Jumaat, 2 Ogos 2019

Perjalanan Ke Brugges Hari: 11


Saya menyambung lagi catatan percutian yang sebelum ini boleh klik di SINI. Pagi pagi pada hari ke 11, kami bersarapan dengan mee hoon goreng. Masak simple simple jer. Campak jer apa yang ada. Kebetulan ada sebatang karot dan beberapa helai daun limau purut. Masukkan sedikit ikan bilis sekadar menaikkan bau. Makan pula dengan bawang goreng premium @byaziekitchen.  

Pagi pagi lagi kami keluar dari apartment dan bergambar di bangunan yang terletak betul betul berhadapan apartment kami. Kesejukan menyebabkan kami tidak lama di situ. 

Lagi pulak ketika itu, banyak lori lori yang sedang mengangkut sampah dan membuat pembersihan jalan.  Jadi memang tak cantik nak bergambar dengan pemandangan sebegitu. 


Destinasi kami adalah Brugges yang perjalanan sejauh 100 km mengambil masa selama 1 jam. 


Sesampai di sana memang teruja melihat keindahan bandarnya yang di kelilingi sungai kecil yang merintangi bandar. Ramai yang menaiki bot tapi tidak lah buat saya nak naik bot pula. Hahaha cukup cukuplah masa kecil naik perahu di sungai. 

Sebetulnya apa apa yang bersumberkan air memang cantik. Itulah keindahan alam. Saya memang sangat gemarkan rumah yang berdekatan dengan air. Saya boleh duduk merenung air tanpa jemu. Tenang, setenang air di tasik. Ketika hendaklah membeli tapak rumah kami sekarang, saya sanggup follow up bagi memastikan saya mendapat lot yang berhadapan tasik. Alhamdulillah, impian saya tercapai.  


Kami hanya bersiar siar sekitar bandar yang dikelilingi canal dan keindahan bangunan lama. Masih banyak kereta kuda yang boleh dinaiki untuk pusing sekeliling bandar. 

Kami juga singgah ke kedai coklat untuk membeli coklat Godiva yang merupakan coklat kegemaran saya. Ketika Nana masih belajar di Egypt dulu, dia selalu memborong coklat ini untuk dibawa balik setiap kali balik bercuti.  


Nelly dan Juita singgah beli waffle yang sedap dimakan panas panas. Lagi sedap sebab makan dalam cuaca yang sejuk. 




Singgah beli kasut adidas untuk Ammar yang sangat comel. Harga tak semurah di UK tapi alang alang dah jumpa saiz kecil, kami terus beli. 


Kami kemudian beredar ke Mainnewater lake yang menpunyai tasik yang juga cantik. 



Sebelum balik, kami singgah minum hot chocolate yang memang serious sangat sedap. Sedap dan rasanya yang sangat pure. Lebih lebih lagi di dalam cuaca sejuk, minuman panas sangat lah heaven.


Kemudian beredar untuk ke bandar Brussel. Terdapat deretan butik butik mewah di sepanjang jalan. Selepas membeli handbag LV, kami terus ke butik Zara. Nelly memilih beberapa helai kemeja untuk saya. Kalau tidak dipaksa, memang saya jenis yang tidak suka membeli baju untuk diri sendiri. 


Kemudian kami terus balik ke hotel. Sebelum naik ke bilik saya sempat berposing sementara anak anak membeli coklat sebagai cendera mata untuk kawan kawan. Setakat ini, catatan perjalanan pada hari ke 11 di Brussels. Sehingga berjumpa lagi di entri seterusnya.  




1 ulasan:

  1. Mmg Belgium/Brussel terkenal dgn wafflenya... sedap! juga curos dan coklatnya mmg pure. Masa di sana saya beli Pelicaen coklat, rasanya mcm godiva juga...

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon