Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Cekodok Pisang Mudah Dan Sedap



Alhamdulillah hari ini, saya diberi kekuatan untuk menulis lagi. Sedikit kepenatan selepas balik dari Ipoh petang semalam. Sebelum itu, jangan lupa untuk klik iklan yang keluar di blog saya tau. Terima kasih atas kerjsama anda. Semoga Allah lah yang membalasnya. 

Hari ini saya terdengar satu tazkirah di radio semasa balik dari menghantar Aliya ke play school. Alhamdulillah, hari ini hari pertama Aliya tidak menangis bila dihantar ke sekolah. Katanya bukan rezeki atau harta yang memberikan kecukupan tetapi perasaan dalam diri yang membuatkan kita rasa kecukupan atau sebaliknya. Perasaan merasakan yang sedikit pun cukup. Kecukupan itu ada kaitan dengan elemen keberkatan. 

Sebab itu kita melihat orang yang tidak kaya pun, tapi mereka kelihatan tenang dan gembira dengan apa yang mereka miliki. Mereka sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah walaupun sedikit di mata orang lain tapi banyak di hati mereka. Allah mengingatkan kita supaya bersyukur. Jika syukur, Aku tambah. 

Bagaimana mahu bersyukur? Adakah dengan mengucapkan kalimah Alhamdulillah semata mata? Syukur ialah menggunakan segala nikmat yang diberikan pada jalan yang Allah kehendaki mengikuti apa yang Allah perintahkan. Sebagai contoh, harta yang banyak, sedekahkan atau infak. Mata diguna untuk mengaji, kaki digunakan untuk ke masjid atau majlis majlis ilmu. Ini lah antara contoh contoh syukur yang sebenarnya. OK setakat ini dahulu, semoga bermanafaat.


Sebelum ini saya ada kongsikan resipi cekodok pisang rangup di luar dan lembut di dalam yang menjadi kegemaran cucu cucu saya Ammar dan Aliya Hajar di SINI. Kali ini, saya kongsikan satu lagi resipi cekodok yang biasa saya gunakan juga. 

Kali ini ia menggunakan tepung beras untuk memberikan tekstur cekodok yang rangup di laur dan lembut di dalam. Kalau tanya saya, kedua duanya sedap jer. Cuma saya ikut gerak hati, kalau rasa nak guna yang ni, saya keluarkan jer tepung beras. Kalau rasa malas nak guna tepung beras, guna soda bikarbanat. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Selamat mencuba semua...


Cekodok Pisang
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 cawan pisang berangan - lenyek
½ cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar gula perang
½ sudu kecil garam

Cara cara:
Satukan semua bahan dan kacau sebati. 

Panaskan minyak dan basahkan jari jari. Jemput adunan ke dalam kuali. Cara ini senang untuk dibulat bulatkan. Dengan menggunakan senduk, tekan tekan supaya kuih menjadi bulat.

Balik balikkan sehingga berwarna keperangan. Angkat dan tos.


Nota:
Jangan letak air X.



1 ulasan for "Cekodok Pisang Mudah Dan Sedap"