Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Bendi Udang Kering Dengan Telur


Bendi Udang Kering Dengan Telur

Saya memang gemar makan kacang bendi. Kalau masak kari ikan. bendi dah jadi wajib dimasukkan ke dalamnya. Kalau makan di mana mana kedai mamak, saya pasti meminta juga bendi yang dicelur.  

Selain itu, bendi juga sedap diletakkan di dalam masakan ikan singgang.  Hmmm ada yang kata bendi tak bagus untuk orang perempuan, ntah lah saya tak berapa pasti.  Yang pasti semua jenis sayuran mengandungi khasiat yang bagus untuk keperluan diri kita. Jadi makan aje lah, tak nak banyak songeh.

Bendi Udang Kering Dengan Telur

Ini lah kali pertama saya memasak bendi goreng. Bukan apa, saya tak suka memasak bendi yang perlu dihiris kerana semasa dipotong, ianya akan mengeluarkan lendir, itu sebab petua untuk memasak bendi ialah terus masukkan bendi yang dipotong ke dalam kuah yang sedang mendidih. Jangan nak potong terlebih dahulu. 

Jom layan resepi...

Bendi Udang Kering Dengan Telur

Bendi Goreng Dengan Telur Sumber
sumber: Mat Gebu 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan 
15 batang bendi muda
2 biji telur, pukul sedikit
1 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tiram
1/2 sudu besar kicap manis
Garam secukup rasa (jika perlu)
1/3 cawan air

Bahan Tumbuk halus:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 sudu besar udang kering - rendam 10 minit dan toskan

Bahan hiasan: 
Hirisan daun bawang 
Bawang goreng 

Cara cara: 
Bendi hiris serong nipis nipis. Ketepikan. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, tambah sos tiram, jus asam jawa dan secubit gula, kacau rata dan tuang air. 
 

Bila mendidih, masukkan bendi tadi, gaul rata dan masak hingga bendi lembut.



Curah telur pada bahagian tepi kuali, bila mengeras sedikit, gaul rata bersama bendi. Tambah sos ikan secukup rasa.


Masak hingga kering, rasa dan jika ok boleh matikan api.


Hidangkan dengan menabur hirisan daun bawang, cili merah dan bawang goreng.

Bendi Udang Kering Dengan Telur


Azie
Azie Selamat datang ke blog Azie Kitchen. Saya seorang isteri dan ibu bekerjaya yang punya minat mencuba resepi masakan bila punya kelapangan masa. Ingin berkongsi resepi yang diperolehi dari kawan kawan atau dari blog blog yang telah dicuba. Saya ingin mengisi masa dengan melakukan sesuatu yang boleh memberi manafaat yang berpanjangan samada di dunia dan juga akhirat. Saya akan memaparkan pengalaman sendiri dalam kehidupan seharian saya di dalam bab masak memasak. Semua GAMBAR adalah HAK CIPTA TERPELIHARA! Harap minta izin terlebih dahulu jika ingin mengambil atau menggunakan gambar gambar di dalam blog ini. Sebarang komen atau pandangan, amat dialu alukan. Sekian terima kasih.

Catat Ulasan for "Bendi Udang Kering Dengan Telur"