Khamis, 4 April 2019

Majlis Hi Tea Daging Salai Cik Yah Yang Sangat Meriah


Saya  menghadiri majlis hi tea sempena pelancaran produk Daging Salai Cik Yah di Khaya Rendang semata mata bagi memenuhi jemputan Nid dan Wani. Kalau ikutkan saya memang agak keberatan untuk menghadiri majlis seumpama ini. 

Bagi memeriahkan majlis ini, Nid juga meminta saya menjemput seramainya follower saya. Tapi sayang juga kerana ramai follower yang dijemput tidak dapat hadir kerana tinggal di luar Selangor atau menpunyai urusan yang tidak dapat dielakkan. Lebih lebih lagi ianya kebetulan minggu cuti persekolahan. Pastinya ramai yang bercuti atau menghadiri majlis perkahwinan. 



Tapi syukur alhamdulillah, kiranya ramai juga follower saya yang sudi hadir. Ada yang hadir sejauh dari Melaka semata mata untuk hadir dan memenuhi jemputan saya. Terima kasih banyak banyak.



Saya mengenali Nid dan Wani ketika saya masih bercuti sakit di mana mereka telah datang ke rumah saya untuk menghantar daging salai. Kedatangan kali pertama, saya tidak bertemu mereka kerana saya tidak sihat dan susah untuk bergerak menggunakan tongkat. 

Kedatangan kali kedua, saya sendiri terpaksa keluar menemui mereka. Sebetulnya saya tidak selesa orang melihat saya dalam keadaan saya sakit dan tidak terurus tetapi sebab Aween tiada di rumah, saya tiada pilihan. 

Pertemuan pertama dengan mereka menyebabkan saya terus tertarik hati akan keramahan mereka serta sangat tinggi budi bahasanya selain rupa paras yang sentiasa manis dengan senyuman. Itulah permulaannya. Kemudian bila Hubby meminta Nid membuat kerja kerja renovation rumah, hampir setiap hari saya berjumpa dengan Nid yang tidak sedikit sebanyak telah banyak menceriakan saya yang ketika itu di dalam keadaan depression. 

Berbalik pada daging salai yang diusahakan Nid dan Wani. Daging salai merupakan antara lauk kegemaran saya. Saya akan memasak berkali kali tanpa jemu. Rasa daging salai cik yah juga sangat beraroma kerana ianya disalai menggunakan ranting dan dahan pokok rambutan. Sangat mudah untuk memasaknya kerana daging salai ini telah dihiris dan sedia untuk dimasak. Terdapat daging salai, ayam kampung salai dan juga itik salai dengan harga yang sangat berpatutan.  

Boleh baca bermacam resepi yang telah saya cuba di blog saya ini. Antaranya ialah resepi tradisional rendang itik salai dengan daun puding di SINI. Serious sedap dan wajib mencubanya. Hahaha wajib tau. Kalau tak suka itik, boleh guna ayam kampung salai. Daun puding tersebut ada juga dipanggil sebagai puding belacan. 





Di hari pelancaran itu juga daging salai cik yah telah memperkenalkan satu produk baru, iaitu smoked brisket yang serios sangat sedap. Sehingga ke saat saya menulis ini pun, saya masih terkenang keenakannya. Dagingnya disalai selama lebih 13 jam dan dibiarkan sejuk seketika untuk menambah juicy daging tersebut sebelum boleh dihiris. Waaah sedap giler.



Jadi apa lagi? Jom ramai ramai contact daging salai cik Yah di nombor tel 0126625667 atau di Instagram @dagingsalaicikyah untuk mengetahui lokasi agen agen yang berhampiran dengan anda. Daging salai Cik Yah ini bukan sahaja terdapat di Malaysia tetapi juga Singapura dan Brunei.

Sekarang kita layan antara gambar gambar yang diambil sepanjang majlis. 








1 ulasan:

  1. Website yang sentiasa menjadi bookmark saya. Tempat rujukan saya bagi menyediakan juadah istimewa utk isteri dan anak-anak. Kenapa istimewa? kerana abi mereka cuma masak sekali sekala utk surprise je 😅

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon