Nasi Goreng Apa Apa Jer
Hahaha saja jer letak nama tu sebab tak tahu sebenarnya apa nama nasi goreng ni. Saya buat pun secara tak dirancang apabila saya sebenarnya ternampak nasi lebihan malam tadi semasa hendak membasuh rice cooker.
Terus jer hiris hiris apa apa jer yang ada kat depan mata. Semua main ambik ambik, hiris dan campak jer. Nampak ada hati dan mempedal ayam, hiris sekali. hihihi bontot ayam pun sekali masuk, hish jangan citer sesapa ya. Itu bahagian kegemaran saya.
Nampak pula ikan jeruk masin, campak seketul. Ada telur, pecahkan sebiji. Tapi jangan terkejut sebab nasi goreng yang dimasak secara cacamerba ni sedap jadinya. Lebih kurang masak asyura lah, campak pelbagai bahan, hasilnya asyura yang sedap.

Jom kita tengok apa yang saya dah letak dalam nasi goreng yang kalau dijual di restoran, rasanya boleh dibayar dengan RM12 sepinggan tanpa perlu berkata apa apa walaupun saya seorang banker yang sangat cerewet... yeayy..
Nasi Goreng Apa apa Jer
Oleh: Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
Nasi putih
Nasi putih
1 biji cili merah - tumbuk kasar
2 bawang merah - tumbuk kasar
3 bawang putih - hiris
3 bawang merah - hiris
Segenggam karot -potong dadu
1 keping ikan jeruk masin
1 ketul hati dan mempedal ayam
1 biji telur
Garam
Sedikit sos ikan
Panaskan minyak dan masukkan ikan jeruk masin. Goreng sambil dihancurkan. Masukkan bawang merah dan putih hiris. Goreng sehingga wangi.
Masukkan karot dan mempedal serta hati ayam. Masak sehingga karot lembut dan mempedal masak. Masukkan cili merah dan bawang merah tumbuk.
Masukkan nasi dan pecahkan telur di tepi kuali. Kacau rata supaya telur bersalut dengan nasi. Masukkan garam dan sos ikan. Kacau rata dan sesuaikan rasa. Bolehlah diangkat dan dihidangkan.
aduiii maghrib2 nie kecur plk tgk nasi goreng..he hehee nk buat jgk la,..:P
BalasPadamhihihi sedap tu Zila. Kita makan pulak dengan keropok lekor. Fuyyoh.. nanti kita postkan Rosemary Grilled chicken yang kita buat hari ini ya...
PadamSalam sejahtera AK
BalasPadamKalau ringan tangan, apa pun sedapkan...tapi cik Puan ni memang rajinlah..
Wslm Mama Ju, sebenarnya saya ni baru berjinak jinak dengan dapur. Jadi memang tengah kemaruk nak memasak lah ni.
Padam