Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Gulai Kerutuk Daging Buku Besar Kelantan



Alhamdulillah pagi ini saya sekeluarga telah berangkat ke United Kingdom untuk menghadiri majlis graduasi Nana di samping bercuti. Alhamdulillah ini lah kali pertama saya menaiki penerbangan Qatar Airways. 

Anak anak saya memang tak nak lagi naik Malaysia Airlines. Kata mereka bukan sahaja tempat duduk sempit dan tak lawa tapi juga makanan yang dihidangkan tidak sedap. Mereka siap kata lagi kalau mama nak naik MAS, kita jumpa kat London jer. Hahaha sebab mereka nak naik Qatar atau Emirates. 

Memang tidak dinafikan apa yang disuarakan oleh anak anak saya. Tempat duduk dalam flight MAS memang sempit. Makanan yang dihidang pula tidak sedap. Kalau nasi lemak tu, dah tak rasa macam nasi lemak. Tiketnya pula mahal giler. 

Setelah mencuba sendiri, saya setuju yang penerbangan Qatar Airways ke London sangat memberikan keselesaan, bukan kerana kami duduk di business class tapi seat untuk economy class pun lebih besar. Makanan yang dihidangkan pun sangat sedap dengan pilihan yang banyak.  OK lah setakat ini dahulu dan sekarang kita masuk pula bab resipi. 


Zaman dulu di kampung saya, kalau ada majlis kenduri kawin, selain dari gulai kawah akan disediakan juga gulai kerutuk daging buku besar. Satu ketul daging akan diletakkan untuk satu hidangan yang akan dimakan oleh 4-5 orang. Hidangan akan diletak dalam dulang. Kalau belum cukup orang, kena tunggu lah agak agak ada beberapa orang. 

Zaman sekarang sejak tidak banyak lagi kenduri kawin yang dimasak secara gotong royong, maka lauk kerutuk gulai buku besar ni dah sukar ditemui. Sekarang banyak majlis kawin menggunakan khidmat katering. Kalau boleh saya katakan, lauk kenduri kawin di Kelantan sekarang pun dah sama macam lauk kenduri kawin di KL. Tiada lagi lauk teresek, lauk solok lada, ayam percik. 

Jom layan resipi dan cara penyediaannya di bawah ini. Juga jangan lupa video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba…..


Kerutuk Daging Buku Besar 
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 ½ kg daging - potong saiz besar
½ kg santan segar - 500ml
500 ml ai
200 ml minyak masa
6 sudu besar rempah kerutuk - 60 gram
Rempah 4 sekawan
1 batang serai - ketuk
1 sudu besar garam - 20 gram
20 gram gula Melaka
3 sudu besar gula - 50 gram
2 keping asam keping
1 sudu besar cili kering kisar - opsyenal
50 gram kerisik
1 sudu kecil ajino moto - opsyenal

Bahan kisar
10 biji bawang merah - 150 gram
5 ulas bawang putih - 30 gram
1 inci halia - 5 gram
1 hiris lengkuas - 5 gram

Cara cara:
Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan dan bahan kisar dan tumis sehingga terbit minyak.

Masukkan serbuk rempah kerutuk dan kacau rata dengan cepat. Masukkan 200 ml air dan tumis sehingga rempah terbit minyak.

Masukkan daging. Kacau rata. Kemudian masukkan 300 ml air, garam, gula dan asam keping. Masak sehingga daging empuk. Nota: jika belum empuk, boleh tambah air.


Setelah daging empuk, masukkan santan. Masak sehingga kuah terbit minyak, masukkan kerisik dan serbuk perasa.

Setelah kuah pekat, tutup api. Nota: jangan terlalu pekat kerana ketika sejuk, kuah akan jadi lebih pekat.


Nota:
Saya potong daging saiz besar. Saya juga campurkan sekali dengan hati dan paru.

Kuah ini boleh menggunakan daging sehingga 1 ½ kilo.



1 ulasan for "Gulai Kerutuk Daging Buku Besar Kelantan"