Sup Kepala Ikan
Resepi sup ringkas ini saya pelajari dari sahabat saya, Dr Sabariah dari Segamat sewaktu mengunjungi beliau di UiTM Segamat di mana pada masa tu, suaminya bertugas sebagai Warden asrama. Kami berkawan lama, sejak masih di kampus lagi di mana suami beliau dengan my hubby adalah rakan sebilik. Walaupun kesibukan dengan tugasnya sebagai seorang doktor pergigian, namun banyak juga resepi ringkas sedap yang saya pelajari sewaktu mengunjungi rumah mereka.
Sangat cepat menyediakannya, tak sampai setengah jam sudah siap semuanya. Saya membuatnya dengan masih berpakaian baju pejabat pun. Haaa ringkas dan cepat. Sangat sedap terutama kalau menggunakan ikan yang fresh. Kepala ikan ini semua yang saya beli di Morib lama dulu tapi kalau ikan segar yang disimpan di dalam peti sejuk, simpan berapa lama pun kesegarannya masih terasa apabila ianya dikeluarkan untuk dimasak.
Saya sebenarnya lupa kepala ikan apa yang saya gunakan ini kerana rasanya yang tersangat sedap, isi dan teksturnya yang putih lembut bak tauhu. Yang saya ingat ikan besar yang dibeli hari itu, hanya ikan jenahak, ikan kerisi dan ikan senangin.
Jadi berkemungkinan kepala ikan yang di dalam gambar ini adalah kepala ikan jenahak yang aduhaaai tersangatlah sedaapp nyeer. Tengok isinya putih manis dan lembut, tak pernah pulak saya merasa ikan jenahak seperti ini...
Tak lengkap entri saya di bulan Ramadhan ini jika saya tidak berkongsi sedikit sebanyak berkenaan tazkirah yang saya pelajari. Lebih lebih lagi sekarang kita berada dalam detik cemas di mana Ramadhan mula hampir meninggalkan kita. Kita sekarang dalam pencarian malam Lailatul Qadar yang akan jatuh pada mana mana malam sahaja sehingga berakhirnya Ramadhan.
Lailatul Qadar menjanjikan amalan umpama 1000 bulan. Bayangkan jika berzikir pada malam tu, umpama kita berzikir 1000 bulan, bersolat sunat pada malam tu, umpama bersolat sunat untuk 1000 bulan. Itu baru amalan, belum lagi pahala berganda ganda bagi setiap amalan itu di mana ianya digandakan 70 kali ganda. Kalau dapat 1 solat sunat untuk 1000 bulan didarab pulak, dengan 70, berapa jawapannya? Itu untuk 1 rakaat jer, untuk lain lain amal pun cuba kira seperti itu juga. Tak terkira, begitulah kasihnya Allah pada kita.
Malahan di 10 malam terakhir ini Allah memberikan kita pembebasan dari api neraka, diberi pengampunan kepada dosa kita. Tapi itu semua untuk mereka yang ikhlas beribadat kerana Allah kerana ingin mendapatkan redha dan pengampunan dari Allah sahaja. Sama sama lah kita renungkan sejenak dan masih ada masa lagi beberapa hari. Bayangkan seolah kita akan mati selepas beberapa hari lagi, tentunya kita akan beribadat sepanjang hari bagi hari hari yang tersisa ini....

Cukuplah setakat ini dulu. Ianya adalah peringatan untuk diri saya sendiri. Jom sekarang tengok resepi di bawah pulak...
Sup Kepala Ikan
Bahan bahan:
Kepala Ikan
4 ulas bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 batang kulit kayu manis
1 sb lada hitam - tumbuk kasar
Bunga lawang
Garam
Daun sup/daun bawang
Cara cara:
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dengan bunga lawang, kemudian masukkan bawang dan halia yang dihiris sehingga berbau wangi.
Masukkan air dan biarkan sehingga mendidih sebelum dimasukkan ikan. Masukkan lada hitam dan garam secukupnya.
Akhir sekali, masukkan daun sup dan daun bawang. Jika suka boleh juga ditaburkan dengan bawang goreng. Bolehlah diangkat.
Catat Ulasan for "Sup Kepala Ikan"
Add your comment