Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Laksa Utara Yang Sedap

Laksa Utara Yang Sedap

Kuliah Maghrib Surau Ad Dhuha oleh Al Fadhil Ustaz Mohd Ikhwan bin Ali berkenaan Penawar bagi Hati. Ustaz memulakan dengan mengucap Syukur Alhamdulillah kerana menggerakkan langkah kita ke majlis ilmu. Selawat dan salam buat junjungan Rasululllah. Semoga kita mendapat syafaat baginda di akhirat kelak. Bab pertama berkenaan mata.  Sekarang masuk bab ke 2 anggota pancaindera telinga. Apa faedah Allah ciptakan telinga semasa di dunia dan akhirat. 

Pendengaran yang di beri ada matlamat dan tujuannya. Yang perlu kita sampai pada matlamat dan tujuan tersebut. Jadi pasti ia akan disoal oleh Allah, jika salah guna. Dengan telinga kita boleh mendengar macam macam. Bersyukur kerana dikurniakan sifat mendengar dengan cara kita memelihara telinga kita dari mendengar perkara yang dilarang oleh Allah. 

Tanda terima kasih kita ialah dengan dapat mendengar suara ibubapa kita, alam dan nikmat ayat Allah dan hadis Nabi. Tanda berterima kasih kita ialah dengan menghala nikmat tadi dari mendengar perkara yang dilarang. Contoh perkara yang dilarang seperti mendengar akan umpatan. Nabi Muhammad SAW menyebut sesungguhnya orang mendengar adalah sekutu dengan orang yang berkata kata. Maknanya yang mendengar umpatan juga sama dengan yang mengumpat. 

Kita juga dilarang mendengar orang mengadu domba, dan segala perkataan yang tiada baik seperti bidaah. Perkataan yang tidak elok di sisi syarak. Mendengar orang berbantah bantah. Mendengar suara perempuan yang muda belia, jika ditakuti suara tadi akan menimbulkan fitnah.  Jika timbul fitnah, ketika itu suara akan jadi haram. Baik tak payah dengar jika takut jatuh fitnah. Juga perkakas yang diharamkan seperti serunai dan gendang. Yang ada unsur lara dan maksiat. Tidak secara total. Ada pendapat yang mengharuskan jika tiada unsur maksiat. Itu bukan fungsi telinga yang Allah jadikan pada kita. 

Laksa Utara Yang Sedap

Mohon pada Allah supaya kita dijauhkan dari nafsu yang tak pernah kenyang. Jauhkan dari doa yang tidak dimustajab. Hati yang tak kusyuk buang yang was was. Jangan dengar perkataan keji dan sia sia kerana ia boleh menimbulkan sifat was was. Bahasanya perkataan yang kamu dengar ialah seperti makanan yang kamu makan.  

Apa yang didengar masuk ke telinga dan masuk ke hati kamu. Ada yang kamu dengar, boleh memberi manafaat dan ada yang beri mudarat. Perkataan yang masuk dalam hati kamu ada yang bermanafaat yang boleh menyelamatkan kamu dunia dan akhirat. Ada yang menjadi penawar mengubat hati kamu. Ada yang jadi racun menyebabkan hati tak tenang. Apa yang didegngar akan kekal dalam hati lebih lama dari kekal makanan dalam perut kita. 

Apa yang orang kata pada kita kekal lebih lama. Makanan hilang dalam perut dengan tidur. Tapi apa perkataan jatuh dalam hati maka berkekalan dalam hati seumur hidup. Jadi fikir sebelum berkata sesuatu kerana sakit dalam hati kita tak tahu. Dosa dengan manusia kena minta maaf dengan manusia. Itu syarat taubat. Kena minta maaf dengan orang yang kita buat salah. Oleh itu, jangan mudah mudah nak sakitkan hati orang kerana ia akan kekal seumur hidup dalam hati manusia. Jaga perkataan dengan ibubapa. Jaga pertuturan kita supaya tidak menyakiti. Di akhirat ibubapa tak kenal anak, suami tak kenal isteri. Masing masing hendak selamatkan diri dari azab api neraka. 

Jika ada perkataan jahat yang masuk dalam hati kita, maka sentiasa ia akan mendatangkan fitnah dan mendatang keburukan dan timbul rasa was was dalam hati kita. Jangan dengar perkataan pelik sehingga mendatangkan perasaan was was dan boleh timbul keraguan dalam hati kita. Haram mendengar jika kita bukan seorang yang ahli. Takut menimbul was was dalam hati kita. Inilah kebinasaan yang besar bila mendengar perkataan yang tak sepatut kita dengar. Iman adalah yakin dengan sempurna. Tak boleh ada syak. 

Maka hendaklah bersungguh sungguh wahai orang yang berakal untuk fikir baik dan buruk untuk memilih perkara yang baik.  Jaga telinga dan seluruh anggota lain sebelum ditanya oleh Allah pada hari kiamat. Semua akan disoal daripadanya pada hari kiamat. Maka kita hendaklah jaga sungguh sungguh. Jangan mengambil kesenangan dunia yang sementara sehingga sanggup diazab bila kita tak jaga amanah Allah ini. 

Aku bagi akal suruh fikir tentang kebesaran aku. Tafakur  pada aku. Mata untuk tengok kebesaran aku. Telinga untuk dengar nasihat tentang aku. Sama sama muhasabah diri supaya kita kembali pada Allah dengan menpunyai jawapan kepada persoalan Allah. Semuanya diguna untuk nenegak agama dan untuk menambah keimanan pada Allah.  Cukup setakat ini dahulu. Semoga bermanafaat buat kita semua.

Laksa Utara Yang Sedap

Siapa follower Instagram saya di @aziekitchen, mesti perasan yang saya boleh dikatakan beberapa hari dalam seminggu mengunjungi Gerai makan Pak Tehtuu di food court sebelah stesyen minyak Petron di Kampung Pinggiran Subang, simpang ke airport lama. 

Boleh dikatakan setiap hari bila ke sana, saya memesan laksa utara. Jadi biasa lah kalau dah makan sedap, saya mesti merisik menanyakan  resepi. Isteri beliau tidak kedekut pun untuk berkongsi tips kerana resepi sama sahaja dengan laksa lain.

Laksa Utara Yang Sedap

Jadi hari ini teringin nak menyediakan laksa sendiri. Boleh makan puas puas. Boleh klik entri saya sebelum ini di SINI. Jika anda perasan, saya masukkan 2 ulas bawang putih, mengikut resepi yang diajar oleh wife Encik Aziz, owner gerai Pak Tehtuu. 

Jangan lah lepas ni ada yang nak menulis, laksa orang tak masuk bawang putih. Tak masuk bawang putih, itu cara masing masing. Hormati perbezaan. Kalau rasa tak nak masuk, dok diam diam jer. Simpan jer dalam hati suappaya kita jangan menyakiti hati sesiapa. Yang penting, mesti masuk bawang merah. Lagi banyak bawang lagi manis rasanya. 

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen Youtube Channel di SINI. Selamat mencuba....


Laksa Utara Yang Sedap

Laksa Utara Yang Sedap

Bahan bahan:
1 kg ikan kembung
15 keping asam keping
Daun kesum
Garam kasar 
Serbuk perasa, jika suka 

Bahan kisar:
2- 3 biji bawang besar 
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sudu besar cili kering - 150 gram
1 ibu jari belacan 

Bahan lain:
2 bungkus laksa beras kering
Daun selom/daun pucuk gajus - hiris
Timun - hiris
Bawang besar - hiris
Cili padi - hiris
Limau kasturi/limau nipis
Telur rebus - belah 2

Cara cara:
Masukkan bahan kisar di dalam periuk dan dimasak lama lama sehingga mendidih dan naik bau. 

Laksa Utara Yang Sedap

Laksa Utara Yang Sedap

Isi ikan dikisar halus. Tulang ikan dikisar dengan air rebusan dan ditapis. 

Laksa Utara Yang Sedap

Laksa Utara Yang Sedap

Masukkan isi ikan yang dikisar dan juga air rebusan ikan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Masukkan asam keping dan daun kesum. 

Laksa Utara Yang Sedap

Laksa Utara Yang Sedap

Masukkan garam dan serbuk perasa. Masak lama lama supaya rasanya sebati dan mesra. 

Laksa Utara Yang Sedap

Dihidangkan dengan laksa beras, telur dan ulam ulaman.

Laksa Utara Yang Sedap

Laksa Utara Yang Sedap

Nota:
Jika dibiarkan semalaman, keluarkan sikit asam keping, dikuatiri terlebih masam.


3 ulasan for "Laksa Utara Yang Sedap"

  1. Saya nak try resepi tu azie. Sebelum ni pun saya selalu follow resepi dari blok azie ni... semua ok! Tq berkongsi banyak resepi.

    BalasPadam
  2. panjang tazkirah Azie hari ni.....hehe. tapi tkaseh kerana saling mengingati.

    BalasPadam
  3. Salam sis, bunga kantan mmg x ada dlm resipi laksa utara ke?

    BalasPadam