Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Widget HTML #1

Jom Sediakan Sendiri Kerisik


Jom Sediakan Kerisik Sendiri

Kalau memasak rendang atau kari atau kerutuk, antara bahan yang mesti ada untuk menambah keenakannya ialah kerisik. kerisik yang dibeli kadang kadang berbau "tengit"

Jom Sediakan Kerisik Sendiri

Hari ini saya ingin kongsikan cara yang lebih ringkas untuk menyediakan kerisik. Saya cukup malas bila memikirkan berjam jam dan menggunakan tenaga lengan untuk menggoreng kelapa parut sehingga garing dan ringan. Ianya memakan masa yang agak lama kerana digoreng menggunakan api yang kecil sahaja. 

Saya bakar kelapa parut di dalam oven. Setiap beberapa minit keluarkan dari oven dan kacau rata supaya ianya masak sekata. Kita tak boleh tinggal lama lama, kena sentiasa ada dekat dengan oven tetapi ianya lebih baik dari kena mengacau kelapa parut di kuali. 

Jom Sediakan Kerisik Sendiri

Setelah ianya wangi dan kering, saya keluarkan dari oven dan pindahkan ke kuali pula untuk digoreng hingga keperangan mengikut yang disukai. 

Goreng sehingga ianya ringan dan keperangan. Kelapa telah kering, tinggal untuk menjadikan ianya masak keperangan sahaja. Jadi tidak lama pun.


Kalau dulu saya akan tumbuk kelapa goreng ini dengan menggunakan lesung batu. Tapi kali ini, saya masukkan ke dalam blender kering dan kisar sehingga ianya pecah minyak atau mengikut yang kita sukai.

Jom Sediakan Kerisik Sendiri

Jom Sediakan Kerisik Sendiri

Setelah siap kesemuanya. Pindah ke dalam bekas untuk disimpan bagi kegunaan di masa hadapan. 

Jom Sediakan Kerisik Sendiri

Jom Sediakan Kerisik Sendiri


Siaaap. Memang sangat sedap, kerisik yang dibuat sendiri di rumah. Tak ada rasa dan bau yang tidak wangi. Klik di SINI untuk video penyediaannya. 


Catat Ulasan for "Jom Sediakan Sendiri Kerisik "