Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Kacang Bendi Goreng Bercili



Semalam saya bersama geng alumni ETHICA makan tengahari di kebun komuniti Taman Klang Perdana yang diketuai oleh Dr Abdol Aziz Sahat. Lauk yang dimasak semua sedap sedap. Asam pedas ikan jenahak, kari kepala ikan jenahak, ikan bakar, sayur lemak. Aduhaai semua sedap. 

Saya kagum melihat ukhwah dan semangat kerjasama mereka dalam menjaga kebun tersebut. Di samping itu, mereka juga bersama sama memasak jika ada majlis atau tempahan kecil kecil untuk mengisi tabung kebun komuniti. 




Bila memasak sebegini, pasti keutamaannya ialah rasa yang sedap. Masing masing menpunyai kepakaran lauk dan masakan tersendiri. Bukan mana seperti perkhidmatan katering yang dimasak oleh pekerja katering yang matlamat bagi siap dan keuntungan. Hahaha jangan marah orang katering, jika anda bukan seperti ini. 

Kalau ada yang nak menempah, terutama kawasan Klang, bolehlah hubungi mereka di hp +60 19-370 6422. 


Kacang bendi menjadi kegemaran kami. Tak kira samada bendi yang dicelur, bendi yang dimasukkan dalam kari atau asam pedas atau bendi goreng. 

Kalau goreng pun, saya akan pelbagaikan resipi kacang bendi goreng supaya tidak menjemukan. Sebenarnya kacang bendi saya hari ini terlebih garing dan kering sedikit sambalnya. 

Hahaha itu lah kalau asyik dengan video. Bila record video, memang fokus pada macam macam benda. Bukan kalau kita hanya memasak sahaja. Tak perlu dengan on off video dsb. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Jangan lupa video di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba….


Kacang Bendi Goreng Cili
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
6 batang kacang bendi
2 sudu besar cili kisar
Garam dan serbuk perasa
Sedikit minyak masak

Bahan Tumbuk:
2 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
Ikan bilis secukupnya

Cara cara;
Basuh kacang bendi, tos kering dan hiris nipis. Hiris sejurus sebelum nak dimasukkan ke dalam kuali. Guna pisau dan papan pemotong kering.


Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk. Setelah naik bau, masukkan cili kisar. Setelah cili garing, masukkan garam, aji.


Masukkan bendi dan besarkan api. Sentiasa kacau. Dah lembut, tutup api.



Nota:
Masukkan bendi. Besarkan api dan kacau rata.


1 ulasan for "Kacang Bendi Goreng Bercili "

  1. semalam dah pegang pegang kacang bendi, tapi letak balik sebab hujung tangkai dah berlubang, orang kata dah tua...

    BalasPadam