Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Nasi Arab Hadramaut


Nasi Arab Hadramaut

Saya ada mencadangkan sahabat saya, mamasya supaya belajar resepi masakan Arab dari orang orang Arab sementara beliau sekarang berada di Mesir.  Kemudiannya beliau memberitahu saya berkenaan resepi Nasi Arab Hadramaut yang memang diajar oleh orang Arab. 

Saya pun terus menyalin resepi dan meminta hubby membeli ayam. Rasa macam lama betul saya tak memasak nasi arab. Sebelum ini saya memasak Nasi Kabsah juga mengikut step by step video yang dimasak oleh orang Arab juga. Lihat di SINI untuk resepi Nasi Kabsah Arab tersebut. 

Nasi Arab Hadramaut

Nasi ini saya sediakan untuk makan tengahari hari Ahad. Kalau hari Sabtu, saya tak memasak, hanya menyediakan Pai Ayam Melbourne di SINI yang diidam idamkan oleh Aween sejak sejak kami balik dari States. 

Hari hari dia meminta saya membuatnya, siap merajuk lagi bila dia bangun pagi Sabtu melihatkan pai belum dibuat. Anak anak umur macam ni memang kuat makan sikit. Maklum umur tengah meningkat remaja.


Nasi Arab Hadramaut

Berbalik pada resepi ini, memang sedap nasi hadramaut ni. Tapi saya tak punya serbuk pewarna merah tu. Jadi ayam kami hanya berwarna kuning sahaja. Tidak seperti  nasi Arab yang ada sedikit kemerahan. 

Saya juga mengasapkan nasi ini kerana sedap nasi yang diasap seolah kita membakarnya dengan arang. Sebab nak memudahkan, saya hanya memasak menggunakan rice cooker jer. 

Kalau nak tahu macam mana sedap nyer, kena lah cuba sendiri. Terima kasih pada mamasya kerana telah berkongsi ilmu dengan kita semua. Tengok resepi dan step by step blog Mamasya di SINI. Di sini saya kongsikan pulak dengan kawan kawan yang lain....


Nasi Arab Hadramaut

Nasi Arab Hadramaut
Sumber: mamasya
Olahan: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam - potong 2 atau 4
5 cawan beras basmathi - basuh dan tos
Air secukupnya (1 ½ - 2 cawan bagi setiap cawan beras)
1 biji tomato masak - potong
2 biji bawang besar  - potong bulat
2 tangkai lada hijau - potong 2-3

Rempah rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis):
5 biji buah pelaga
2 helai bay leave
3 batang kulit kayu manis
5 bunga cengkih
½ sudu besar serbuk ketumbar
½ sudu kecil serbuk lada hitam
½ sudu besar serbuk jintan putih

½ sudu besar serbuk zaffaran (kuning)
2 sudu besar serbuk mellah farolah ( tak letak)
Minyak masak/minyak jagung/olive


Cara cara Nasi:
Sukat air dan rebus sehingga mendidih. Masukkan ayam, 1 labu bawang besar, tomato, separuh dari rempah rempah di atas. Kacau rata. Tutup periuk dan  masak selama ½ jam.

Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan dan keluarkan rempah dari air rebusan.

Masukkan rempah yang digunakan dan baki rempah yang selebihnya ke dalam periuk. Masukkan 1 biji bawang besar dan cili hijau.

Kemudian tuangkan minyak ke dalamnya dan goreng sampai bawang menjadi kekuningan.

Tuangkan bahan yang digoreng ke dalam air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukupnya dan biar sehingga air mendidih.

Masukkan beras ke dalam air rebusan dan pindahkan ke dalam rice cooker.

Masukkan sedikit saffron yang dikacau dengan sedikit air dan masak lah seperti biasa.

Bila nasi hampir masak, titiskan lagi saffron yang dikacau dengan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum dikacau nasi rata rata. Saya letakkan juga beberapa titis pewarna kuning.

Siap untuk dihidangkan.


Cara asapkan Nasi Arab

Nota: saya asapkan nasi dengan cara meletakkan aluminium foil ke dalam rice cooker semasa nasi telah masak. Tuang sedikit minyak olive ke dalam foil dan letakkan arang yang telah  menjadi bara supaya mengeluarkan asap. Cepat cepat tutup permukaan periuk dengan sekeping lagi aluminium foil dan tutup periuk)


Nasi Arab Hadramaut


Cara cara Menyediakan Ayam:
Renjiskan ayam dengan sedikit air sejuk.

Lumur keseluruhan permukaan ayam dengan pewarna mellah farolah/saffron yang dicampur dengan garam. Saya letakkan juga sedikit olive oil.

Bakar dalam 20-30 minit dengan dibalikkan permukaan ayam dengan menggunakan api atas sahaja.


Salatah:
3 biji buah tomato masak
3 tangkai cili hijau
3 ulas bawang putih
Garam
Sedikit air

Blender semua bahan di atas dan siap untuk dihidangkan.


Zabadi:
Yoghurt
Timun - cincang halus
Hirisan karot

Satukan semua bahan di atas. Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


Nasi Arab Hadramaut:
Hidangkan nasi dengan ayam dan salatah serta Zabadi ke dalam pinggan hidangan.


Nasi Arab Hadramaut

Selamat menjamu selera...


Nasi Arab Hadramaut

Enjoy ...

Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

27 ulasan for "Nasi Arab Hadramaut"

  1. Salam k.Azie.wah dah terhidang nasi hadramaut...nampak menyelerakan.nasi hadramaut ni sy mmg suka...itu yg belajar cara membuatnya. pewarna merah kalau tak letakpun tak pa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. First time buat nasi hadramaut. Sebelum ni mandy dan kabsa jer. Tapi yg mamasya punya lagi nampak real arab.

      Padam
  2. Tq for the recipe. Nak cuba tis week..Jazakallah

    BalasPadam
  3. Salam Kak Azie,

    Salam perkenalan....Saya Haida...silent reader blog akak....saya nak tanya akak bahan utk masak ayam...dekat mana saya boleh beli pewarna mellah farolah? if tak ada pewarna tu boleh gantikan dengan pewarna lain tak? Syukran :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dibeli di kedai yg jual rempah masakan arab atau pakistan? Kalau tak ada, pun tak apa. Atau letak jer pewarna merah

      Padam
  4. Tq Kak Azie...Nanti saya cuba cari...:)

    BalasPadam
  5. Slm kak azie..ns arab ni nk msk dgn dagig resepi sama juga ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi sama tp daging kena rebus bagi empuk dulu sebelum dibakar

      Padam
  6. nmpak mmg sedap...pas ni kte orng nk try buat....thanks againn...

    BalasPadam
  7. Salam. Resepi kak azie ni mmg berguna sgt, menjadi sy buat. Ni da masuk kali ke 3 sy buat. Family sy smua suka. Diorg ckp takyah g beli kedai lg dah. Alhamdulillah. Bila kita masak org suka mmg seronok. Thanks 4 sharing ;)

    BalasPadam
  8. Assalamualaikumm.. saya Min. Hrp dpt guna resepi ini, nk try buat nasi Arab ni,, nampak sedap. Kalau guna daging kambing, macammana ye? Anyway, thanks a lot.

    BalasPadam
  9. assalamualaikum..sy nak try recipe ni..tqvm for sharing

    BalasPadam
  10. assalamualaikum. tyvm for thrpe recipe. sy nak try buat dan hrp menjadi dan sedap....in shaa Allah

    http://nawalherbalbeauty.blogspot.com

    BalasPadam
  11. Assalamualaikum wbt. saya mohon kebenaran untuk copy paste ye recipe dlm blog ni...sis telah buatnye seperti mudah n senang je..saya tertarik nak cubanye..tq..terimakasih sgt2..:) mudah2an Allah bg ganjarannye..:)

    BalasPadam
  12. salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    BalasPadam
  13. Salam k azie,
    Terima kasih kerana share resepi. Family saya suka nasi arab, cuma diorg ni suka makan berkuah. K azie ada tak resepi utk kuah yg boleh dimakan dgn nasi arab? Macam di restoran saba di cyberjaya. Kalau tak keberatan atau k azie ada idea mcmana nak buat kuah tersebut, mohon share di blog yaa.

    Terima kasih dan teruskan share resepi. Dah byk resepi k azie saya buat dan family suka.. Thanks :)

    BalasPadam
  14. Dh try. Mudah dan sedap. Terima kasih Kak zie atas resepi ni

    BalasPadam
  15. Salam saya Wan Zakris dari putrajaya,
    melihat nasi arab kak azie sungguh sedap,
    disini saya mengambil kesempatan jika sesiapa yang ingin membeli pes nasi arab siap dengan beras basmati hubungi saya 0172479884 zack rm18 sahaja.Cod percuma untuk kawasan berdekatan putrajaya,tq

    BalasPadam
  16. Terima kasih banyak banyak 😊

    BalasPadam
  17. Salam, kak azie... resepi utk sup tu kurang jelas... mintak terangkan sekali lagi..

    BalasPadam
  18. Terima kasih ye kak nampak sangat sedap, saya banyak kali try resepi nasi arab tapi tak jadi sangat lah, tapi saya ada try satu rempah nasi arab segera mudah je rasa pon sama cam kat kedai. nasiarabexpress.com

    BalasPadam
  19. Kak Azie, boleh kak explain apa difference between nasi briyani vs nasi arab?? nasi arab vs nasi pakistan?? very confusing. thank you kak

    BalasPadam
  20. ini betul baetul mandii..nasi mandi

    BalasPadam