Khamis, 20 Disember 2018

Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap

Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap

Saya pasti anda masih ingat bila saya muncul dalam iklan Mi Maggi Kari Goreng Dengan 2 resepi iaitu Mi Maggi Goreng Daun Limau Purut dan Mi Maggi Goreng dengan Cendawan Hitam. Boleh klik entri di SINI.  Video penyediaannya di SINI dan di SINI. Kedua duanya adalah resepi yang dicipta oleh saya sendiri.  

Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap

Ramai yang bertanya bagaimana saya mendapat idea untuk resepi berkenaan. Ianya diilhamkan dari pengalaman dan kenangan silam masa kecil di kampung di mana saya suka masakan yang beraroma seperti daun limau purut, bunga kantan, daun kesum dsb. Di samping itu, saya juga suka mengutip cendawan liar untuk dimasak samada goreng atau masak lemak. Dari situlah, timbulnya idea untuk menyediakan Mi Maggi Kari Goreng tersebut.  

Mi Maggi Kari sentiasa menjadi pilihan saya dan keluarga. Jika bercuti ke mana mana pasti, Mi Maggi Kari adalah antara makanan yang saya bawa bersama semasa bercuti. Cepat disediakan dan sedap rasanya. Rasa karinya memang seperti rasa masakan kari kegemaran suami dan anak anak.  

Pes Maggi Kari yang dimasak sehingga pecah minyak menjadikan Maggi Kari terasa seperti kari yang dimasak sendiri di rumah. Rempah ratus dan cili segar serta berkualiti tinggi yang digunakan dalam penyediaan pes Maggi Kari didatangkan dari pelbagai negara.  

Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap

Jangan lupa untuk singgah di website MAGGI “From Our Kitchen” di SINI untuk mendapat idea dan inspirasi cara penyediaan Maggi.  

Hari ini saya ingin kongsikan satu resepi Mi Maggi Kari yang mudah dan cepat disediakan. Yang pentingnya mengandungi pelbagai bahan segar semulajadi yang berkhasiat. Jom layan resepi di bawah ini.    

Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap
MAGGI Kari Goreng Sayuran
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan: 
2 paket Mi MAGGI Kari 2-Minit, direbus selama 2 minit & toskan 
1 1/2 paket Perencah MAGGI perisa Kari 

1 ½  sudu besar minyak masak 
1/2 biji bawang besar Holland, dipotong dadu 
2-3 ulas bawang putih, dicincang 
200 gram udang, dibersihkan 

3 helai daun limau purut, buang tulang 
6 kuntum brokoli 
1/2 biji cili capsicum, hiris panjang 
3 sudu besar air 

Cara cara: 
Panaskan minyak di dalam kuali, tumiskan bahan A sehingga naik bau. Masukkan udang dan kacau sehingga separuh masak.  

Masukkan bahan B. Gaul rata dengan api yang kecil.    

Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap

Masukkan Mi MAGGI 2-Minit dan perencah MAGGI Perisa Kari. Gaul rata dengan api yang kecil. Jika terlalu kering, boleh masukkan sedikit air.  

Maggi Kari Goreng Sayuran Yang Sedap

TIPS: (cara mengoreng mengunakan Mi MAGGI 2-Minit)
Maggi direbus dalam 2 minit. Angkat dan tos. Rendamkan dalam air sejuk untuk menghentikan maggi dari terus masak. 


Add your comment
EmoticonEmoticon