Nasi Ayam Ipoh Yang Sedap
Telah beberapa hari anak saya Aween menuntut janji untuk saya memasak nasi ayam. Telah beberapa hari juga, saya kepenatan bila balik dari pejabat. Tapi kerana kesiankan dia, saya cuba membelek mencari resepi nasi ayam.
Saya pun ada resepi nasi ayam yang biasa saya masak, tapi sengaja mencari resepi baru untuk sedikit kelainan. Tertarik dengan komen komen dari resepi Quinnie dalam MyResepi, saya pun terus copy dalam ipad.
Saya pun ada resepi nasi ayam yang biasa saya masak, tapi sengaja mencari resepi baru untuk sedikit kelainan. Tertarik dengan komen komen dari resepi Quinnie dalam MyResepi, saya pun terus copy dalam ipad.
Balik dari pejabat, saya terus singgah di kedai runcit mencari bahan bahan yang dah kehabisan di rumah kami. Memang sedap sekali nasi ayam menggunakan resepi ini, lain dari nasi ayam saya yang biasa. Kalau nak tahu, boleh lah anda mencubanya sendiri...
Jom layan lah resepi nasi ayam yang sedap ini....
Bahan-bahan
*BAHAN NASI*
4 mug beras
4 1/2 mug air rebusan ayam
2 inci halia*
3 biji bawang putih*
3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
1 sudu besar minyak bijan
2 sudu besar sos tiram
2 helai daun pandan
1 sudu mentega
sedikit lemak ayam
*BAHAN AYAM*
1 ekor ayam
3 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar kicap lemak manis
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar cuka
1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe)
*BAHAN SUP*
air secukupnya
4 bawang putih diketuk
3 inci halia di hiris
3 helai batang bawang
1 biji sengkuang dipotong dadu
1 sudu besar serbuk lada sulah
*BAHAN CILI*
10/15 biji cili burung
6 biji cili merah
sedikit halia (ambik dari rebusan)
5/6 biji bawang putih
1 biji limau kasturi/nipis
sedikit air rebusan ayam
garam dan gula secukupnya
*BAHAN KICAP*
5 biji cili burung
sedikit halia (ambik dari rebusan)
4/5 biji bawang putih
kicap pekat secukupnya
2 sudu besar sos tiram
air rebusan ayam secukupnya
tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan)
*BAHAN TAMBAHAN*
Tomato, salad, daun sup dan bawang, timun
Cara-cara
Mula mula buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. Tutup periuk dan masak hingga didih.
Selepas air mendidih, masukkan ayam. Biar ia masak selama 20 minit. Selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
Cara utk masak nasi
Mula mula masukkan majerin dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di blend. Biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. Bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. Kacau2 sekejap, kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. Biarkan hingga nasi masak.
Penyediaan ayam
Ayam yg telah di toskan tadi di masukkan ke dalam satu mangkuk besar. Masukkan bahan * yg telah di blend dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. Selepas ayam diperap, boleh lah digoreng atau di bakar dalam oven. Kalau nak goreng, jgn terlalu lama...agak2 warna dah bertukar kehitaman boleh terus diangkat.
Cara penyediaan cili
Masukkan semua bahan di dalam blender dan blend hingga hancur.
Cara penyediaan kicap
Blend semua bahan kecuali tepung jagung. Selepas blend isi dalam periuk dan panaskan atas dapur. Agak2 dah panas..boleh la dimasukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
Cara cara penyediaan sup
Baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. Kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. Masak hingga mendidih. Perasakan sup.
Selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. Daun sup dan bawang di potong halus dan dimasukkan ke dalam sup tadi.
selepas sup mendidih, masukkan ayam |
perap ayam dg bahan tumbuk, sos tiram, kicap, cuka dan madu |
panaskan lemak ayam |
minyak dari lemak ayam diguna utk menumis |
tumis bahan tumbuk, batang daun bawang dan daun pandan |
masuk minyak bijan |
sos tiram Maggi |
masukkan beras yang dibasuh dan ditos |
goreng hingga rata |
masukkan air rebusan ayam, garam dan dimasak dlm rice cooker |
bahan bahan buat sos cili |
sos cili yang dah diperah air asam limau dan siap |
sup yang dah diperasakan |
tumbuk bawang putih, halia dan cili padi |
masukkan sos tiram Maggi |
sos kicap yang dah siap |
sayuran sayuran |
nasi yang dah siap |
ayam dibakar atau digoreng |
siap untuk dihidangkan |
enjoy ... |
kak nak tanya...elok ke kita bakar ayam sekali dgn oven yg diguna utk bakar kek? saya tak berani bakar ayam di oven sb takut kek saya bau ayam..:) tak pernah try pulak...la..-elizabeth
BalasPadamHi Elizabeth,
PadamBoleh guna oven yg sama tapi jgn pulak dibakar dibakar sekali dalam masa yg sama.
kak kalau bakar tu berapa la suhu n berapa lama? nampak sedap sungguh ayam tu...tak pernah masak nasi ayam ni..baru nak try resepi akak ni - elizabeth
BalasPadamElizabeth,
PadamBakar ikut oven masing masing dan sentiasa check. Bila dah masak, baru angkat. Tak lama sebab ayam pun dah direbus terlebih dahulu
Kak azie....dlm byk2 resepi versi nasi ayam...yg mana paling sedap atau all time favourite bg kak azie?
BalasPadamAduh, ini yg susah. Saya suka nasi ayam istimewa, nasi ayam kak laily dan nasi ayam ipoh pun sedap. susah nak compare sebab kita masak dalam masa yang berlainan
PadamSaya pernah wat resepi nasi ayam ni.mmg sgt sedap.my hubby & kids klu mkn mmg xcukup sepinggan.hehehe.my mom asyik request jer nasi ayam ni siap mintak resepi lg dari saya.then my mom wat resepi nasi ayam ni masa aidilfitri.alhamdulillah,semua memuji keenakan nasi ayam ni.rugi x cuba =)
BalasPadamKaka, mana bahan yg diblend ? 3 biji bawang tu, 3 ulas atau 3 biji ?
BalasPadamBahan blend yang bertanda * iaitu halia dan bawang putih. Hahahha ya ulas, bukan biji. Bahan blend utk nasi dan juga bahan blend untuk ayam
PadamAssalam azie hr ni sy cb msk ns ayam ipoh hasilnya alhamdulillah.. en.suami & ank2 ckp sdp..mnta halal ye resepinya..tq
BalasPadamNasi ni kalau kita tambah susu cair ok tak?
BalasPadam