Pizza Nur Qaseh Yang Yummy....
Dalam entri sebelum ini, saya telah menunjukkan cara cara membuat doh pizza yang gebu dan lembut. Boleh rujuk dengan klik di SINI. Jadi sekarang saya nak kongsikan satu resepi pizza yang sangat mudah, sedap dan cepat disediakan. Saya namakan Pizza Nur Qaseh. hahaha jangan lah pulak ada yang marah ya. Suka suka hati jer nak namakan pizza ni. Tapi sebenarnya memang pizza suka suka hati pun sebab campak jer apa apa rasa nak campak sesuka hati.
Apa apa pun pizza ini sangat sedap. Apa yang saya baca, pizza yang sedap adalah bergantung kepada pizza base yang enak, gebu dan lembut. Jadi apa yang saya nak katakan adalah pizza doh yang saya sediakan menepati kriteria di atas. Tak sampai 15 minit, litchin, eh eh bukan litchin tapi liciiiinnn. Tersasul lak gara gara tengok majalah MIDI 15 Februari semasa dalam perjalanan ke Seremban tadi. Ada urusan tugas rasmi di sana. Sedap nyeerr...la la la
Jom layan resepi....
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
3 keping chicken fillet Green Peppercorn - hiris
3 chicken frankfurter - hiris
3 filament sticks Crab flavour - hiris
4 white button mushroom - hiris
1/2 bawang besar kuning
1/2 red capsicum
5 keping pineapple cubes
Itallian herbs
Fresh parsley/fresh basil (tak letak pun tadi)
Cheese Pizza Plus
Readymade pizza sauce Pizza Quick
Cara cara:
Sediakan bahan bahan untuk dibuat topping. Hiriskan sayur sayuran dan bahan yang akan digunakan.
Sapukan sos piza di permukaan doh dengan menggunakan belakang sudu.
Taburkan Itallian herbs rata rata. Letakkan bawang besar, red capsicum, mushroom atau apa apa sayuran disukai.
Akhir sekali, taburkan cheese. Masukkan pizza pan dalam dulang untuk memudahkan pizza dibawa keluar dari oven.
Bakar dengan suhu oven yang panas ia itu 240 C selama 5 minit dan lepas itu dikurangkan ke 220 C. Bakar selama 15 minit lagi.
Bila masak, keluarkan dari oven dan dipotong dengan pemotong pizza dan dihidangkan panas panas.
Ini pizza yang dibuat oleh Aween, yeah ...
So yummy. Enjoy ...
Alhamdulillah...sbb sudi kongsi ilmu memasak..mohon izin utk cuba resepi ni..boleh x kak Azie nyatakan jumlah air n olive oil dalam (ml) untuk membuat doh pizza. 4 cawan tepung tu..cawan minum tea tu ke kak zie. tq.
BalasPadamMaaf sb saya tak sukat ikut ml masa itu. Saya guna cawan standard di jual di kedai bakeri.
PadamInsyallah petang ni nak buat pizza ikut resepi doh kak azie..
BalasPadamWow!! Yummylicious....👍👍
BalasPadamkak.sauce pizza tu pa2 pon bole yea?
BalasPadamxonh nmpk brand akk pkai tu..
kalau sos pizza tue digantikan dengan sos spageti tradisional or tomato boleh jugak kan.sebab dalam sos tue pon dh ade cheese dan lengkap dah rase.hehe cadang nk guna je ape yg sedia ade kat umah...btw tq atas perkongsian resepi..mesti cuba nie... :-)
BalasPadamNak masal pizza lah mlm ni ;)
BalasPadamtergoda nengok pizza awk. mcm kat pizza hut.. slurpp. apapun, sy mampu tgk aje..sbb tgh berpantang dlm hari lg
BalasPadamhi there
BalasPadamwhere to get the instance pizza sauce
I bought it at Village Grocer. I think u can get it at any hypermarket.
PadamSalam..nak tnya 4 cawan tepung brsmaan brape gram ye
BalasPadamGuna cawan standard yg dibeli di kedai bakeri, mudah. Kalau nak convert, blh google conversion
PadamNyum nyum tengok pizza kak Azie. Entah bila lah dapat buat pizza mcm kak azie..
BalasPadamAssalamualaikum kak sya nk tya klu kita buat doh n topping mlm n ltak dlm pti ais n bakar esok pg bleh x
BalasPadamBoleh. Thaw dulu.
PadamOk trima ksih kak azie..Insya Allah hr isnin nwu nk wat mkn mlm n nk bwa g keja selasa nie..hopefully jdla..kena ltak dlm frezer ke
BalasPadamAsslmualaikum Puan Azie....nnk tanya klu guna sos prego pasta boleh ke...dan buah zaitun kat mana boleh jummpa..tq...moga Allah merahmati puan sekeluarga...
BalasPadamAssalamualaikum puan... saya nak mohon share boleh ke? nak cuba buat, pernah buat tapi tak berapa jadik. so nak buat reference tuk buat lagi sampai sedap. :-)
BalasPadamZuliana
Assalamualaikum...utk bakar piza kene guna oven api atas bawah ker? saya pernah cuba oven api bwh shj cheese x cair..tp yang bawah garing..@ silap suhu?
BalasPadamWslm. Reaepi akan beritahu kalau perlu guna api atas atau bawah sahaja. Kalau tak ditulis, ertinya guna oven spt biasa.
PadamYg sis buat untuk pizza ni, api atas ke bawah? Sbb oven sy ni kena setting api atas or bawah or both
PadamKlu dlm resepi x tulis pakai api bwh shj atau ats shj,maknanya pakai oven set api atas bawah
PadamKlu resepi xtulis guna api bwh atau ats shj,maksudnya guna api ats&bwh,dlm resepi ni xde tulis pki api bwh atau ats shj jadi awk pakai la api ats dan bawah
Padamklu guna periuk pembakar ajaib ok tak?
BalasPadam