Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Hari Raya Aidil Fitri 1433H Yang Disambut Sederhana



Hari Raya Aidil Fitri 1433H disambut dengan penuh keinsafan. Saya gembira kerana berjaya menjalani Ramadhan yang mungkin terbaik dalam hidup saya setakat ini. Saya juga bersyukur ke hadrat Illahi kerana memudahkan segalanya apabila hubby dan anak anak tidak banyak tanya apabila dikatakan saya tak mahu balik kampung sehingga menyelesaikan solat terawih yang terakhir. Malahan saya amat gembira bila anak anak tidak merungut apabila saya tidak mahu berbuka di luar atau jika berbuka di luar, hanya di kawasan berdekatan dengan rumah yang tidak menghalang saya untuk bersolat terawih. 

Segalanya saya redha dan ingin hadapi dengan tenang tanpa banyak meminta minta. Malahan baju raya saya diambil sehari sebelum balik kampung. Saya sendiri telah menelefon bonda memberitahu yang saya mungkin tidak akan balik beraya pada tahun ini.  Satu hadiah apabila hubby balik ke Kelantan seperti yang saya mahukan walaupun saya tidak pernah memberitahu keinginan saya ini pada sesiapa. Malahan kami tidak langsung berkesempatan untuk berbincang berkenaan balik raya. Apa yang ada di kepala saya adalah ingin menjalani Ramadhan ke titik waktu yang terakhir. 

Kami tiba di Bachok pada malam raya di mana kali pertama dalam sejarah apabila hubby membelikan makanan dan KFC di Gerik untuk kami berbuka kerana dalam perkiraan beliau, kami tak sempat sampai sebelum berbuka puasa. Kami berhenti di Pekan Jelawat untuk berbuka di dalam kereta sebelum menyambungnya di rumah Abang Zali. Selepas bersolat maghrib secara berjemaah di rumah Abang Zali, barulah kami balik ke rumah kakak saya. Setibanya di sana, saya sudah teramat kepenatan sehingga langsung tertidur tanpa menukar pakaian.

Pagi pagi hari raya selepas menjamah sedikit sarapan, saya menuju ke surau untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri yang diimamkan Abang Yie, sepupu saya. Selepas solat saya singgah di rumah Kak Nik Bidah selepas diberitahu, ada disediakan nasi dagang Terengganu. Aduhaai memang sedap lauk lauk yang dihidangkan. Selain ikan tongkol, ada juga ayam, udang dari Sabah dan yang pentingnya itik Serati kegemaran saya. 


Kemudian balik ke rumah kakak untuk bersiap siap menziarahi pusara ayahanda yang telah hampir 2 tahun tidak saya kunjungi. Walaupun saya tidak mengunjunginya namun arwah ayahanda sentiasa dekat dan saya tidak pernah lupa untuk menghadiahkan al fatihah setiap kali selepas solat. Sebelum turun, kami sempat berposing untuk gambar kenangan raya bersama keluarga kakak. 




Balik dari menziarahi pusara, kami singgah di rumah Abang Zali sebelum bonda tiba dari Pondok tempat beliau belajar agama dan menghabiskan hari hari tua. Setiap tahun Bonda akan menghidupkan malam malam Ramadhan di sana dan hanya balik pada pagi hari raya. Kami bergambar beramai ramai sambil makan makan, suasana sangat meriah kerana bukan mudah untuk kami semua berkumpul dek kesibukan masing masing. Bayangkan dalam gambar di bawah hanya adik beradik, anak anak saudara dan cucu cucu saudara sahaja. Itu pun sudah ramai dan riuh rendah, belum termasuk lagi sepupu sepapat. 



Selepas itu, balik ke rumah kakak dan saya menyambung tidur hingga ke petang sebelum pergi beraya di rumah Kak Nah dan rumah Lan, anak saudara. Aduhai saya makan nasi dagang di rumah Kak Nah bertambah tambah dek penangan gulai kerutuk Itik Serati. Kali ini memang saya lupa membawa kamera dan tidak mengambil gambar makanan makanan yang saya makan. 

Sebelah malam, kami ke rumah adik bongsu pula di Binjai. Saya hanya menjamah sedikit soto dan menambah begedil yang memang saya gemari. Perasaan bersalah menghantui diri kerana sehari beraya, saya makan seolah seminggu berbuka puasa. Jadi saya bercadang untuk berpuasa enam pada hari raya kedua bagi mengekang selera saya. Pada pagi hari raya kedua, kami berangkat ke Perak...


Itulah serba sedikit catatan Hari Raya kami pada tahun ini. Yang paling tidak dapat saya lupakan tahun ini, apabila pertama kali mendapat duit raya dari my Laling Hubby. Saya banyak menghabiskan masa berchatting dengan Nana di Dublin dengan bbm. We missed you so much, Kakak. 

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

14 ulasan for "Hari Raya Aidil Fitri 1433H Yang Disambut Sederhana"

  1. Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat sis sekeluarga.Mohon maaf zahir dan batin jika ada salah dan silap.seronoknya dpt beraya di kg bersama sanak saudara....bahgia dan ceria.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga buat Mamasya dan famili di perantauan.

      Padam
  2. Selamat hari raya maaf zahir batin Azie.. Happy nampak Azie sekeluarga beraya di kg :D.. Berseri2 wajah memasing kan comey2 belaka..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat hari raya juga buat D5 tersayang. Seronok nampak makan lodeh tu

      Padam
    2. Hehhehehe raye org2 bujang camtu ler masakkan nyer :D..

      Padam
    3. Yang penting sedap.

      Padam
  3. Salam aidil fitri maaf zahir dan batin. meriahnya suasana hari raya kak Azie sekeluarga

    BalasPadam
    Balasan
    1. FnF, selamat hari raya. Baru teringat yang tahun lepas langsung tak balik beraya

      Padam
  4. Salam Aidul Fitri dari saya sekeluarga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, terima kasih dan selamat hari raya juga dari kami. Semoga raya ini memberi sinar kehidupan yang baru buat kita semua

      Padam
  5. salam aidilfitri sis maaf zahir dan batin.. nampak meriah hari raya di sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wani, memang sangat meriah dan mengembirakan menyambut hari raya dengan orang orang yang disayangi

      Padam
  6. Assalamualaikum, rupanya penulis (Puan Azie) ni adik Asiah Jaya classmate akak masa di maktab perguruan dulu ...... patut pun comel & putih melepak ... accidentally terjumpa blog ni bila nak cari resepi ... terima kasih dan akak sgt suka penulisan adik Azie......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ya Cikgu Asiah adalah kakak saya. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.

      Padam