Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Percutian Singkat Ke Perlis

Percutian Singkat Ke Perlis

Saya mengambil kesempatan untuk ke luar daerah bersama Hubby pada hujung minggu 2 minggu yang lalu. Sekadar a short break. Tempat saya saya tuju adalah Perlis. Saya memang jarang ke negeri yang paling kecil ini. 

Sejak kunjungan pertama saya ke sana, asyik teringat ingat keenakan ikan bakar di gerai ikan bakar Kuala Perlis. Boleh klik di SINI. Ketika itu, saya meratah seekor ikan terubuk seorang diri dan Hubby pula makan ikan siakap masak tiga rasa. 

Kali ini kami menukar dengan mengambil ikan jenahak. Ikannya sangat segar menjadikan ikan bakarnya sangat sedap di mana isi ikan jenahak yang kami order, sangat manis. Ikan bakarnya dibakar menggunakan arang, bukan dibakar menggunakan kuali. Inilah yang menjadikan ikan bakarnya berbeza dengan ikan bakar di tempat lain. Saya sempat merisik resepi. Tunggukan saya share di entri akan datang.

Percutian Singkat Ke Perlis

Lauk lauk lain yang kami order juga sangat sedap kerana makanan laut yang segar. Terletak bersebelahan jeti Kuala Perlis tempat di mana nelayan menaikkan hasil tangkapan mereka. Udang hanya saya pesan supaya digoreng dengan garam kunyit sahaja. Manakala sotong pula dicelup tepung. Serious semua sedap. 

Walaupun dalam keadaan tidak sihat, saya tetap makan sehingga habis licin. Cuma kengsom ikan pari sahaja yang tidak berapa menjadi kali ini. Tidak seperti kunjungan saya kali pertama dulu.  

Percutian Singkat Ke Perlis

Percutian Singkat Ke Perlis

Percutian Singkat Ke Perlis


Kami memilih untuk menginap di Hotel Putra Brasmana yang berhadapan dengan pusat ikan bakar Kuala Perlis berhampiran dengan jeti. Kebetulan cuaca sangat sangat panas. Jadi kami hanya lepak di dalam bilik hotel. Keluar makan dan balik semula ke bilik. 

Percutian Singkat Ke Perlis

Teringat suatu ketika dahulu kami pernah ke sini. Ketika Nana dan Nelly masih kecil. Kami parking dan mengambil feri ke Langkawi dan balik hari sahaja. Tidak bermalam di Perlis pun. Semasa di Langkawi, sempat juga beli beberapa biji pinggan corelle sekadar melengkapkan set sedia ada. Dan yang masih saya ingat, saya kena bayar cukai walaupun hanya beberapa keping. 

Hmm itulah masa baru membina kehidupan, asal ke kedai bebas cukai jer, memang membeli coklat dan pinggan mangkuk. Teringat ada seorang yang menggelarkan diri sebagai Miss Bawang tulis kat saya “so kampung” kerana saya tidak menulis resepi di video youtube. Dia kata kenapa nak kena ambik resepi di blog, so kampung. 

Saya tak tahu lah kalau Miss Bawang yang so bandar ni lebih kaya, lebih berpelajaran berbanding dengan saya anak kampung.  Memang saya orang kampung. Saya bangga berasal dari kampung dan dibesarkan di kampung. Tapi sekurangnya saya berjaya dalam hidup di bandar. Sebab saya orang kampung, saya rasanya lebih beradab sebagaimana orang kampung. Buat Miss Bawang, kalau tak ada yang baik baik, tak perlulah meninggalkan komen yang “jahat” (saya pinjam istilah orang kampung saya) seperti itu. 

Balik dari makan kami tak ke mana mana. Terus balik bilik hotel. Malam melihat pemandangan tempat makan yang sangat meriah sehingga ke jauh malam. 

Keesokkannya selepas bersarapan kami naik ke bilik berehat seketika sebelum check out. Singgah rumah seorang kawan dan selepas Zohor kami bertolak ke Alor Setar. 

Dalam perjalanan, kami singgah makan tengahari di samping menikmati cendol Jo yang memang sedap. Hajat hati nak makan gulai daging dengan umbut batang pisang. Tetapi katanya tiada stock batang pisang, jadi diganti dengan ubi kentang sahaja. 

Restoran Jo Cendul Pulut

Sesampai di Alor Setar kami berpusing pusing mencari tempat reflexologi kerana saya mahu mengurut sementara menunggu waktu untuk ke airport. Saya mengambil pakej 1 1/2 jam sementara hubby hanya mengurut kaki. 

Sesampai di airport kami terus ke surau untuk menunaikan solat. Alhamdulillah cuaca elok, kami sampai di KLIA tepat pada waktunya. Saya menpunyai temujanji dengan Forwarding Agent untuk mengambil persian carpet yang saya bawa masuk dari Iran. Hmm seronoknya hati. Akhirnya cita cita saya untuk memiliki carpet handmade yang didatangkan direct dari Iran tercapai. Alhamdulillah. 

Dengan itu berakhir lah percutian singkat, lari dari kesibukan bandar, keluar dari rutin biasa di rumah pada hari minggu.


1 ulasan for "Percutian Singkat Ke Perlis"

  1. x payah layan ms Bawang tu kak Azie.....youtube kak dah cukup utk kami belajar. Di saat nak bersara ni,tolak tepi segala hasad dengki manusia, tumpukan pada saham akhirat kita.

    BalasPadam