Selasa, 11 Disember 2018

Kulat Sisir Goreng Dengan Telur


Sebaik mendapat panggilan telefon dari anak buah memberitahu mereka ingin datang ke rumah menziarah saya yang sedang bercuti sakit, saya terus memesan barangan dari pasar Jelawat. 

Antara barangan yang dipesan pastinya itik serati, rempah gulai kerutuk, ikan kering dan juga kulat sisir. Alhamdulillah semuanya ada kecuali kaki lembu. Musim tengkujuh, tidak ramai peniaga daging yang menyembelih lembu. 


Kulat sisir dari sana berbau macam kulat. Hahaha bukan macam yang saya beli di pasar tani di sini yang berbau getah. Memang kuat bau getahnya. Kulat sisir ini memang besar besar saiznya. Kulat yang dari Siam bukan yang dari kampung.


Saya pernah kongsikan resepi yang sama sebelum ini, boleh klik di SINI. Memang sedap meratah kulat sisir goreng dengan telur ni. Ada rasa macam meratah daging pun ada juga. Memang saya suka lauk ini. Sejak kecil dah biasa makan yang disediakan oleh Bonda menggunakan kulat sisir liar yang tumbuh di kayu balak yang terdapat di kilag tembakau berdekatan rumah. 

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di Azie Kitchen youtube channel di SINI. Selamat mencuba...



Kulat Sisir Goreng Dengan Telur
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk kulat sisir
4 ulas bawang merah - hiris
3 ulas bawang putih - hiris
7 tangkai cili api - hiris 
3 biji telur - dikocok dengan garfu 
Garam 

Cara cara:
Kulat dibersihkan dan direndam dengan sedikit air garam. Kemudian ditos. 


Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau. Masukkan cili api dan kacau rata.   

Masukkan kulat sisir dan kacau sehingga naik minyak dan kering airnya. Masukkan garam secukupnya.  

Kemudian tuang telur dan kacau rata hingga telur masak. Bolehlah tutup api dan sedia untuk dihidangkan.  


2 ulasan:

  1. lama tak masak kulat sisir ni. selalu Qekra masak lemak cili api je.

    BalasPadam
  2. kulat sisir goreng telur memang sedap...singgah sini tgk resepi sbb dh btahun x masak menu ni, dah lupa nk bubuh telur dulu atau kulat dulu...huhuhu...tq ats perkongsian resepi

    BalasPadam

Add your comment
EmoticonEmoticon