Puding Karamel Khas Untuk Lina
Saya juga menyediakan Puding Karamel atas permintaan adik ipar untuk majlis Bonda Mertua malam Ahad lalu. Beliau meminta supaya saya membuat Puding Karamel kerana teringin makan karamel hasil air tangan saya.
Membuat puding ini sangat simple tetapi disebabkan ketiadaan pengukus yang besar, menyebabkan mengukusnya memakan masa berjam jam lamanya jika dibuat dalam jumlah yang banyak. Tapi Alhamdulillah kerana dapat juga disiapkan dan sempat disejukkan seketika di dalam peti ais sebelum dibawa ke Rawang. Puding Karamel memang sedap dimakan dalam keadaan sejuk.
Sebenarnya sejak beberapa hari lepas, banyak perkara yang saya fikirkan. Saya lihat, dengar dan mahu ianya dijadikan pengajaran terutama untuk saya dan anak anak tentang erti cinta sejati. Bagaimana melahirkan cinta dan kasih sayang abadi yang dipesan berkali kali dalam Al Quran dan Hadis.
Namun saya tidak bersedia untuk menulisnya di sini kerana dirasakan ianya baik disimpan sahaja di dalam hati dari berkata kata. Cuma harap anak anak mengingati apa yang dipesan kerana mama menyayangi kalian semua dengan sama rata.

Salam kak...tolong kongsikan bagaimana untuk melahirkan rasa cinta dan kasih sayang abadi agar blh d manfaatkan bersama seperti dlm hadis n al quran...nurul
BalasPadamWslm,
PadamTanamkan rasa kasih sayang sesama insan termasuk makhluk Allah. Ada satu contoh yg diceritakan dalam hadis berkenaan seorang kanak kanak memberi makan kepada seekor anjing yg sedang dalam kelaparan. Selepas dilihat, masih lapar, diberi lagi hingga kesemua 3 keping roti yg ada padanya habis. Sahabat nabi yg saya lupa namanya bertanya kenapa memberi kesemua sehingga tiada lagi roti utk dia sendiri makan, sedang gajinya sehari bersamaan dg 3 kpg roti sahaja. Kata budak itu lagi, pada pandangannya anjing itu anjing musafir, pasti tidak tahu mencari makanan di situ. Itu adalah antara kisah perasaan kasih dan sayang.
Sebagaimana kita mahu, orang lain juga mahu. Itulah yg saya pegang sewaktu di Mekah. Saya berdoa semoga Allah memberi peluang setiap orang mencium hajar aswad kerana kesian melihat mereka berebut rebut krana ingin mencium batu dari syurga.