Selasa, 4 Jun 2019

Rendang Daging Berempah A Keeper Recipe

Rendang Daging Berempah A Keeper Recipe

Untuk menu raya kali ini saya menyediakan rendang daging. Saya suka memasak rendang kerana sangat senang, tak perlu nak kacau kacau dan jaga api sangat. Sebab memang nak dikeringkan pun. Lagi pulak, kalau beli bolehlah tahan mahalnya. RM100 sekilo dapat berapa ketul lah sorang sorang kalau famili besar.Cuma yang tak tahan sedikit ialah penat bila memasak sorang sorang dan saya pulak, memasak beberapa lauk sekali gus.  

Sebelum masuk bab resepi, meh kita baca Tazkirah Subuh Surau Ad Dhuha oleh Ustaz Al Fadhil Ustaz Suhaimi Abdul Jalil pada pagi 28 Ramadhan. Berkenaan salah satu dari cabang keimanan dari Imam Al Baihaqi. Sesunguhnya keimanan ini ada 60-70 lebih cabang. Yang paling awal ialah kalimah Laa ilaa hailallaah. Dan paling akhir ialah mengalih halangan lalu lintas. 

Rendang Daging Berempah A Keeper Recipe

Imam Al Baihaqi berijtihad bahawa cabang iman yang lain lagi ada 77. Salah satu cabang ialah wajib menaruh  harapan pada Allah SWT. Untuk lebih rasa harap pada Allah. Juga perasaan takut pada Allah Taala disebut juga seperti dalam surah  Al Israq ayat 57, kata Allah serta mereka mengharap rahmat dan pada masa sama gerun pada azabNya. Dua sifat yang perlu ada pada orang beriman. Mengharap Rahmat Allah dan Takut pada Allah. 

Sifat takut pada Allah tidak sama dengan takut pada makhluk. Kalau takut dengan haiwan liar kita lari tapi tidak dengan Allah. Ayat 186 surah Al Baqarah Bila hamba Ku bertanya akan diri Ku, sesungguhnya Aku dekat. Dekat dengan Allah lebih dekat dengan urat leher. Bermakna Allah sentiasa memerhati kita. Bila tidur waktu malam di luar kawalan diri kita. Bila tidur dalam keadaan selamat dan bangun dalam selamat, semua dalam izin Allah. Orang beriman bila bangun dari tidur, akan berdoa pada Allah. Kita sebut doa dari masuk tandas, nak tidur semua sebut Islam tak tinggal. Cantiknya Islam dalam kehidupan kita. 

Takut pada Allah sepatutnya jadikan kita makin dekat dengan Allah. Pasti Aku jawab doa yang dipanjat oleh hamba Ku. Soalnya bila Allah nak kabulkan doa kita. Bila Allah tak bagi saat itu, jangan pernah putus harap pada Allah. Jika Allah bagi ketika itu, mungkin ianya tidak baik buat kita. Allah tahu yang mana baik dan buruk buat kita. Jangan putus asa dengan rahmat Allah. Sabar dan terus berdoa. 

Berdoa lah Ya Allah aku ditimpa dengan ujian, engkau lah yang Maha Pengasih dari orang yang Maha Pengasihani. Ayat 157 Al Israq perasaan takut akan menyekat kita dari perbuatan larangan. Pengharapan pada Allah supaya terus berada pada jalan Allah. Syair berkenaan perkara ini yang mana kita mahu syurga walaupun tak layak. Tuhan ku aku tak layak untuk masuk syurga Firdaus tapi aku tak sanggup tanggung perit azab api neraka. Sesungguhnya engkau Maha Pengampun akan dosa dosa besar. 

Ayat 53 Az Zumar berkenaan sifat wajib menaruh harap pada Allah. Katakan lah hambaku yang melampau batas jangan berputus asa dari rahmat Allah. Allah panggil kita dengan wahai hamba hambaku satu bahasa yang sangat lembut. Walaupun kita melampaui batas. Jangan pernah kamu putus asa dari rahmat Allah. Aku nak masuk syurga kerana rahmat Allah. 

Rahmat Allah adalah satu panduan ialah Allah bagi Taufik. Bukan sekadar doa. Allah mengampun semua dosa kecuali dosa syirik. Dengan syarat kita bertaubat. Mereka yang mati dalam keadaan syirik sebelum bertaubat. Surah An nisa ayat 116, bila taubat, dosa diampun. Mereka yang mati dalam keadaan tak bertaubat agas dosa syirik yang dilakukan. Allah ampun semua dosa zina, dosa arak dengan syarat kita bertaubat. 

Hadis Anas Malik Nabi guna perkataan zalim untuk menggambarkan dosa. Di mana dia telah zalim pada dirinya. Letak sesuatu bukan pada tempatnya. Subhanaka inni kuntuminazholimin. 

Dosa syirik tak diampun jika mati sebelum bertaubat. Dosa hamba kepada Allah. Dosa tak terlepas dari pandangan Allah antara manusia dengan manusia. Kena selesai dengan manusia sendiri. Hutang atau menyakitkan hati orang. 

Nikmat syurga sangat tidak terhingga. Jangan mati sehingga bersangka baik pada Allah. Ianya kena bukti dengan amalan bukan sekadar dalam hati. Perbaiki amalan. Dua hari berbaki, teruskan amal beribadat hatta tinggal baki 1 jam. Teruskan beribadah. Cukup setakat ini dahulu, Semoga bermanafaat.

Resepi yang sama pernah saya gunakan. Sebab ianya sangat sedap, saya letakkan sebagai keeper recipe.  Klik di SINI untuk resepi sama di entri sebelum ini. 

Jom layan resepi yang saya gunakan hari ini. Juga video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...

Rendang Daging Berempah A Keeper Recipe

Rendang Daging Berempah

Bahan bahan
2 kg daging 
10 sudu besar cili kering kisar
½ kg santan segar
4 sudu besar kerisik 
2-4 helai daun kunyit-carik
¾ sudu besar pes asam jawa
2 sudu besar garam kasar atau secukup rasa
1-2 sudu besar gula pasir
½ keping gula Melaka

Bahan A
2 biji bawang besar
15 ulas bawang merah 
10 ulas bawang putih
4 inci halia

Bahan B
4 inci lengkuas muda
14 batang serai - hiris
4 sudu besar ketumbar (rata) - sangai wangi  
2 sudu besar jintan manis - sangai 
2 sudu besar jintan putih - sangai

Cara cara:
Kisar bahan A. Tapis dan airnya diguna untuk kisar bahan B. Kalau tak cukup tambah sedikit air. Kisar pula bahan B.

Panaskan minyak tumiskan bahan A hingga ringan. Masukkan cili kisar dan masak sampai pecah minyak. 

Rendang Daging Berempah A Keeper Recipe

Rendang Daging Berempah

Masukkan bahan B dan kacau hingga wangi. Pastikan minyak banyak sesuai dengan kuantiti bahan yang ditumis. Jika kurang, bahan bahan tumis tidak cukup masak.

Masukkan daging dan gaul rata hingga bercampur semuanya. Bila daging dah keluar air masukkan santan dan sedikit garam. Masak hingga daging empuk. Boleh tambah air jika daging masih belum empuk.

Rendang Daging Berempah A Keeper Recipe

Masukkan kerisik, air asam jawa/pes asam jawa dan gula. Rasa masam manisnya. Akhir sekali, tabur daun kunyit. 

Rendang Daging Berempah A Keeper Recipe


Nota: makin lama dipanas, rendang jadi lagi perang dan lagi sedap.



1 ulasan:

  1. Selamat hari Raya Maaf Zahir batin dari saya untuk kak Azie. seminggu x dapat tengok blog kak Azie.....syukur di beri kesempatan untuk menyambut Syawal bersma ahli keluarga kan kak.

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon