Kuih Kaswi Keladi
Hari minggu lepas, hubby beli ubi keladi untuk dibuat Kuih Talam Keladi di SINI. Tapi biasalah my hubby tu kalau membeli memang tak reti nak beli sikit. Dibeli 2 tongkol besar keladi. Jadi sementara masih berada di bulan Ramadhan ini, saya rasa elok dibuat kuih untuk dihantar ke masjid bagi berbuka puasa.
Cari cari apa resepi yang menggunakan ubi keladi, bila terjumpa Kuih Talam Kaswi Keladi dari blog Selera Puteri. Resepi ini menghasilkan 1 loyang 10x10x3 dan juga beberapa ketul dalam acuan kecil untuk kami berbuka puasa. Membaca apa yang ditulis sebagai sangat mabeles, lagi menjadikan saya sangat teruja untuk membuatnya. Lagi pun selagi tak dihabiskan keladi ni, macam ada yang tak beres jer.
Pagi ini sekembali dari masjid, saya sambung tidur sekejap sebelum masuk dapur untuk menyediakan Kuih Kaswi Keladi yang sangat cepat disediakan ini.

Takzirah Subuh pagi tadi memang amat menginsafkan bila dalam Al Quran diceritakan bahawa roh merayu rayu memohon pada Allah Taala agar dikembalikan semula ke dunia bagi membolehkan mereka melakukan semua perintah yang dulu tidak dikerjakan semasa hidupnya di dunia. Kita membuat pelbagai perancangan untuk menyambut raya tapi kita tidak membuat perancangan untuk menyambut saat tibanya kematian.
Hidup kita di dunia ini bukan lama seperti mana umat terdahulu yang hidup beribadat selama beratus ratus tahun sedang hayat Nabi, para sahabat dan umat Nabi Muhamad hanyalah sekitar 60-80 tahun sahaja. Itu pun sudah mula sakit sakit dan nyanyuk untuk melakukan ibadah dengan sempurna.
Namun banyak keistimewaan diberi kepada umat Nabi Muhamad SAW dengan memberi kelebihan pahala berganda. Dengan amal yang sedikit tapi dilipat berkali ganda. Contohnya di bulan Ramadhan ini. Bersolat terawih di masjid, berzikir, bersedekah, pahalanya berganda ganda.
Hatta sekadar berniat sahaja, Allah telah memberikan pahala seperti berniat untuk mengerjakan solat subuh berjemaah di masjid. Walaupun belum pun dilakukan, pahala sudah dicatat. Sebaliknya kalau niat untuk berbuat kejahatan, dosa tidak akan dicatit selagi ianya tidak dilakukan. Begitulah Maha Pengasihnya Allah pada kita, pada umat Nabi Muhamad SAW.
Tidak salah mencari harta di dunia tapi dengan syarat jangan tinggalkan solat, terawih, membaca al Quran, bersedekah dan apa apa sahaja yang diperintahkan Allah. Dengan umur yang tidak panjang ini, hidup kita sebenar nya terkejar kejar, mengejar ngejar pahala buat bekalan kerana hidup kita di muka bumi ini hanyalah umpama musafir yang singgah sebentar sebelum meneruskan perjalanan ke alam kubur dan seterusnya ke hari kiamat.
Jadi sementara masih ada beberapa hari lagi bulan Ramadhan, jomlah kita sama sama menghidupkan malam dan mencari Malam Lailatul Qadar yang padanya lebih baik dari 1000 bulan. Para malaikat semuanya akan turun ke muka bumi. Jika tidak di hari terakhir 10 Ramadhan ini, bila lagi? Bila lagi ingin bangun menghidupkan malam malam dengan mendekatkan diri pada Allah sebelum masanya tiba dijemput Illahi seperti mana ramai kawan kawan sekeliling kita yang sudah tiada lagi di dunia ini...
Jom layan resepi dulu...

Cuba oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan (loyang 10x10x3)
180 gm tepung beras
120 gm tepung ubi
70 gm tepung jagung
260 gm gula pasir-(gunakan 215g)
1200 ml santan [400 ml santan kotak + 800 ml air]
300 gm keladi tanpa kulit [rebus hingga empuk dan toskan airnya]
1 sudu teh esen keladi
2 sudu teh air kapur
1/2 sudu teh garam
Pewarna ungu secukupnya
Cara cara:
Kisar keladi yang siap direbus dengan air (ambil air daripada sukatan di atas). Satukan keladi dengan semua bahan lain, kecuali pewara ungu. Tapis jika perlu.
Masakkan adunan hingga pekat sedikit. Asingkan sebanyak 500 gm dan warnakan ungu.
Sapu minyak pada loyang saiz 10x10x3 dan tuangkan adunan putih dan ungu secara berselang seli.
Boleh dimakan dengan kelapa parut yang dikukus sekejap dengan sedikit garam atau dimakan begitu sahaja sebab dah ada santan di dalamnya.
comel plak keladi belang2 cmtuh..anta lak kt sini kalau ada lebih2 tuh..kihkih..
BalasPadamAs salam Adda, terima kasih sudi singgah. Mai lah sini, nnt kita bagi seloyang.
Padam