Selasa, 24 Disember 2019

Hari 2: Damnoen Saduak Floating Market


Dari Maeklong Railway Market di SINI, kami bergerak pula ke Damnoen Saduak Floating Market yang terletak tidak jauh sahaja. Ianya terletak dalam 100 km dari Bangkok. Floating market adalah salah satu dari tarikan pelancung di Bangkok. 

Selama ini, cuma tengok di gambar. Sekarang berpeluang merasai pengalaman menaiki boat yang diperbuat dari kayu. Banyak boat boat peniaga yang menjual pelbagai makanan dan minuman serta sayuran sayuran. Mereka bukan sahaja menjual kepada penumpang boat tetapi juga pada orang ramai yang berdiri di daratan. 



Kami menaiki boat bersama dengan Tuan Shahrol dan isteri Mariam. Sepanjang perjalanan dengan boat, kami akan berselisih dengan boat lain yang dinaiki oleh ahli kumpulan kami. Ketika ini lah, mereka akan mengambil gambar kami ketika di dalam boat. 



Sepanjang menaiki boat kita akan dibawa ke terusan sungai sepanjang 32 km yang kiri kanan terdapat banyak kedai kedai yang menjual pelbagai barangan dan cenderamata. Ada ketika, boat mengalami kesesakan.  


Selepas selesai, kami hanya berjalan kaki untuk ke tempat makan tengahari. Naik tangga dan makan secara duduk bersila. Makan tengahari di sini dengan pelbagai hidangan lauk pauk Thai seperti tom yam, ayam goreng, sayuran dan ayam. 




Selesai makan, kami semua bergambar kenangan di tepi sungai berhadapan dengan tempat makan. Memang cantik kerana sungai tidak dipenuhi dengan boat.



1 ulasan:

Add your comment
EmoticonEmoticon