Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Azie Dalam Majalah NONA Julai 2012




Sesiapa yang mengenali saya pasti tidak percaya jika dikatakan saya seorang yang amat pemalu. Jawatan dan tugas saya di pejabat yang memerlukan saya berurusan dengan orang ramai menjadikan saya mengenepikan perasaan malu yang menebal. 


Saya perlu tampil dengan yakin dan bersahaja dalam setiap mesyuarat atau perjumpaan rasmi walaupun hakikatnya saya sebenarnya membawa personaliti disebaliknya. Jika diberi pilihan, saya lebih suka mendiamkan diri dan menjadi pendengar....

Salam dan huluran tangan dari majalah NONA untuk menampilkan dekorasi rumah berserta gaya hidup saya, menjadikan saya teruja dan pada masa yang sama merasa amat segan.  Teruja kerana gambar kediaman akan menghiasi majalah kesayangan dan segan kerana gaya hidup saya juga ingin dicoretkan. 

Lebih mengembirakan setelah dimaklumkan bahawa Azrinaz Mazhar Hakim akan menjadi penghias mukadepan majalah. Azrinaz adalah antara wanita idola saya terutama dalam bab fesyen. Tidak dinafikan sejak remaja, saya menyukai kehidupan yang glamor, hahaha walaupun saya tidak glamor. 


Saya meminati personaliti personaliti terkenal dan kaya raya sebagai idola dan mentor.  Itu adalah antara sebab kenapa saya tidak pernah ketinggalan membeli majalah NONA setiap bulan sejak berpuluh tahun lamanya. Saya sukakan penampilan mewah yang dipaparkan dan juga gambar yang cantik dipersembahkan dengan berseni sekali. Pendek kata majalah NONA mempunyai kelas tersendiri di dalam masyarakat di Malaysia

Azie Dalam Majalah NONA Julai 2012

Walaupun di pandangan mata ramai saya mungkin dilihat simple sahaja tetapi hakikatnya saya mempunyai citarasa yang unik dan mungkin dalam kategori pelik. Bukan ingin membangga tetapi itulah diri saya yang sebenarnya. Mungkin terbawa bawa angan angan sejak zaman remaja untuk berkecimpung di dalam bidang glamor, agaknya. 

Saya mementingkan sesuatu yang berjenama kerana menganggap barangan berjenama mempunyai kelas dan kualiti tersendiri. Semasa masih belajar lagi, saya tidak akan membeli sesuatu yang walaupun pada mulanya saya berkenan dan lihat sebagai cantik selepas melihat harganya. 

Kerana mementingkan jenama, saya sanggup untuk menunggu sehingga bertahun tahun untuk mendapat apa yang dihajati. Kini, saya perhatikan anak anak dara saya juga mula mengikut citarasa saya ini. Aduhaaii...

Apa apa pun, saya sangat bersyukur ke hadrat Illahi kerana banyak yang saya impikan dalam hidup ini, telah menjadi kenyataan dengan usaha dan titik peluh kami sendiri. Tanpa saya sendiri menyangka semua ini, maklum saya bukan berasal dari keluarga yang senang apalagi mewah. 


Apa yang ada, hanyalah cita cita yang tinggi menggunung untuk memiliki seperti apa yang diimpikan oleh ramai wanita berjaya lain dan berusaha untuk memilikinya. Kekuatan ini saya kaitkan dengan diri saya sebagai wanita Kelantan yang kental dan tidak pernah mengenal erti jemu.

Azie Dalam Majalah NONA Julai 2012



Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

25 ulasan for "Azie Dalam Majalah NONA Julai 2012"

  1. Salam kak....
    wah..rumah masuk majalah...harus di cari nie....:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syifa, jgn lupa utk beli NONA julai ya

      Padam
  2. Kak Azie..sgt impressed..semoga jadi kenyataan..

    BalasPadam
  3. tahniah Zie..
    akak pun kena cari jugak ni majalah Nona nak tnegok jugak rumah Azie yg cantik tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Noor, boleh tengok gambar Azrinaz sekali

      Padam
  4. Tahniah sis.kalau dkt Msia dah terus pergi beli ni.....nanti nak cuba kirimkan dg kwn yg balik cuti.

    BalasPadam
  5. Tahniah Azie, umah Azie mmg cantik kalau masuk majalah mmg sesuai :D

    BalasPadam
  6. Congrats Pn Azie...beautiful house with beautiful host....complete package....:D

    BalasPadam
  7. tahniah kak...cantik rumah akak..:)

    BalasPadam
  8. tahniah Azie.. cantik sungguh rumah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you so much, Shiela for visiting my blog

      Padam
  9. Salam kenal

    Tahniah, saya terpesona dgn azie dari taman , rumah dan orgnya. Majalah2 tu semua memang saya ada.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Mama Ju. Salam kenal utk Mama Ju juga. Terima kasih keana sudi meninggalkan sepatah dua kata di sini

      Padam
  10. Salam sis...tq sudi singgah di Lovely Kitchen...
    congrats masuk magazine...mmg cantik sekali rumah akak...:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thank you, E-na. Thank you also for your vist and comment.

      Padam
  11. wahhh tahniah Azie dah masuk majalah lagi...i love to see ur home...cantik sangat2...^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih, Puteri. Terima kasih juga kerana sudi mengunjungi blog saya yang tak seberapa ini

      Padam
  12. Sy baru baca mjalah nona...
    m/s 298-301... erm best nyer...

    BalasPadam
  13. suka dengan semangat dan tekad k.azie.

    BalasPadam