Rainbow Cupcake
Saya tertarik untuk mencuba resepi mudah ini kerana masih teringat ingat akan keenakan Rainbow Cake In A Jar yang disediakan sebagai door gift semasa majlis di Villa Nur Qaseh sebelum ini. Kami sebenarnya dah tersalah pengiraan menyebabkan kek yang disediakan tidak mencukupi. Itupun saya terpaksa membawa masuk beberapa botol dan menyoroknya.
Tetapi selepas jiran jiran datang, rasa tak sampai hati pula, kalau mereka balik dengan tangan kosong. Jadi selepas memberikannya, tinggal hanya 1 botol sahaja yang saya perlu simpan untuk diri sendiri. Bukannya apa, saya perlu membuat testing akan rasanya supaya kita boleh membuat penilaian kalau ianya sedap dan boleh dibuat lagi menggunakan resepi yang sama. Jawabnya, memang sedap dan moist sehingga saya masih teringin nak membuatnya lagi.

Kali ini saya mencuba resepi baru kerana tertarik dengan cara penyediaan yang sangat mudah di mana semua bahan dimasukkan sekali gus. Rainbow cupcake cantik dimasukkan dalam cawan kertas berwarna putih bagi menampakkan kecantikan warnanya. Menikmati kek yang cantik juga adalah satu excitement yang boleh menghiburkan hati. Ya lah zaman sekarang ni, ramai sangat yang sakit hati dan cuba mencari jalan untuk menyakitkan hati orang lain. Sekarang saya perlukan senjata untuk mempertahankan diri. Hasbunallaahu wanikmal wakeel, cukuplah Allah sebagai wakil diriku. Apa pun yang dibuat, jika saya tak terasa sakit hati dan boleh tidur, kira saya berjaya.
Berbalik kepada kek ini, apa yang dipesan ialah bagi penyediaan kek dan buttercream, perkara utama yang mesti diperhatikan ialah butter mesti dalam keadaan lembut. Anak anak saya memberi komen yang kek ini sangat sedap. Sebenarnya kek menjadi lebih sedap selepas sehari disediakan.
Mengikut blog yang saya ambil, kek ini boleh disediakan beberapa hari sebelum majlis di mana kek mahu dihidangkan. Walaupun ditulis resepi menghasilkan 12 cupcake tapi saya hanya dapat 9 biji sahaja. Kalau ada yang berminat untuk membuat tempahan Rainbow Cupcake, bolehlah hubungi kami kerana kami telah bersedia untuk memasukkannya di dalam senarai kuih muih untuk tempahan selain Rainbow Cake In A Jar... yeah

Bahan bahan:
110 gm butter - mesti lembut, bukan cair
110 gm self-raising flour
110 gm gula kaster
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
2 biji telur
1 sudu kecil vanilla extract
Pewarna yang disukai - guna gel
Cara cara:
Panaskan oven pada 160C dan sediakan loyang muffin dan cawan kertas.
Ayak bersama tepung, baking powder, garam dan gula kaster ke dalam mixing bowl. Masukkan telur, butter dan vanilla.
Pukul sehingga ringan dan gebu. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan warnakan ikut warna yang disukai.
Isikan 2/3 penuh cawan dan bakar selama 12-15 minit atau sehingga masak. Kami bakar selama 25 minit.
Buttercream Icing
Untuk: 24 cupcakes
200gm butter - mesti lembut
450gm gula icing – ayak
2 sb jus lemon – atau secukup rasa
100′s and 1000′s
Cara cara:
Masukkan kesemua bahan kecuali sprinkles ke dalam mixing bowl dan putar sehingga ringan dan gebu.
Masukkan ke dalam piping bag dan paip atas cupcake yang telah disejukkan. Akhir sekali, hias dengan sprinkles.
Nota:
Jika tidak terus digunakan, tutup dengan tuala lembab untuk mengelakkan ianya mengering.
Jika selepas diputar, ianya tidak licin sebati, masukkan 1 atau 2 sudu besar air mendidih.
nyam2x..
BalasPadam100's and 1000's tu ape Kak? Hehehehe
BalasPadamMcm colourful sprinkles tu
PadamSalam kak azie bestnyer ...Saya dah try moist choc cake akak
BalasPadamsedaaaap ya ampun.Tq for the recipe.ni mintak salin resepi ni yer kak.
sayanggg akak.
Sayang you juga. Hahaha. Saya tak berapa gemar kek bertekstur kasar tapi anak saya semuanya kata sedap kek ini. Selera berbeza kan?
Padamsalam akak..
BalasPadamnak tnya,vanilla extract kalo ganti dgn vanilla essence (star brand) boleh x? tqvm kak :)
Boleh jer tapi tak lah sesedap vanilla extract.
PadamKak boleh tanye akak tak letak susu? Klau letak susu bole?
BalasPadamUntuk resepi ini, mmg tak diletak susu. Saya ambik dr http://www.aliceinbakingland.com/colourful-cupcakes-rainbows-and-sprinkles-arent-just-for-kids/
PadamSalam akak,
BalasPadamsaya nak tnya, knapa resipi ni guna baking powder? kan dh guna self raising....atau mmg resipi mcm tu....sorry, saya cuma btnya je...mohon share resipi ni yer utk d cuba :)
(Lina)
Salam akak, nak tnya, knpa resipi ni letak baking powder sdgkan dh guna self raising?
BalasPadamsaya mohon share resipi ye utk d cuba :)
Wslm Lina,
PadamMemang resepinya begitu. Tapi saya kurang suka kek ini wp my doter kata sedap. Saya suka resepinyg diguna utk rainbow cake in a jar
Sis, mmg bahan2 kek nya diputar sekali gus ye? Biasanya putar gula dan mentega dulu. Nak cuba buat ni....
BalasPadamsalam akak 1/2 sk tu apa ?
BalasPadamSudu kecil
PadamAssalammualaikum sis..
BalasPadam1.brapa sukatan gram resepi ni dlm cawan.cuz gram sy mcm x betol je hihi
2.kalau nk guna tepung gandum ble x
3.saya ingat2 lupa cara nak wat self raising flour sendiri.1 cawan tepung gandum+1 susu makan tepung jagung.betulkah begitu
Atas reapon akak,saya akhiri ribuan tetima kasih
Baiknya kak azie... Kongsi resepi walaupun akak meniaga...
BalasPadamSelama mana org guna resepi ni untuk mencari rezeki dan makan, selama itulah akak dpt pahala...
Lgpn xguna kita kedekut resepi kn? Rezeki tu milik Allah... :)
_liyana

Liyana, kami tak berniaga. Kalau sekali sekala ambik tempahan sekadar melepas keinginan utk membaking. Sebab anak anak tak suka kek dan kuih muih.
Padampernah cuba dan sedap betul tkasih kak azie
BalasPadamIm a fan of your recipe kak..thank you so much for sharing it to us..my family just love to eat my cakes nowadays.terima kasih kak.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSaya dah cuba resepi ni and my friend and teacher Sukan sangat
BalasPadam