETIKA HARI RAYA UTK BISKUT DAN KEK...MAKIN HEBAT.KAK BELI BRG KEK DI BAGUS KOTA DSARA KER? KEK NI PUN NMPK ENAKKAN!
Kami beli barang kat Bagus dan juga di Giant. Alhamdulillah rezeki anak anak. I suka kek Red Velvet dari dulu lagi. Dulu bangun pagi, terus buka peti, sarapan dengan kek RV.
PadamSalam kak, saya copy resepi dulu ya...dah lama dalam senarai nak buat:)
BalasPadamSilakan, Ita
Padamresepi ni mmg sedapkan...cake man raven red velvet cake ..super yummy
BalasPadamAlhamdulillah sedap dn ramai memuji
Padamsalam kak... :-)
BalasPadamnak tnya ni,kalo kte tempah nnt kan..tempahan d hntar atau p ambk sndiri..?
Wslm, biasanya diambil atau janji di mana mana atau dihantar dg kos penghantaran. Semuanya tengok di mana tempatnya. Sis tinggal di mana? Boleh email azieshoppe@hotmail.com atau PM di Azie Kitchen facebook
PadamSalam k.azie 8 oz lau dlm gram bpe??
BalasPadamCuba google conversion and convert lah
PadamSalam kak zie,kalo xde vinegar bole tukar gne vanilla essence?
BalasPadamWslm. Tak blh sebab fungsi berbeza. Kalau tak ada apple cider vinegar, blh guna cuka biasa atau guna air perahan lemon.
Padamsalam..anak sy cukup suke cream cheese frosting..klo bg kek xmkn tp frosting mmg licin..tq kak azie share resepi..
BalasPadamTq sis...sangat2 sedap kek ni...saya dah cuba resepi akak... tq 4 sharing...
BalasPadamAsslmkm, mohon izin copy resepi, tmakasih ats petkongsisn.
BalasPadamAssalamualaikum puan..resepi ni mmg xde baking powder ek?
BalasPadamWslm. Kenapa mesti nak ada baking powder. Tak semestinya. Resepi ni guna baking soda.
PadamSangat sedap. Saya menggunakan resepi ini untuk berniaga .Ramai puji sedap.
BalasPadam