Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cairo: Lawatan Ke Piramid Yang Tidak Dapat Dilupakan




Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam walau di mana berada. Hari ini saya masih bercuti raya di kampung. Seperti biasa, keluarga saya telah berkorban seekor lembu di rumah kakak. 

Jadi sementara tiada entri baru, saya ingin menyambung catatan perjalanan kami ke Cairo baru baru ini. Nak rujuk, entri sebelum ini, boleh klik di SINI. Perjalanan dari Cairo menuju ke Giza, tempat di mana terletaknya Pyramid berjalan agak lancar tetapi mulai sesak apabila memasuki kawasan Giza. Memang penat betul bila berada dalam kesesakan lalu lintas ni. Memang padanlah kerana penduduk di Cairo dan Giza sahaja hampir 45 juta. Bayangkan betapa padat dan ramainya penduduk mereka.




Kunjungan kami ke Pyramid kali ini sangat berbeza dengan kedatangan sebelumnya. Pertama kali ini kami membawa seorang doktor ke Pyramid yang telah tamat pengajian perubatan dan telah diistiharkan sebagai doktor di dalam majlis konvokesyen yang berlangsung pada 13 Oktober di Bibliotheca Alexandria. Keduanya lawatan kali ini disertai juga oleh Izzad yang menjadikan perjalanan sangat mudah kerana Izzad boleh menjadi jurucakap. 



Tidak banyak berubah berbanding dengan lawatan yang pertama. Kekaguman pada Pyramid tetap ada setiap kali memandangnya. Hairan melihat dan membayangkan bagaimana ianya dibina dari batu batu yang besar saiznya. Bagaimana pula mereka mengangkat dan menyusun sehingga mencapai ketinggian ini. Memang menggagumkan. Cuaca yang panas terik dan berhabuk menjadikan kita cepat kepenatan.



Nana dan Izzad turun ke bahagian dalam pyramid sementara kami hanya menunggu di bahagian luar sahaja. Selepas berposing posing, kami menaiki kereta menuju ke bahagian kedua pyramid. Tapi yang boring sedikit dengan orang orang yang berjualan yang suka mendesak dan memaksa. Begitu juga mereka yang menaiki unta dan mempelawa untuk bergambar. Kawasan pyramid dipenuhi dengan tahi unta yang menimbulkan bau yang kurang menyenangkan. 


Selepas bergambar, kami menuju pula ke bahagian terakhir di mana dari sini, boleh kelihatan semua pyramid dan sphinx. Tapi sesampai di sini, kaki pun sudah lenguh, kulit muka pun sudah keperitan. Panas sekali. Tapi kami tetap mengambil gambar kerana hanya gambar yang akan kekal abadi.




Dari Giza, kami minta dihantarkan ke Restoran Hadaramout untuk makan tengahari dengan nasi mandy. Pada saya yang memang menggemari nasi mandy, dirasakan ianya tidak sesedap nasi mandy di Malaysia, apalagi di Madinah. Tambahan pula dagingnya pula ialah sejenis daging biri biri kot, rasanya tidak seperti daging kambing yang biasa saya makan.



Balik ke hotel untuk check out tetapi kami terperangkap berjam jam lama nya di dalam kereta. Patutlah rakyat Mesir di Giza dan Cairo sahaja berjumlan 45 juta. Memang sangat padat. Sesampai di hotel, terus bersolat dan berkemas barang barang. 

Selepas check out, Sebelum bertolak ke train station, kami minta diturunkan di kawasan Abd el Khalik Tharawat sebab kereta disewa sehingga malam dan lagi pulak, train ke Alex adalah pada pukul 9 malam. Masih banyak masa. Sepanjang berjalan jalan, kelihatan manusia yang terlalu ramai di sana sini. Sempat singgah membeli air mangga dan kemudian singgah lagi membeli air tebu dan air delima. First time, minum air delima yang sangat manis.




Sebelum menunggu di tempat kereta, kami singgah untuk makan kebab. Saya memang tak makan kerana tak lalu lagi nak menelan. Sepanjang di sini, asyik makan sahaja kerjanya. 

Selepas makan berjalan jalan lagi sambil menuju ke tempat di mana Ambro akan menunggu kami. Hubby singgah membeli blazer yang sangat murah harganya. Harga untuk blazer dalam RM90 sahaja.


Kami tiba di Cairo Railway station pada pukul 7 malam. Masih awal dan terpaksalah menunggu hampir 2 jam di situ. Sambil sambil tu menunggu kawan datang untuk mengambil duit sewa kereta. 

Nasib baik, train station sekarang sudah cantik selepas dibuat penambahbaikan. Nampak moden ala ala Gar De Node di Paris pulak. Jadi melepak di kawasan station, tidaklah seteruk sebelumnya. Kami sampai di Alexandria dalam pukul 12 tengah malam. Sesampai di rumah, terus bersolat dan tidur dek kepenatan.



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

4 ulasan for "Cairo: Lawatan Ke Piramid Yang Tidak Dapat Dilupakan"

  1. pandainya korang berposing kt pyramid tuh... suka style posing gitu, ala2 cover album lagu !!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yer ke? Biasa biasa aje sebab panas sangat dan berdebu pulak

      Padam
  2. Salam akak..akak tgl dkt hotel mana dkt Cairo.

    BalasPadam