Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Lidah Goreng Pedas


Berdasarkan pengamatan saya ramai jer yang berjawatan tinggi tetapi tidak tahu memimpin. Mereka naik kerana pandai bercakap atau kerana menpunyai cable atau connection. Di mana mana sahaja samada peringkat politik atau di jabatan. Jadi tak perlulah rasa rendah diri jika anda tidak naik pangkat kerana mungkin Allah tidak mahu anda berdosa atas salah kepimpinan. 

Ada pemimpin jabatan yang tidak tahu menghormati hak orang lain. Expect staf untuk bekerja 24 jam termasuk hari minggu. Pagi pagi buta menghantar message WhatsApp pada staff. Berpuluh group WhatsApp dibuka sehingga staff pun jadi bingung yang mana satu. Tanpa sebab yang munasabah atau sesuatu yang kritikal, staff diminta secara paksarela bekerja sehingga jauh malam. 

Tidak tahu batas sehingga mencerobohi privasi orang lain bila handphone staf diperiksa untuk sesuatu yang sangat kecil. Memaksa staf untuk download apps tertentu di dalam handphone peribadi. Mencerobohi hak peribadi staf dengan meminta untuk akses maklumat kewangan staf dsb. Apa pendapat anda kepada orang sebegini? Seorang pemimpin atau pun lagak seorang pemimpin komunis. 

Pemimpin seperti ini hanya ditakuti tapi tidak akan dihormati. Percayalah dunia ibarat roda, memang telah sampai ketika orang seperti ini akan dibalas dengan setimpalnya. Jadi jika anda memegang tampuk kepimpinan tanpa mengira di mana sekali pun, ingatlah bahawa hak dan privasi seorang staf perlu dihormati. Mereka bukan kuli yang boleh diarah sesuka hati. Mereka hanya dibayar gaji untuk bekerja selama 8 jam dalam sehari. Buat peringatan kita semua termasuk saya sendiri agar pandai menghormati hak orang lain walau siapa pun mereka.


Lidah Goreng Pedas kali ini dimasak oleh Mia kerana lidah adalah lauk kegemaran Boy. Saya ajar Mia bagaimana cara untuk memasak lidah lembu sambil saya merakam video dan mengambil gambar untuk blog. Boleh klik entri sebelum ini di SINI. 

Harga untuk seketul lidah agak mahal juga. Boleh mencecah RM50 juga. Tapi kepada yang suka, memang berbaloi baloi. Daging lidah ini juga tinggi lemaknya. Jadi tidak bolehlah dimakan selalu, kot kalau kolesterol akan naik. Selain digoreng seperti di atas, goreng garam kunyit garing pun sedap. Atau dimasak sup seperti sup mamak yang berempah.

Jom layan resepi di bawah ini dan video penyediaannya di youtube Azie Kitchen channel di SINI


Lidah Goreng Pedas
Oleh: Azie Kitchen

Bahan-bahan:
1 ketul lidah lembu
5 ulas bawang putih - dicincang
2 inci halia - hiris
2 sudu besar cili kisar - ikut pedas disukai
4 helai daun limau purut
1 batang serai - ketuk
1/2 biji bawang besar Holland
1 tangkai cili merah - hiris
Garam
Sedikit gula 

Bahan sos:
1 sudu kecil sos nampla
1-2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato

Cara-cara:
Celur lidah dan siat kulit. Hiris lidah dan lumur garam kunyit. Masukkan dalam kuali dan rebus dengan sedikit air sehingga empuk dan air kering. 


Setelah air kering, tuangkan sedikit minyak dan goreng seketika. Angkat dan tos.   

Dalam kuali lain, panaskan minyak. Boleh guna minyak yang sama.  Tumis bawang putih dan halia hingga wangi dan kekuningan. 

Masukkan cili kisar. Kacau rata sehingga cili masak dan pecah minyak. Masukkan sedikit air. 

Masukkan serai, daun limau purut dan semua sos. Kacau rata. 


Akhir sekali, masukkan lidah yang digoreng, garam, gula dan perasa secukupnya. 


Setelah semua bergaul rata, masukkan bawang besar Holland dan cili merah. 



Catat Ulasan for "Lidah Goreng Pedas"